Wednesday, August 26, 2015

Cik Epal Jofliam Honeymoon Korea (part 1) : Makanan sedap dan halal di Yoogane Myeong-dong


Ni tahun lepas punya cerita. Gila lama peram entry honeymoon ke Korea ni sampai dah beranak baru nak update. Hihi. Time ni aku tengah pregnant 2 bulan tak silap.


Kitorang naik flight turun ke Busan Korea. Sebab sebelum balik nanti memang nak tidur dekat Busan. Flight dari KL ke Busan lebih kurang 6 jam, aku layan movie je dalam flight. Banyak gak cerita yang ada dalam flight tu. Dapat lah layan satu cerita hindustan dengan 2 cerita omputeh.Sampai-sampai je Busan, terus naik KTX nak ke Seoul.

Sampai je Korea, terus cari Banana Uyu aka susu pisang ni. Sepanjang dekat Korea ni, memang ngadap susu pisang ni je lah. Sedap susu ni!


Tengok je lah tarikh aku pergi Korea ni bila. 15/9/2014 iaitu tahun lepas. Harini dah 26/8/2015 baru terhegeh-hegeh nak update dekat blog. Inai dekat jari aku pon tak hilang lagi time ni. Maklum ler baru kahwin. Baru je habis majlis bertandang belah lelaki.

Dalam KTX ni agak selesa jugak.


Ada jual makanan dan minuman dalam ni. Kitorang macam biasa lah. Beli susu pisang lagi. hihi.


Perjalanan ke Seoul lebih kurang 2-3 jam naik KTX ni. Yang best nya ada wifi free dalam ni! Tapi aku main internet kejap je, sebab penat. Memang buat tahi mata je lah dalam ni. Dah sampai Seoul, suami kejut suruh bangun.






Dah sampai Seoul, kitorang pergi Myeong-dong. Tak cari hotel lagi. Jalan-jalan dulu. Nasib baik bawak satu beg je. Tak ada lah menyusahkan husband aku nak bawak beg banyak-banyak ke hulu ke hilir. Satu beg coklat tu je lah kitorang bawak untuk isi baju apa semua. Nak tolong bawak kan beg, dia tak bagi. Pregnant tak boleh bawak benda berat-berat kata nya. Baik lah.

Kitorang ada kawan study dekat Korea ni. Kalau nak makan apa-apa whatsapp tanya dia dulu boleh makan ke tak. Sebab dia memang arif dah lah makanan halal dekat Korea ni. Student dekat Korea ni, islamic society dia agak kuat sikit. So kalau ada restoran mana-mana yang halal diorang akan sebarkan kepada junior-junior diorang. Nampak je aiskrim 32cm ni terus whatsapp gambar bagi dia.

"asikrim tinggi-tinggi ni boleh makan tak?

Dia balas

"boleh. Bedal."


OK 

Terus bedal aiskrim tinggi menggalah perisa green tea vanilla. Dappp Dappp Dapp! :D




Effect selepas makan asikrim setinggi 32 cm. Kau mampu dek non?? Kahh. Ahjumma dekat tengah dengan brader pakai baju hitam ni tengok pelik je kat kitorang bergambar pesen bukan-bukan. Haha.

Dekat Myeong-Dong Street ni banyak tempat boleh shopping. Skincare,kosmetik apa semua memang best lah dekat sini. Asal lalu je dapat sample. Macam-macam sample free aku dapat. Tapi aku tak berapa heran sangat dengan sample-sample tu sebab aku tengah lapar.



Kawan aku suggest makan dekat restoran ni. Area Myeong-Dong ada 2-3 restoran ni. Nama diberi Yoogane Dakgalbi Restaurant . Dekat menu ni macam-macam ada. Tapi yang boleh diorder hanya seafood je ye. Ayam dengan daging dah sah-sah lah depa main katuk je tak sembelih.Dont worry tak ada spesis tonyok dalam menu. Hehe. Aku order marinated seafood fried rice. Berharga 5500 Won, jangan risau tak ada GST. Haha. 


