Friday, August 28, 2015

Honeymoon Korea (part 2) : Nami Island. Tempat shooting Winter Sonata.




Ada yang tanya dekat ENTRI LEPAS . Aku pergi sendiri atau guna travel agent?

So far kalau aku pergi travel dengan husband, tak pernah lagi ambil travel agent. Pergi mana-mana tempat pon semua sendiri. Kalau sesat ke apa,baru mencabar gitu. Sebab berusaha cari sama-sama tempat yang kita nak pergi tu. Hee.



Ni nak pergi Nami Island. Kalau pergi travel,memang kitorang akan ambil map dekat information counter. Dekat Korea ni selalu naik subway je. Tengah mencari jalan ke Gapyeong Station. Dekat Korea ni memang banyak gila berjalan. Dekat subway pon tangga kemain tinggi di merata tempat.

Satu je aku tak suka naik subway dekat Korea ni. Lagi-lagi time pagi. Bau busuk kepam yang amat. Kalau malam tu kurang sikit bau.Dah lah aku tengah pregnant time ni. Bau-bau benda busuk boleh buat muntah tahu?

Untuk kesejahteraan hidung,aku prefer lagi naik train dekat Jepun. Jepun tak ada lah bau pelik-pelik sangat. Tapi dekat Korea,naik subway pagi-pagi mesti ada bau yang kurang enak.Tanya kawan aku yang study sini,bau train memang macam ni ke pagi-pagi? Kawan aku cakap, kadang-kadang memang berbau sikit sebab dorang ni kebanyakan nya tak mandi pagi and minum soju (arak). Sebab tu ada bau macam tu. Aaaaaaa pitam!


Dari Gapyeong Station,kitorang naik teksi untuk ke jeti Nami Island. Tambang teksi nak ke Nami Island dalam 3000 WON. Teksi memang banyak sini. Tapi orang yang beratur nak naik teksi pon berlambak gak. Yang tak best, bila kitorang balik dari Nami Island nak ke Gapyeong Station, kitorang kena tipu pulak. Tah memana tah pakcik tu bawak.Pura-pura sesat pulak. Geram je. Tak pasal-pasal bila pergi, bayar 3000 WON, bila balek bayar 18,000 WON. Sabo je lah mak enon. Kongasam punya drebar teksi.


Masa nak balik naik teksi tu,korang tengok sikit jalan. Kot dia bawak jalan pelik-pelik. Pergi ketuk je kepala dia ok.

:D





Dah sampai tempat nak beli tiket ni, kena jalan kaki jugak nak ke sini. Teksi tak turun kan depan-depan ni. Dia turun kan agak jauh sikit.

Ni tiket entrance nak masuk Nami Island.Template ticket berubah-ubah jugak ikut musim. Harga tiket 8000 WON/adult. Ada 2 cara nak ke Nami Island ni. 

Satu naik feri.
Satu lagi naik flying fox.

Pilih nak yang mana. Kalau ikutkan aku nak naik flying fox tu. Sebab macam best je terbang ke Nami Island tu.Flying fox mahal sikit, harga dalam 38,000 WON macam tu.Tapi disebab kan aku tengah pregnant,naik feri je lah. Lebih selamat.




Eh eh ada bendera Malaysia lah. Ehehe.


Menunggu feri. Duduk beratur depan sekali. Pagar tu bukak je terus serbu.



Dalam feri. Boleh pilih nak duduk atas ke bawah ke dalam ke luar ke. Time ni duduk luar. Ramai juga orang time ni. Macam sardin dah. Ye lah kawasan tourist kan.Memang confirm lah beribu-ribu lemon orang nak datang walau musim apa pon.



Naik feri ni ada lah dalam 15-20 minit nak sampai ke Nami Island. Orang cakap Nami Island ni overrated. Famous pon sebab cerita Winter Sonata ni shooting dekat sini. Kalau tak, sendu je lah kot Nami Island ni. Tapi sebab aku first time datang Korea,nak jugak lah tengok Nami Island ni bagaimana rupanya.

Bagi aku, cantik gak Nami Island ni. Kalau time autumn atau musim bunga sakura tu memang cantik ah. Tapi sebab aku pergi time musim biasa, pokok pon hijau biasa je lah. Kira nya tak ada lah special sangat sebab dekat tempat lain pon hado pokok hijau gini :D




Jofliam ni biasa lah. Dekat mana-mana pon dia buat posing signature dia. Dia bukan kira kalau ada orang pandang pelik ke hape, janji dia terbang.




Aku nak terbang gak. Tapi demi menjaga kandungan dengan baik,lupakan saja lah hasrat itu. Kalau tak pregnant,memang dah sama naik lah dengan laki aku tu dok terbang ke hulu ke hilir :D



First kiss. Banyak couple bergambar cemolot dekat sini. Walaupun dah kahwin, tak koser lah aku nak kiss kiss depan orang ramai.



