Wednesday, July 15, 2015

Benda yang dirindui time hari raya



Benda yang dirindui time hari raya - BUDAYA HANTAR KAD RAYA

Semenjak dua menjak tiga menjak zaman IT semakin canggih manggih ini. Budaya menghantar kad raya sudah semakin pupus dah aku tengok. Aku pon dah tak semangat dah nak hantar hantar kad raya ni.Dulu dulu zaman sekolah, kemain semangat kot hantar kad raya. Siap bangga lah kalau dapat kad raya paling banyak. Macam kan ada pertandingan siapa dapat kad raya paling banyak je sampai bangga kembang hidong lapan cm bila dapat kad raya.



Dewasa kini (ececeh macam nak buat karangan SPM) budaya menghantar kad raya di kalangan penduduk Malaysia telah pudar dan semakin pupus. Eh. Ke memang dah pupus?




Kalau aku nak bagi kad raya dekat kawan kawan aku. Aku suka yang ada kartun-kartun. Sebab kartun dalam kad raya selalu comel-comel.


Tapi dulu masa zaman sekolah, apa yang aku tulis dekat kad raya benda sama je memanjang cuma nama je tukar. Antara benda wajib aku akan tanya dalam kad raya :






"Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh


HAIII ****** (nama di setiap kad akan bertukar)


*part ni semua kad sama


Baju raya ko berapa pasang tahun ni?
Mak ko beli kuih raya berapa balang??
Baju raya ko warna apa?
Ko agak agak tahun ni ko dapat duit raya berapa banyak??
Cantik tak kasut raya ko tahun ni??
Masa ko balek kampung kan... ko ada tak pasang lagu Sudirman yang balek kampung tu??


Ok tu je aku nak tanya. Di kesempatan ini aku ucapkan selamat hari raya dekat ko. Ko jangan makan banyak sangat time raya ni nanti kau gendut. Aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki kau kalau aku ada buat salah. Kosong kosong lah wei. Hari raya ni tak baik kalau kita tak memaafkan antara satu sama lain



SELAMAT HARI RAYA!! Nanti bagi aku duit raya tau!


Pecah kaca pecah gelas. dah baca, kena lah balas! (yang ni wajib!)


=)"




Lebih kurang macam ni lah aku tulis dalam kad raya dekat semua member-member aku. Niat di hati bukan ikhlas sangat pon nak kasi kad raya. Niat sebenar sebab nak kumpul kad raya je. Masa dulu-dulu kalau dapat kad raya tu macam menang Grammy Awards je aku rasa. Sampai dok banding kan dengan adik-adik aku kad raya siapa paling banyak. Pastu sure sure lah kad raya aku paling banyak. Pastu ejek dorang "hahaha korang ni tak banyak kawan lah. kad raya pon tak banyak. mesti kera sumbang dekat sekolah"



Adik aku memang dah biasa dah kena ejek dengan aku setiap kali hari raya.



Tapi tu lah kan. Sekarang ni semua dok pakat wish dekat whatsapp je. Tu pon dok forward je wish orang. Kehkeh.Malam raya lah selalunya berderet whatsapp masuk wish hari raya. yang ada gambar masjid, pantun raya. tulisan arab kemain. tengok ah. Tak pon dekat facebook. gambar kad raya tag semua kawan kawan yang ada sebab nak wish hari raya.


Benda yang dirindui time hari raya - LONTONG

Tu pasal kad raya, kalau pasal makanan pulak. Time hari raya memang wajib cari lontong. Rindu betul nak makan lontong. Lontong nenek aku memang marvelous punya sedap. Memang kegemaran aku lah lontong ni, pekena pulak dengan sambal tumis. Perghh memang ke langit pergi dia. Haha bertambah-tambah lah jawabnya.

Time bulan puasa ni bila scroll facebook, nampak pulak gambar ni keluar dekat timeline. Oh whyyyy.Menggegarkan nafsu betul tengok gambar ni. Dah lah aku memang suka lontong. Mamee Chef ni pulak buat perisa baru Lontong pulak. Wuuu.









Mesti sedap #mameecheflontong ni! Yang special nya,Chef Ismail buat pes khas untuk Mamee Chef Lontong  ni dan buat rasa dia sama dengan hidangan sebenar. Mesti unik rasa dia. Confirm! 



Terus aku pergi cari MAMEE Chef Lontong ni dekat supermarket. Wee

Ni perencah yang ada dalam pek.

Sedap weh! Serious rasa macam lontong. Ni aku buat time sahur tadi. Memang marvelous sahur aku hari ni. Selalu makan cereal dengan susu je. Hehe. Husband aku pon cakap sedap and request sahur esok suruh aku masak Mamee Chef Lontong lagi. Amboi dia tu. Haha

Sedap nya Mamee Chef Lontong. Padu betul rasa dia.

Dah lah kualiti mee dia memang terbaik sebab dibuat oleh Art of Mi Tarik. Springy dan lembut je. Kemain slurp slurp bila makan. hehe.


Tak sabar betul nak raya bila makan #mameecheflontong ni. Haha. Tunggu raya nak makan lontong nenek aku lambat lagi. At least dapat lah lepas rindu dekat lontong nenek aku bila rasa #mameecheflontong ni.


Mamee ni selalu buat perasa baru tau, korang boleh usha https://www.facebook.com/mymameechef

ok bye!



13 comments:

  1. selamat hari laraya aidilfitri cik epal..:)

    ReplyDelete
  2. sedapnya mamee chef lontong :-)

    ReplyDelete
  3. alaaa . hari ni , ramai sangat post gmbr makanan .. terliurrr daahhhhh T_T

    ReplyDelete
  4. nampak sedapnye. nak beli balik nih!

    ReplyDelete
  5. Menggoda sungguh di bulan puasa ni..huhu

    ReplyDelete
  6. zaman dah semakin canggih cik epal...nak ucap selamat hari raya kat kawan-kawan pun main antar pakai wasap jak..kan..

    ReplyDelete
  7. Kad raya fizikal dah susah nak dapat.
    Kad raya ni dedulu kalau ada kengkawan hantar biasa keluarga haji tampal kat dinding.
    Nampak meriah le sikit.
    Skrg tatau. .setakat ni belum nampak batang hidung kad raya lg.
    Semua pakai kad dalam wassap , tele ngan fb.
    Sekian ulasan haji.
    .
    .
    Salam kenal. Haji masih baru dalam dunia berblogging. Mohon tunjuk ajar ye Cik. Tq

    ReplyDelete
  8. Sedapnye Nampak! sy mmg peminat Lontong. Btw, Selamat Hari Raya ye cik epal & new baby ^___^

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Raya Idul Fitri ye cik epal

    ReplyDelete
  10. Wah, nak try lah mamee perisa lontong ni :) salam perkenalan cik epal 😊

    ReplyDelete