Wednesday, July 8, 2015

Susu Segar Legend




Siapa pernah minum susu segar legend ni? Memang legend ah susu ni. Dulu-dulu famous amos susu ni dan senang dapat. Sekarang susah sikit ah nak cari sebab tak ramai yang jual. Tahun lepas time puasa balik Taiping,pergi bazar aku ada jumpa orang jual susu segar ni. Memang kalau aku balik Taiping, hari-hari lah aku beli dengan abang yang jual tu. 


Minggu lepas aku balek Taiping, pergi je bazar, benda first yang aku cari adalah susu segar legend ni. Nasib baik ada lagi jual tahun ni. Terus beli doblas botol.


Bila nak balik KL, saja je cakap dengan husband.

"Rasa nak bawak balik 100 botol lah susu tu. Nanti dah balek rumah, susah nak dapat susu tu. Boleh buat stok sahur dengan berbuka"

"100 botol? Gila ke apa? Boleh habis ke? Lain macam ni. Nak kata mengidam,tak pregnant pon."

Pastu dia senyap je. Aku pon senyap. Malas nak bertekak. Tapi aku rasa boleh je habis. Sebab aku memang hantu susu. Kehkeh.


Tapi aku main-main je lah sebenarnya. Tak kan lah nak beli sampai 100 botol lak kan. Nak buat mandi ke apa?

Sekali....

Betul-betul husband aku pergi beli 100 botol susu ni. Kahkahkah

Siap pesanan lagi "Minum lah semua sampai mereput. Polistren tu pon kalau boleh telan sekali"

Baiklah. Kihkihkih



Jagung 50 botol
Coklat 40 botol
Strawberi 10 botol
Cukup lah 100 botol

Suka perisa jagung sebab susah nak dapat. Tapi favourite aku, susu coklat sebab tak manis sangat dan sedap gila. Strawberi dah selalu sangat minum brand lain, so seploh botol je ah beli,tak berapa heran sangat. Hehe. 


Dulu ingat lagi time sekolah rendah, dapat borang suruh tick nak susu apa. Nanti esok nya dapat lah susu yang kita tick tu. But masa zaman sekolah rendah dulu, murah je susu ni. Dalam 70 sen tak silap. Sekarang dah naik harga sikit.


Ni beli dekat kilang dekat Taiping. Masa aku balek Johor pon ada jumpa kilang susu segar legend ni. Tapi dekat Johor aku tak pernah try beli lagi.




Ada yang cakap dekat instagram aku ( https://instagram.com/cikepal06/ )

"bukan ke susu ni last 2 weeks only?"
"susu ni kalau simpan seminggu dah rasa lain"
"tahan ke susu ni eh?"
"tak rosak ke kalau simpan banyak-banyak macam ni?"

Tapi ni dah nak masuk 2 minggu aku beli. Sedap je susu ni. Tak ada pulak rasa lain ke apa. Sebab semua nya aku sumbat dalam freezer. 2-3 jam sebelum berbuka, baru letak luar dekat suhu bilik. Time berbuka terus slurp slurp aje. Hehe. Dan tinggal yang dalam gambar tu je susu nya. Yang lain semua dah selamat masuk dalam perut. Heee.


Siapa pernah minum susu segar legend ni? Korang suka perasa apa? :D



=============

Raya tak lama je lagi. Pejam celik pejam celik dah nak hari raya dah. Selain mencari baju baru,handbag baru, langsir baru, sofa baru, boyfriend/girlfriend baru (eh!), mesti ada juga yang mencari gadget baru. Kan? Kalau ada sesiapa yang tengah berfikir-fikir nak tukar handphone, boleh lah mempertimbangkan plan U Micro Credit daripada U Mobile ni!

Banyak kelebihan U MicroCredit ni, tak perlu guna kad kredit pon. Yang best nya,tidak perlu membayar deposit yang besar untuk memiliki smartphone. Dengan pelan ansuran ni, boleh dah pakai smartphone dari serendah RM98 je. Lepastu dapat Unlimited high speed internet quota pulak tu. Wow memang untung gila!




Untuk lebih detail, boleh klik sini : U Micro Credit

23 comments:

  1. perasa pisang sedap! ada jual dekat downtown The Mines. tak pernah lagi jumpa kat tempat lain. nyumsss~ nak pi beli lah jap lagi...

    ReplyDelete
  2. yeay! sep! Sally suka jagung jugak...stoberi tak berapa sbb kadang rasa macam ubat..kahkahkah

    ReplyDelete
  3. Belle Ahpete: eh ada perasa pisang ke? First time dengar ni

    Farah Waheda: Memang legend ni. Susu zaman sekolah rendah hehe

    Sally Samsaiman: Haha strawberry ada lah gak rasa macam ubat. Sebab tu tak gemar sangat. Suka jagung dengan coklat je. Saja beli strawberry buat syarat. Nampak warna-warni sikit. haha

    ReplyDelete
  4. mmg best susu tu.btl2 legend,..:)

    ReplyDelete
  5. dekat sebelah Taiping,Parit Buntar,Nibong Tebal ada banyak gak yang org jual.

    ReplyDelete
  6. ada cik epal, tapi dekat downtown the mines je. kalau bella beli kat tempat lain mmg tak pernah jumpa lagi perisa pisang ni

    ReplyDelete
  7. kat johor ada rasa sama je macam kita minum kat bangi. botol pn sama. paling win rasa jagung n coklat. memang teringat2 rasa susu ni lepas minum. kita pn hantu susu. kalau ada memang bedal sekali gus. haha.

    bestnya kalau ada freezer besar boleh sumbat susu botol banyak2 mcm cik epal. malangnya freezer rmh ni penuh dgn ayam ikan n kuih frozen je. haha.

    ReplyDelete
  8. Bestnye susu ni...da lama tk jumpa...mmg legend ni...nak g carik la...

    ReplyDelete
  9. Suka Coklat! Original tak dak ka? Lagi satu suka dadih! Ya Allah semoga jumpalah balik raya kampung nanti. Terliuq tgk air diaaa.. :((

    ReplyDelete
  10. Kalau tak silap susu ni orang jual kat sini RM2..dah lama tak minum

    ReplyDelete
  11. sep sikit...Aida pun kalo g Pasar Karat Stadium Shah Alam mesti beli at least 10botol. Suka Jagung dan Coklat gak...dulu murah je rm1.20 sekarang rm2.50 dah :( huhuh

    ReplyDelete
  12. Selalu usha dari jauh je
    X pernah torai lg hik3

    ReplyDelete
  13. best nih..lama dh x jumpe..esok nak round cari la

    ReplyDelete
  14. HAhahahhahah tak pernah tak membesar tanpa susu niii

    ReplyDelete
  15. My peberet! tapi memang legend la beli sekali 100 botol..hebat hebat.. hehehe

    ReplyDelete
  16. susu ni memang dah mahal skarang. Dulu masa kecik2 suka layan jagung

    ReplyDelete
  17. Mmg sedap..sebotol rm2 dekat kedai botol susu area institute veterinar kluang, Johor..lepas habis praktikal kt ivm konfem pi beli..sedap..nyum nyum

    ReplyDelete
  18. ya allah serious... memang paling suka coklat... tapi semua pun sedap kot.. una pun hantu susu gak cik epal... setakat 100 botol. 2,3 hari licin dah hahaha . nampak tak kerakusan tu tahap apa? :D

    ReplyDelete
  19. Suka susu ni! Tak jumpa lagi setakat ni...huhu

    ReplyDelete
  20. kite suke stoberry!!
    aduhai, terliur nengok...

    ReplyDelete