Haaa tutup mata dia.Padan muka tak boleh nampak awek dah. Nampak sipi-sipi je.



Dekat Nami Island ni banyak port bergambar.Bergambar lah dekat celah bedah mana pon. Memang tak kan ada yang marah. Hihi.


Jalan-jalan ternampak ada penampakan tergantung di pokok. Oii beruang buat apa situ? Turun turun.




Banyak pulak geng duduk atas pokok tu. Nasib baik beruang. Nampak kiut lah jugak walaupun tak tahu apa motif duduk situ.Kalau langsuir tersentil celah pokok tu,memang seram.



Ni lagi lah aku tak tahu apa motif gergasi rupa ini dekat sini. Posing pon macam haremmmm. Hahaha.





Nami Island ni besar tau. Sebab husband aku tak bagi jalan kuat sangat,kitorang pon sewa lah basikal. Sewa basikal 10000 WON untuk setengah jam.



Ni gambar-gambar hero dengan heroin Winter Sonata. Dok cari-cari jugak gambar aku dekat sini. Tapi tak ada lah pulak. Tetiba cari gambar sendiri dekat sini dah kenapa ko?





Siapa peminat tegar Winter Sonata tu boleh ah bergambar dekat sini.

Tak tahu ni apa. Tapi nampak macam comel. 


Dah keluar dari Nami Island, nampak gerai jual aiskrim ni.Dekat Korea, memang bersepah orang jual aiskrim spesis ni.Sedap aiskrim ni. Filling dia sedap. Ni amek perisa vanilla. Cone aiskrim yang warna kuning ni pon sedap.Rasa macam keropok jagung.




Sebenarnya kurang sentimental value sikit datang tempat shooting drama Winter Sonata ni sebab tak layan cerita tu.  Layan Running Man je.So buat lah drama sendiri.  Hihi.


Overall,Nami Island ni cantik jugak. Kalau first time pergi Korea, boleh lah jenguk Nami Island ni.Jangan risau kalau nak solat. Dalam ni ada musolla.Sesiapa nak solat tu boleh solat sini. 


Ok nanti sambung lagi part 3. Bye!


16 comments:

  1. syoknya...nami Island...Fidah kalau nak pergi...nak try dgn ajent dulu...t bila dah terror...boleh la p sendiri pulak..maklumlah..org kg keluar negara :-)

    ReplyDelete
  2. Teringin jyga nk pergi nami island tu...tp tu la x lwyan pon winter sonata ..hihi

    ReplyDelete
  3. beshnya :) pic yg last tu sweet sgt!!

    ReplyDelete
  4. bestnya cik epal... wawa pn tak layan gak winter sonata tu.. hihi

    kata pulau, memang tk de mcm pulau perhentian ke? hihi

    ReplyDelete
  5. hahaha agak klu lin g sini pun tak feel sangat. sbb tak tgk... =D

    ReplyDelete
  6. wah sonoknya cik epal.. teringin gak nak gi sane.. hehe :)

    ReplyDelete
  7. terasa macam kat korea pulak baca cite ni.. best best... pelik tul eskem tu ek

    ReplyDelete
  8. eh kat sini ke yg banyak patung2 bogel tu? hmmm tak jadi la sebab bawak anak ni.. kihkih

    ReplyDelete
  9. Nami island mmg xpuas jalan..tp tiap kali pi ngan travelmate xsmpai sejam dh nak blk..nmpk gaya iolls kena travel solo tawaf pulau tu puas2

    ReplyDelete
  10. salam singgah sini cik appel....wahh...bestnya melancong....paling comel tu aiskrim...hihi

    ReplyDelete
  11. Cik Epal..sy bru blk dr korea..pglmn kte mse kt nami island lebih kurang..kena tipu dgn drebar teksi..kongasam tol..ktorg kena ketuk ms nk g jeti nami..pelik gak die charge 6300 won padahal research kt blog taxi fund 3000 won je..sy siap mntk resit ngan ahjussi taxi tue lg tp die marah2..ishh..geram btol..

    ReplyDelete
  12. bestnye... me suka tgk blog cik epal n kehidupan cik epal :) .... me doa kan you all bahagia till jannah... kalo berkesempatan.. terjahlah blog me adindamenawanitunaes.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  13. Dlm list akk ni...tggu ank2 cuti nk g sna...hihi
    Nmpk mcm best je tmpt nyeeee

    ReplyDelete
  14. Wah bestnye cik epal next time nk jln2 sini gak la....love it

    ReplyDelete
  15. Akak baru nak pergi minggu depan. Peluk cium seketul Han.

    ReplyDelete
  16. Dekat Avenue K ada jual ais krim tongkat tuh, Jipangi ke ape tah, dia kat sebelah escalator yang naik ke atas dari LRT.

    ReplyDelete