Saturday, August 22, 2015

First time bawak seketul Han naik kapal terbang



Keluarga seketul Han. kihkih

First time bawak seketul Han ni naik kapal terbang. Cuak jugak takut dia melalak dalam kapal terbang tu. Dah satu hal. Tapi sebelum naik kapal terbang,dekat airport pon dah kena tahan sebab tak bawak surat beranak Han. Tak plan pon sebenarnya. Ni semua plan last minit. Lepas berjalan dekat Hard Rock dalam ENTRI NI. Husband aku ni ah nak berjalan lagi bawak family dia. Sebagai isteri yang baik, sopan-santun lagi solehah, aku ikut je lah tanpa banyak bunyik. Kehkeh. Aku pon memang kaki jalan tak boleh duduk diam. Memang suka lah bila ajak berjalan-jalan ni.



Sebab terlupa nak bawak surat beranak Han, terpaksa lah pergi report polis. Dekat bawah airport tu ada balai polis, mengadu lah nasib di sana. Dah lah lagi sejam nak bertolak. Nasib baik sempat settle semua.




Sebab first time bawak baby,baru aku tahu rupanya pramugari akan bagi satu lagi belt baby untuk kita attach dekat belt kita. Ni naik ekonomi lah. Kalau naik business class bawak baby,tak tahu lah macam mana. Belum pernah try :D




Nasib baik sepanjang perjalanan, seketul Han sangat behave. Sebab dia tidur dengan nyenyak nya.


Kemain sedap dia tidur. Bagus-bagus. Senang kerja aku. hihi.


Time ni dah mendarat, tengah tunggu turn nak keluar kapal terbang. Bangun-bangun tidur celik mata je terus nak main dengan papa dia. Kalau tak tidur,ajak main,mintak susu, tu je lah kerja dia.


Naik kapal terbang ni dari Penang, nak ke Langkawi. Memang kejap gila ah sampai. Pilot baru announce selamat datang,tiba-tiba dah announce nak mendarat. Baru je nak kentut dalam flight,angin pon belum sempat merayap, tiba-tiba eh eh sampai dah?



Cepat bebenau.





Sampai-sampai je Langkawi, pergi pekena Laksa Ikan Sekoq, dekat tepi airport.

Sebab aku baru deliver baby,aku kena berpantang makan laksa dan minum air kelapa selama setahun.  Lepas beranak ni, baru aku tahu laksa dengan air kelapa tak boleh sentuh selama setahun. Tu pon ibu aku dengan mak mertua aku tegur. Kalau tak, terbabas jugak aku bedal. Katanya sebab takut urat bersalin terkejut, ye lah perempuan lepas bersalin ni kan banyak urat putus. Muehehe.Aku makan kuey teow sup je lah. Boleh lah.Sedap gak.



Mari ramai-ramai pergi ke hotel.








Bila sampai je hotel ni. Rasa macam dekat oversea. Memang cantik gila!


Nama hotel ni La Pari-Pari Fat Cupid. Bayar RM1200++ sehari untuk 3 bilik. Satu bilik tu dalam RM400 la lebih kurang campur tax semua. Tapi aku pergi ni time hari raya aka public holiday. Kalau hari biasa,maybe lagi murah.

Pastu semua konsep putih. Memang rasa tenang sangat.



Cafe&Restaurant.


Halaman dia. Cantik kan? Simple but nice.

Nak mandi swimming pool, boleh terus gedebush dalam ni.


Luar bilik hotel.



Dalam bilik. Cantik kan? kan?




Bilik air. 

Pfttttt. Tak kan lah tak tahu ni bilik air ye dak?


Sampai-sampai je dalam bilik hotel, seketul Han kemain sedap landing atas katil.



Eh penat lah nak taip. Nanti sambung lagi entry trip ke Langkawi ni. Kang tulis panjang-panjang bukan korang nak baca pon.Hihi. Ok bye! :D





27 comments:

  1. saya baca,,wahh bestnya,,one day kena pegi sini ni..btw im blogwalking here,,n done klik ur nuffnang!!tq..

    ReplyDelete
  2. Dasat laa papa han, plan last minute tu.. Bestnya han g jalan2, syok arr dapat papa n mama suka jalan2. Hihi

    ReplyDelete
  3. Oh x mampu. Hanya mampu melihat. Bestnya ur life.

    ReplyDelete
  4. baca jer cik epal..heeee....cantik hotel tu...kat langkawi tu area mna?

    tilam si han pn satu pakej dengan hotel...putih~~

    ReplyDelete
  5. Baca! Sgt cantik hotel tu. Baby pun baik Jer kan tido nasib tak meragam

    ReplyDelete
  6. Cantiknya hotel tu..

    Kalau naik flight perjalanan jauh diorang offer 'bakul baby' tapi takp ernah guna pun..

    ReplyDelete
  7. macam mana han dalam flite? behave tak ? ;)

    ReplyDelete
  8. Syoknya jalan-jalan. Saya anak 9 bulan ++ bedal dah laksa..kiki. Rasa-rasa, macam ok je:0

    ReplyDelete
  9. cantik gambar-gambar cik epal. seketol han sgt bambam
    http://comot-pink.blogspot.com/2015/08/teknik-contouring-dan-highlight-by-sdtkc.html

    ReplyDelete
  10. Han bagus behave! Nice hotel... boleh usha ni :)

    ReplyDelete
  11. Nice holiday :)
    Laksa ikan sekoq tu..
    Menggiurkan! :)

    ReplyDelete
  12. wahhhh...cekal bebenauuu ati cik epal bawak seketul tu g mari..g mari.. tulis jer cik epel..xboring..luca laa cik epal nihh..

    ReplyDelete
  13. cantiknya bilik tu... happy holiday cik epal...

    ReplyDelete
  14. eh lawa jugak hotel ni. boleh dipertimbangkan. lama tak g langkawi. laksa ikan sekoq tu pon macam menggoda tu..😋😋
    hernyhafiz.com

    ReplyDelete
  15. eh takde bath tub ke? kalau ada lagi syok boleh campak anak dalam
    tu.

    ReplyDelete
  16. cantiknyaaa bilik hotel!! walaupun org Kedah, tapi tak pernah lagi jejak Langkawi.. sadis...
    saya pun patutnya pantang setahun laksa n air kelapa..sangat sadis sebab memang hantu laksa. tp tetiba tup tup peknen. org kata which ever come first. pregnant or setahun. jeng jeng jeng, terus bedal laksa. slurppp...

    ReplyDelete
  17. Tolong mama Han paksa Han senyum..

    ReplyDelete
  18. cantik hotelnyaaa.. comel je Han tu tido dalam flight :))

    ReplyDelete
  19. Ruby pun xpernah g langkawi..
    Ada angan nk pergi..bwk anak2..ermmm...best kan jejln cuti bersama family..ooo suamiku,sila apply cuti ya

    ReplyDelete
  20. pernah pergi langkawi masa sekolah je.. harap harap lepas ni boleh pergi langkawi for honeymoon or at least dgn family.. hehehe

    ReplyDelete
  21. betul macam kat oversea ja hotel tu.... dasat tui la langkawi

    ReplyDelete
  22. dah jadi mak ni seketul han x kacau ke masa tulis blog. heheh

    ReplyDelete