Saturday, June 13, 2015

Honeymoon: Osaka, Japan .Pakai Kimono / Yukata murah je! (part 5)



Entry lepas dekat Nara . Lepas pergi Nara, kitorang ke Osaka pulak.

Osaka Amazing Pass 2014

2014 hokayy. Sekarang? Dah bulan Jun 2015 dah. Pergi honeymoon dekat Jepun nya tahun lepas, sekarang dah beranak baru lah gigih nak update dekat blog. kehkeh



Kalau pergi Osaka ni, better ambil Osaka Amazing Pass ni. Kitorang ambil yang untuk 2 hari. Sorang 3000 yen.



Ada 28 tempat menarik yang korang boleh pergi dengan Osaka Amazing Pass ni. So dengan pass ni, korang boleh naik turun bus, train (for all Osaka subway lines), dan pergi ke tempat-tempat menarik FREE je! 



Pamphlet ni boleh ambil dekat Tourist Information Centre.Banyak tempat best dekat Osaka ni. Selama 2 hari tu pon kitorang tak sempat nak cover semua. So kitorang pilih-pilih je lah tempat yang kitorang rasa best dan rasa nak pergi.





Dari Nara Station nak pergi Osaka naik train. 


Canggih betul train depa ni. Train 2 hala. Kalau train menghala ke arah kanan, seat pon ikut gerak ke kanan dan sebaliknya. Kagum gak ah tengok seat pusing-pusing dengan sendiri nya. Haha.




Sampai je Osaka, terus cari makanan untuk breakfast. Banyak juga makanan halal dekat sini.

Orang kata, dekat Jepun ni, takoyaki paling best adalah dekat Osaka. Dah sampai Osaka ni, memang kitorang tak melepaskan peluang ah nak rasa octopus takoyaki dekat sini pulak. Antara banyak-banyak takoyaki yang kitorang makan dekat Kyoto and Nara sebelum ni, yang dekat Osaka ni memang paling sedap ah! Serious sedap. Highly recommended lah rasa takoyaki dekat Osaka ni. Dan dekat Osaka ni memang bersepah-sepah gerai takoyaki.




Dah kenyang, teruskan perjalanan.Kitorang ke Osaka Museum of Housing and Living. Memang excited nak pergi sini sebab nak pakai kimono Jepun! Hee. Nak bayar pon murah je. 200yen sorang. Dalam rm6 macam tu. Boleh lah ambil gambar di setiap celah dalam museum tu dengan pakai kimono. Tapi sewa 30 minit je. Ok lah tu 30 minit, janji dapat pakai kimono, dekat Jepun lak tu. Hee. 


Sebab nak sewa kimono dekat Jepun ni sangat mahal. Paling murah pon dekat Kyoto,3000yen.Tu paling murah ok selain dekat Osaka Museum of Housing and Living ni. Tempat-tempat lain lagi ah mahal.Tapi boleh sewa sehari lah.Pergi Jepun ni pon banyak tempat nak cover. Memang tak lah nak sewa sampai sehari, dah ah sejuk time ni. Kerja gila pakai kimono bersiar-siar time sejuk ni.Dapat pakai 30 minit pon dah ok sangat dah tu.



Kalau nak beli kimono ni pon mahal. Dekat Osaka Museum of Housing and Living ni sewa paling murah lah, hanya bayar 200 yen je. Pastu dapat stokin free. hehe.



Untuk perempuan, banyak sangat pilihan corak kimono yang cantik-cantik. Tapi untuk lelaki boring sikit, sebab semua kimono/yukata nya adalah warna plain. hehe.



Pilih je kimono nak corak apa and nanti ada lah staff tolong pakai kan. Tengok dia ikat riben dekat pinggang tu macam senang je. Kalau aku yang ikat sendiri riben tu tah jadi hape bentuk lah karang.





Yang best nya,setting dekat dalam museum ni macam design rumah dan kedai Jepun zaman dulu-dulu. Macam dalam cerita Oshin . Boleh lah tangkap gambar dekat celah bedah mana pon. muehehe.




Peniaga takoyaki.

Jalan-jalan pakai terompah je uolss. Keletak keletuk keletak keletuk bunyik nya.



Tengok riben dia ikat dekat kimono aku tu, cantik je kan? Yang dekat husband aku tu amende tu? Dah macam lepat pisang nengok gayanya.



Ni husband aku ke hantu jepun ni? Ok, nasib baik ada kaki.


Lagi satu keistimewaan museum ni, kalau kita dongak dekat atas, nanti nampak langit biru dan langit ini boleh berubah dalam masa-masa tertentu. Sama jugak dengan cuaca dia. Tiba-tiba terang, karang tetiba gelap dan ada bunyi guruh macam nak hujan pulak. Nanti kang tetiba dengar bunyi burung berkicauan, tu maknanya cuaca dah elok lah tu.