Time aku pergi haritu dalam RM15 lah satu dish. Ni mata wang kita dah jatuh ni maybe mahal sikit lah.

Dekat restoran ni dorang masak depan mata kita. Macam buat nasi goreng je. 

Ni bahan--bahan dia. Ada sambal dan cheese.

Ni bahan untuk buat nasi goreng pulak.

Mula-mula tumis segala tok nenek bawang dengan seafood.


Masuk sambal dengan nasi. Gaul-gaul. Siap!

Gaul bagi sebati ye. Tapi dekat sini kau duduk je diam-diam. Nanti ada orang dia yang masak kan dan tolong gaul kan semua.

Mak buyung tengah lapar. Memang sedap je ah makan. Tapi serious sedap. Sebab jarang aku makan makanan Korea yang sedap. Yang ni boleh diterima tekak lah. Sambal dia rasa pedas-pedas manis gitu. Untuk tekak melayu totok,aku rasa boleh je telan.



Tengok tu cheese dia. Sedap nyaaa.

Side dish ni sedap gila. Ni amek kat kaunter. Rasa macam epal hijau. Tak sure lah tu memang epal hijau atau pon sos mayonis tu perisa epal hijau. Tapi nampak macam kobis. Eh aku pon dah lupa. Maklum lah pergi nya tahun lepas. Nyanyuk jap.

Side dish dia ada macam-macam. Ada benda ni, ada kimchi dan apa tah lagi. Aku ambil benda ni je.Kimchi memang aku malas nak makan. Dekat Malaysia ke, dekat Korea ke, sama je tak sedap kimchi nya. Tekak aku memang tak boleh terima kimchi.

Tapi kalau korang datang sini, ambil side dish ni makan dengan nasi goreng dia. Sedap woo.

Ni restoran dia. Cari je lambang warna merah oren kuning ni. Aku ada nampak 2 restoran ni dekat area Myeongdong. Or mungkin lebih. 


 Nak pergi Yoogane ni senang je. Keluar je dari Myeongdong Street nanti akan nampak Uniqlo sebelah kanan and Nature Republic sebelah kiri. Myeongdong  Street ni ada banyak lorong. Ambil lorong pertama dekat belah kanan, and jalan terus sampai nampak Yoogane Restaurant sebelah kiri. Tak jauh pun, tak sampai 5 minit kot berjalan.  

Pastu jalan-jalan dekat Myeongdong Street nampak roti telur ni.


Husband aku beli. Dia suka betul roti telur ni.

Rasa dia manis-manis sikit. Aku tak berapa gemar sangat. Husband aku je yang suka makan roti ni.

Amende ni? Kon aiskrim kah?



Jalan-jalan makan angin.

Dekat sini tempat orang baling duit syiling.

Dah check in hotel,solat apa semua. Pergi dinner pulak. Best dekat Korea ni sebab free wifi bersepah-sepah. Dekat lampu isyarat ada wifi,dekat tengah jalan ada wifi,celah bedah mana pon lah ada wifi. Laju je lah tangan upload gambar ke instagram. hihi.




Ok nanti sambung lagi part 2. bye! :)



48 comments:

  1. Aigooo!! Aiskrim tu comel sangat...

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaaa g korea.. Wawa duk ngan korea kt ofis je laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. duduk dengan korea dekat ofis? apa tu? macam tak faham pulak. haha

      Delete
  3. terbaik la cik epal.... boleh buat guide ni. baru2 ni air asia jual teket murah. dah book busan tapi lambat lagi la autumn tahun depan..... boleh laaa amik guideline masuk itenery especialy bab mentekaghah ni. back packers je iols.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pon backpack jugak. hehe. pergi time autumn best. sebab lagi cantik

      Delete
  4. tgk myeongdong.. tgk spicy squid.. tgk kimchi.. sume pon dok t'ingat kat running man. owh3..

