Tuesday, August 11, 2015

Raya ke dua 2015. Team power rangers hitam


Dia ni pakai songkok pon nak kena ajar. Tak faham aku kenapa pakai songkok nak tunjuk jambul. Motif? Dasar Jo Jambul!



Tak pernah-pernah aku pakai warna hitam time hari raya. Tahun ni sebab suami aku dah awal-awal beli baju melayu hitam,terpaksa lah pakai hitam. Hitam pon hitam lah janji hati tak hitam. Eh?



Kesian seketul Han tak ada baju raya tahun ni. Terpaksa lah pakai baju Batman. Bertabah lah nakkkk. Siapa suruh kecik.




Patut tetiba lepas makan rasa sunyi sepi.Masuk-masuk bilik jumpa makhluk terdampar atas karpet. Tertidur punya kes lah ni.

 Lepas makan terus berdengkur. Gemok la ko nanti bang. Lepas makan tidur. Lepas makan tidur. Haaa padan muka.

Dah semua orang bangun dari tidur, sambung beraya balik. Ni beraya rumah sepupu sepapat dia pulak dekat Kamunting. Tetiba sepupu nya keluarkan koleksi shades dia. Haaa kepochi lah dia tu nak tengok satu-satu.



Ni dok try spek atas kepala ni, nak cilok seketul dua lettewww.

Berjaya jugak lah dia membawa pulang seketul spek.

Tahniah diucapkan!

Ni lah spek nya. Ok lah tu. Aku pon boleh tumpang pakai sekali. Hihi. Thanks Wady.




Lepas dah habis beraya, apa lagi. Kasi letop kampung lah. Dari malam raya sampai raya ke lima tanpa jemu suami aku dok beli mercun-mercun gini. 'Assorted cakes' tu jangan buat makan pulak. Meletop mulut ko nanti terus meninggal. Ciskek!

Aku paling tak suka main bunga api yang kotak 'HAPPY BOOM' tu. Alaa bunga api yang warna merah tu. Baru nak main bunga api sambil feeling nyanyi lagu "selamat hari raya,hari untuk kita bersuka ria" dengan riang nya, belum sampai part "mintak mak kuih sepotong,saya mahu makan dengan perut kosong", dah habis sebatang dalam masa patbelas saat. Hampeh punya bunga api!


Ok lah. Nanti sambung cerita raya ke tiga pulak. Bye mak hayam!





24 comments:

  1. wah..bestnya raya cik epal..meriah...hitam itu menawan la cik epal

    ReplyDelete
  2. kan.... bunga api tangkai belang merah putih dah semakin pendek jangka hayatnya.... tak selama dolu2... mungkin kesan drpd gst tu :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. dah tak ada feel nak main. sekejap benor habis nya :D

      Delete
  3. blog cik epal berwajah baru..cantik..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik eh? rasa macam biasa and simple gila je ni. ehehe

      Delete
  4. Heheheheh.. Terpaksa main bunga api pat belas saat sbb teman anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baby kecik lagi. orang main mercun pom pom pom, dia sedap tidur berdengkur dalam rumah :D

      Delete
  5. Takpe Han tahun depan mintak mummy beli baju 30 pasang okeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi. kalah che ta anak beranak uolsss :D

      Delete
  6. hahahaa... yang tidur tuu.. kesian jo,, wakakakaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada lagi gambar tidur ternganga dia. tapi tak tergamak nak letak. huduh bebenor

      Delete
  7. pergh kuih letup...nak sikit cik epal...

    ReplyDelete
  8. hihihihihi...betul la, bunga api sekarang dah tak panjang, xbley nak main lama2..

    kesian han, baju batman pn bley, asal hitam dan batman...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. batman pon batman lahhhh. #bropasrah

      Delete
  9. banyaknya mercun..mesti meriah kan

    ReplyDelete
  10. Ya Allah, sedapnya.. freshh2 dari ladang tu..")

    ReplyDelete
  11. Oppss, baca entry durian, comment kt entry raya plak.. haha..

    ReplyDelete
  12. Fida suka sgt tengok gaya Cik Epal pakai Shawl tu..Boleh tak bagi tutorial sikit..sebab Fida pun pakai Shawl jenis yg sama..Cuma main lilit2 je.

    ReplyDelete