Thursday, August 13, 2015

Raya ke tiga ni bedal durian lah. Sedap nya durian. Semua durian terbaik dari ladang. Dah lah memang hantu durian. Hidup durian! Hidup durian! Hidup durian!




Saja je buat tajuk macam nak mintak penampor. Kahhh

Selfie raya dengan seketul Han. hihi.







Raya ke tiga ni jadi team turquoise. Wee.

Banyak betul serpihan mercun dok bakar malam semalam. Rasa macam nak lempang yang buat duckface ni. Apa dia fikir dia kiut buat pose mulut itik? hehh.





in laws.

Raya ke tiga ni pergi open house rumah akak ipar punya mak mertua. Macam-macam menu ada. Tapi aku bedal kambing panggang dengan satay je.Both sedap gila! Pastu depa serve durian berlonggok-longgok pulak dekat tetamu. First time aku nampak orang serve durian time raya ni bagi tetamu makan. Best! Best!


Anak buah-buahan sedap makan aiskrim homemade.


Time ni seketul Han baru bangun tidur. Baru nak ambil mood.


Pastu ajak borak. Kuat berborak anak aku sorang ni. Mulut pokpek pokpek boleh tahan. Ikut perangai siapa lah ni. hurmmm.



Seketul Han dengan mama own. Alolololo.



Pantang hala kamera. Kemain mak jemah.



Yang tengah tu paling mak jemah. Tah hape lah dia berbual nak pekena orang tu. Yang aku dengar dok cakap dekat anak buah dia yang tudung pink ni

"eh eh Nurin dah besar lah. Hidung pon makin besar"

Kalau ada pakcik aku cakap macam tu dekat aku, memang aku baling durian dua bijik dekat dia.Konghajo!



Tetamu lain makan durian dekat depan. Saudara-mara special sikit, dapat makan durian fresh dekat pintu belakang. Tetiba terasa diri ekslusif. Kahh. Banyak gila durian. Ni memang betul-betul fresh baru angkut dari ladang.

Biras aku tengah kopek durian. Dia lah yang selalu angkut durian dekat dusun. Dan dia ada bagi tips macam mana nak tahu durian tu isi sedap dan elok. Tips nya adalah, cari durian yang duri dia paling tajam sekali and paling susah nak kopek. Selalu nya yang lagi susah nak kopek tu lah lagi sedap isi nya. 

Ni dia lah punya tips. Aku share je. Kalau dia tipu aku, kira aku tipu korang lah. Kahh. Tapi dia baik orang nya. Tipu-tipu ni memang tiada dalam kamus hidup dia. Gitewww.



Sedap nak meninggal! Sedap nyaaa.

 Tengok ah duri dia tajam macam mana tu. Tapi aku tetap tak reti tengok gak. Sebab bagi aku, semua durian duri tajam. Mana ada durian duri tumpul. Haha.

Ni memang sedap. Rasa lemak manis gitu. Arrr sedap nya. Tetiba rasa nak cari durian pulak lepas tengok gambar ni. Cis! Ciskek!







Lepas sedap aku melantak durian. Tengok seketul Han tengah bergurau senda dengan pakcik nya. 

Seketul Han mudah terhibur.


Dah balik rumah, mama Han dengan papa Han pulak buat hal.


Nasib Han lah dapat mama dengan papa gonjeng begini.



Ni baru raya ke tiga. Nanti sambung lagi sampai raya ke doplohnam punya cerita.



ok bye!


16 comments:

  1. amboiii..cik epal meriahnya raya..:)

    ReplyDelete
  2. han dah redho mak pak dia gonjeng..hehe

    ReplyDelete
  3. haha..asyik makan kuih raya ja time raya..durian baru sodappp n rare :)

    ReplyDelete
  4. mmg hantu durian lerrr.. punya panjang tajuk entry.. hahaa..:P

    ReplyDelete
  5. Kite peminat durian no 1. No 1 ke? Awal-awal kawin, tak boleh langsung bau durian...sekarang melantak durian.

    ReplyDelete
  6. best la kalau partner sporting posing depan kamera. hihi

    ReplyDelete
  7. Raya dah nak habis ni, cepat2 habiskan entry sampai raya kedoplohnam tuuu..hehehe..

    kenapalah seketul han tu sangat comel!!!

    ReplyDelete
  8. duriannnn! i pun hantu durian ...! yeahh! hidup durian! :))

    ReplyDelete
  9. YA Allah,,, bestnya durian!!! nak suruh abah beli la pasni.. ekekkee

    ReplyDelete
  10. Cantik la baju Cik Epal..Han dah bape bulan dah pandai gelak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. time raya ni dia 2 bulan. Sekarang dah masuk 3 bulan :)

      Delete
  11. aku rasa ni laa title post hang yang paling panjang sekali dalam sejarah peradaban donia cik epal.
    hahahahhaa
    selamat hari raiyyyaaaa~
    muah ciked kat dek Han.
    :*

    ReplyDelete
  12. Cik Epal..tak nak share ke apa yang selalu Cik Epal masak kat rumah...Teringin sgt nak tengok...Lagipun nak gak kurus mcm Cik Epal..

    ReplyDelete