    ReplyDelete
  5. org malaysia dlm tak de wifi free pon ke hulu ke hilir dgn fon memasing, rasanya bila dah ada wifi free merata alam ni makin menjadi lah gayanya..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu takpe. Memang tiap masa ngadap fon je lah kalau free wifi di mana-mana :D

      Delete
  6. terbaek i need this! thnks 4 sharing!

    ReplyDelete
  7. Bestnye gi korea... Pergi sendiri ke ikut travel agent?

    ReplyDelete
  8. dalam banyak2 sambal sotong tu je yg buat kite rase macam, macam, macam sedap bak hanggg

    ReplyDelete
  9. nice.. Lepas ni nak kesana pula :)

    ReplyDelete
  10. Hai Cik Epal,

    Side dish kt Yoogane tu kobis kan, mayonis dia rasa epal hijau. Nasi da abis pn dok ulang amik benda tu mayonis lebih2 leleh hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah memang rasa epal hijau. tapi konfius tengah makan epal hijau parut atau mayonis tu yang perisa epal hijau. hehe. tapi sedap gila benda tu

      Delete
  11. kodenggo..... kodenggo.... sedap pulak nampak tu

    ReplyDelete
  12. cedap yer...sekarang ni mudah dah kan cari restoran makanan halal..gambar terbang cik epal tu..memang terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. makanan halal kena pandai cari jugak. Kalau tak pandai cari agak susah juga nak makan

      Delete
  13. sedapnya cik epal oiii..
    Rindu nak ke korea lagi huhuhu

    ReplyDelete
  14. best entry cik epal ni boleh jadikan rujukan kot2 nnt ade rezeki nk ke sana .. kipidap cik epal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahh kipipad dongibab dudabest. ahak!

      Delete
  15. Menarik entry awak ni, saya baca pun terrasa nak ke korea

    ReplyDelete
  16. ok. dh bookmark entry ni..i tgh plan nak gi seoul dec ni (kalau tiada aral)..so kena gigih survey tmpt mkn halal

    ReplyDelete
  17. Cik epal, agak-agak jalan seoul kena bajet berapa won ye sehari? 100,000 ok ke? :D

    ReplyDelete
  18. bestnya cik epal! ni kali keberapa dh gi korea?

    ReplyDelete
  19. menarik entry cik epal . rasa macam nak p skrg .. hope next year dapat p sana ;)

    ReplyDelete
  20. Hopefully dapat pergi nanti. Thanks for info!

    ReplyDelete
  21. Sangat teringin ke korea..thanks for sharing ..hihi btw kimchi tu memang sedap =)

    ReplyDelete
  22. bila nak sambung part 2..saya bulan 4 next year nak p dgn rombongan adikberadik plak..share la lg tempat mkn best2..misi nak mkn je

    ReplyDelete
  23. bila nak sambung part 2..saya bulan 4 next year nak p dgn rombongan adikberadik plak..share la lg tempat mkn best2..misi nak mkn je

    ReplyDelete
  24. cik epal kat busan duduk kat mana eh? pastu jalan mana je kat busan? bosan ke best kat busan hahaha

    ReplyDelete
  25. cik epal busan duduk kat mana? pastu kat busan pergi jalan mana je ? hehe

    ReplyDelete
  26. Rindu tempat ni. Memang ikan tu sedap amat. Dan makanan paling best kat Korea rasanya restoran ni la. Kena dengan tekak melayu iols..

    ReplyDelete
  27. akak brpe harga ticket pergi korea ;-;

    ReplyDelete
  28. Akak , boleh bagi apa apa contact untuk saya contact akak ? Cause saya travel ke Korea bulan May nie dan stay at Myeongdong . Harap akak boleh tolong saya ☺️

    ReplyDelete
  29. jealousnya u dapat round the world... macam manalah saya boleh travel seluruh dunia macam uoals ni.

    ReplyDelete