Time ni cuaca macam nak hujan, tu gelap sikit.


Dah habis 30 minit. Kitorang pon pulangkan balek kimono tu. Lepas pakai,rasa macam nak beli pulak satu. Tapi nak bawak balek Malaysia,time bila pulak nak pakai nya kan. Tak kan nak pakai time raya pulak. Kang orang kata buang tebiat pulak. Lalu aku memendamkan je lah hasrat murni aku nak beli kimono ni.



Then kitorang pergi Umeda Sky Building pulak. Tempat ni antara common spots untuk tengok city view. Sebab kitorang ni suka layan view, memang tempat ni kena pergi lah.Umeda Sky Building ni berketinggian 173 meter. Atasnya ada Floating Garden Observatory. Bila dengar floating garden,aku dah bayangkan taman terapung dah. Bukan rupanya. Menariknya dekat sini kita dapat tengok keseluruhan kawasan Osaka secara 360  ͦ.


Tiket untuk ke main observatory berharga 700 Yen.Tapi disebabkan aku ada Osaka Amazing pass tu so aku masuk free la. Kalau korang pergi Osaka,memang highly recommended lah beli Osaka Amazing Pass tu. Memang jimat berbaloi-baloi.



Ni dekat Rooftop dimana terletaknya Lumi Deck. Lumi Deck ni la outdoor observatory deck.Sejuk gila dekat atas ni. Bahagian roof top ni la yang dikatakan floating garden walaupun takda pokok. Tak faham aku kenapa dinamakan floating garden. Celah bedah mana garden nya? Haha


Dekat atas ni dah ah sejuk. Lepastu berangin pulak tu. Dah sampai terangkat-angkat coat aku. Angin kuat gila.


View dari rooftop. Memang pergi sini untuk layan city view.


 Kita boleh berjalan 360 degree untuk tengok city view. Yang menarik nya dekat laluan (Lumi Sky Wallk) ni jalan dia berbatu glow in the dark. Cantik sangat. Lepastu lampu nya bertukar-tukar.




Ada staff dekat situ tahan suruh kitorang tangkap gambar dengan 'love' ni. Layan je lah. Padahal time ni tengah gigil ni. Yang staff situ tak habis-habis kawaii kawaii bagai. Aku cepuk satgi, aku dah ah tengah sejuk gila ni. Dengan aku tengah pregnant time ni,memang tak boleh ah nak sejuk-sejuk sangat. Lepas pegang 'love' ni terus berdesup turun bawah balik. Kejap je dok atas ni sebab sejuk gila macam dok dalam peti ais bahagian atas sejuk beku tu. Dengan angin pulak kuat. Memang kejung disitu.




Bila turun dari rooftop tu teringat masa ambil tiket masuk Umeda Sky Building ni dorang ada bagi 'star' ni sekali. Konon-konon 'wishing star' ah ni.

Dah tulis apa kita nak dekat 'star' tu, gantung lah dekat sini.

Masing-masing tulis wish dekat 'star'. Lepas dah habis tulis, kitorang tengok wish memasing. Eh tersama pulak wish kitorang time tu. Sebijik pulak tu. Dah tengok wish memasing terus gelak. "eh sama! Macam mana boleh fikir benda sama ni?"



Tapi wish tu biar lah kitorang je lah yang tahu apa benda. kihkih.



Pastu husband aku lah tolong gantung. Malas aku nak bersesak-sesak dengan orang lain yang dok gantung benda alah ni. Dah ah tengah pregnant,malas nak bergesel perut dengan orang.


Pastu husband aku cakap "Wish kita mesti jadi ni. Sebab gantung dekat bintang ada lampu. Mesti terus bersinar-sinar wish kita.Yang lain pergi gantung dekat bintang gelap. Memang gelap lah masa depan diorang"


Ermm..Apa-apa lah bangggg.





Dekat Osaka ni banyak tempat best, nanti sambung lagi next entry. Bye!









9 comments:

  1. Akak pun belum jejak kaki di Jepun.

    ReplyDelete
  2. moge wish Pn epal n husband tercapai sebab bersinar dekat lampu.. hehe

    ReplyDelete
  3. makasih infonya,,
    sangat menarik dan bermanfaat,,
    mantap

    ReplyDelete
  4. Cantikkkkkk...beshnya pakai kimono. Yg reben besar gabak xde ke.haha ke trpengaruh dgn kartun ni tgk dorg ikat reben besar2 kt belakang tu. ;)

    ReplyDelete
  5. hahahahahahhahaha wish nak baby banyak2 lulz

    ReplyDelete
  6. Lama tak skodeng blog ini...dah kawen eh tuan blog...;)
    Yakuta ke Yukata ??? Heheh...jangan Yakult sudah.

    Dua-dua memang sangat kawaii...!

    ReplyDelete
  7. Jepun memang best , tu je boleh kate kan duduk sane selama setahun :)

    ReplyDelete