Monday, August 3, 2015

Hari Raya Pertama 2015. Team raya rumah mak mertua

Tahun lepas raya berdua. Tahun ni raya bertiga pulak dengan baby. Tahun depan raya ber enam. Biar kembar tiga terus keluar. Amboi dia tu. Kau mampu?


My small family

Tak senonoh betul lah dia tu pergi paksa seketul Han ni senyum.Hepp. Raya pertama ni jadi team purple!

Tahun ni raya belah suami. Dekat Taiping,Perak.



Anak buah-buahan ku yang comel lote.

"ok semua buat peace dekat mak teh"

Pelbagai versi 'peace'. Tapi ada seorang anak buah-buahan yang tak dengar arahan. Hepp.

Balek rumah mertua ni, tetiba dapat gelaran mak teh. Dah depa semua panggil suami aku pak teh. Haruslah aku dipanggil mak teh. Tetiba rasa macam kertu dah taraf makcik-makcik bila dapat gelaran 'mak teh' ni. Tak gojez betul rasa. Kahhh. Tanya dekat suami kenapa depa panggil pakteh. Dah lah dia anak bongsu lelaki. Dia jawab.

"I yang paksa depa panggil pak teh. Sebab I kan putih" Sambil halakan dua jari ke kiri kanan dengan ucapan qu puteh qu puteh baru lah putehhh.

Bapak annoying.Ni bukan puteh. Ni letihhh. Memang letihhhh haku nak melayan. 



Team biru-team kelabu-team purple.

Semua tak sama tema warna. Janji raya!


Dah habis sesi salam bermaaf-maafan,selfie,wefie,theyfie bagai, pergi beraya rumah sanak-saudara pulak. Dari Taiping, pergi Sayong,pastu beraya Kuala Kangsar pulak.



Datang beraya, sama pulak tema warna sebijik sejibon dengan tuan rumah. Confused dah mana satu tuan rumah ni.


Dah sampai ke Kuala Kangsar ni, harus lah solat dekat Masjid Ubudiah ni. Cantik sangat masjid ni. Tengok masjid ni macam familiar sangat. Rupa-rupanya masjid ni yang selalu ada dekat azan tv1 tu.

Ooo patut lah macam biasa nampak. Cantik!



Setlle dah beraya untuk first raya ni. Seketul Han pon dah letih sangat. Lentok baik punyaa dekat bahu papa dia. Ehehe.

Btw, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada pembaca blog ini yang mengenali diriku,suami dan family di dunia nyata atau kenal melalui blog ni je. Mintak maaf ye kalau ada entri yang terkasar bahasa dan terkecik kan hati sesiapa. Kadang-kadang menaip ni sesedap rasa je. Tu kadang-kadang terbabas jugak tu.So harap diampunkan lah kalau ada yang terover tu.

Segala salah dan silap harap dimaafkan dari hujung shawl hingga hujung kaki. Mintak maaf zahir dan batin. Salam kosong-kosong, jom makan sotong!


Nanti sambung lagi cerita raya ke dua, ke tiga, ke empat, ke lima sampai ke nambelas hari raya pulak.


Selamat Hari Raya!


ok bye!

38 comments:

  1. cantik baju cik epal...badan pun slim melim ja.walaupun dah beranak 1...nak gak badan mcm ni....tapi tak mampu nak lawan nafsu makan ni..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh ke Cik Epal makan Biskut jer...Really..Okey nak try buat satu bulan..Masalahnya...kepala suka pening kalau tak makan nasik..macam mana..kalau mkn nasik pulak mau tambah 2 kali pulak tu...problem besaq ni:-P

      Delete
  2. Selamat hari raya Makteh..hikhikhik

    ReplyDelete
  3. cik epal dah ada baby...baru saya tahu..tahniah beraya bertiga..kena tukar puan epal lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. puan epal tak sedap bunyik nya. kahh. cik epal gak sedap.

      Delete
  4. selamat hari raya mak gorgeous!!

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya cik epal dan family :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya untuk awak dan family juga :)

      Delete
  6. SELAMAT HARI RAYA cik puan epal... cntik tema bju raya taon ni...

    ReplyDelete
  7. tulis entry sebulan raya terus la mak teh haha .

    ReplyDelete
  8. SELAMAT HARI RAYA...bestnya ada baby..

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Raya cik epal.... Husband orang taiping ke.... patut la hari tu nampak cik epal kat Aeon Taiping... tak sempat nak tegur... anak dah lari sana sini.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak kat aeon taiping? time hari raya ke?

      Delete
  10. muja pun beraya rumah mak mertua kali ni. lepas solat Jumaat, balik rumah sendiri pulak sebab dekat dekat je. hehe.. selamat hari raya maaf zahir batin. just wanna ask, kat mana beli baju tu. unik betul. :D

    ReplyDelete
  11. Selamat hari raya :)

    Comelnye la seketul han tu lentok ye..letih sgt tu kutip duit raya.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time kutip duit raya. tu penat sangat tu hehe

      Delete
  12. selamat hari raya cik epal! cantik kaler baju cik epal sekeluarga :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya juga untuk awak dan family :)

      Delete
  13. ahhahahahhaha gambar Han paling menarik

    ReplyDelete
  14. seketul han dah semakin berketul :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. makin berat dia sekarang. Lenguh nak dukung

      Delete
  15. Your baby is sooo cute cik epal..

    ReplyDelete
  16. slamat hari raya epal yang comel!! kosong kosong

    ReplyDelete
  17. kampung cik epal kat tepeng ka... btw selamat hari raya.

    ReplyDelete
  18. selamat hari raya cik epal dan family..eh puan epal..hehehe

    ReplyDelete
  19. eh eh.. dah ada baby? bila yg preknen ni? anak kecik lagi badan dah slimmm... tulis la entri berpantang. ke dah tulis tp i tak perasan.. nak kena korek2 blog u ni...

    ReplyDelete