Tuesday, June 2, 2015

Honeymoon Japan (part 3) : Yayy jumpa jugak hatsukoi-no-kaori dekat Nishiki Market!



Hari ke 3 dekat Japan. Masih lagi dekat Kyoto. Time ni pagi-pagi dah hujan. Memang bertambah sejuk lah. Merasa lah mulut keluar asap bila bersembang dengan husband. 2 hari sebelum ni aku berjalan pakai sport shoes. Tapi entah kenapa aku rasa kaki aku sejuk sangat bila berjalan. Maybe hormon mengandung ke apa tak tahu lah. 


Tiap malam lepas balik hotel selalunya husband aku akan keluar lagi sorang-sorang. Dia nak beli buah,air mineral, and susu untuk aku minum. Aku memang malas nak ikut, nak rehat je dekat hotel. Ni tetiba dia balik bilik je bawak balek buah, air mineral, susu, and kotak apa tah. Bukak pintu bilik je dok "tadaaa.Nanti esok yunk pakai ni".Dia belikan boots.Tak nak bagi kaki aku sejuk katanya. Nasib baik muat and selesa gak ah jalan dengan boot pua chu kang ni sebab banyak bulu dalam kasut tu. Haha so rasa nyaman je kaki aku.




Hari ke 3 ni pergi Nishiki Market je. Tempat ni kira macam pasar malam lah. Tapi pasar malam yang upgrade sikit lah dari dekat Malaysia ni. hehe. 

Time ni hujan. Nasib baik lah Nishiki Market ni ada bumbung. Tak ada lah basah lencun.



Kitorang ni kalau pergi mana-mana memang buah lah akan cari dulu. Tapi oren dengan strawberry dekat sini serious manis gila. Size besar-besar pulak tu. Kalau beli memang akan makan terus. Dah bayar je, mintak depa basuh. Pastu boleh ngap. Dah lah buah sejuk macam letak dalam peti ais. Memang lagi sedap lah ngunyah.



Antara reason nak datang Jepun sebab nak cari hatsukoi-no-kaori  ni. Yayy jumpa jugak white strawberry ni! White strawberries ni dikenali jugak sebagai 'scent of first love'. Masa nampak strawberry ni memang excited gila. Cuma time ni jumpa size ni je. Cari juga yang lagi besar. Tapi tak jumpa pulak. 



Sedap di makan begitu saja, sweet and milky. Bila gigit seketul rasa macam makan susu strawberry. Dappp dapp 

Memang kejap je lah habis sepaket ni. Aku dah lupa pulak harga berapa strawberry ni. Sebab pergi nya tahun lepas, sekarang baru nak update dekat blog. Memang tak lah aku ingat. Tapi yang pasti harga white strawberry ni agak mahal jugak. Strawberry paling mahal yang kitorang beli sepanjang dekat Jepun ni.



Ada jugak yang cakap Hatsukoi No Kaori ni antara strawberry paling mahal dalam dunia.






Sepanjang jalan dekat Nishiki Market ni, banyak betul jumpa jeruk jepun. Nampak style lah jeruk-jeruk depa. Tapi tak beli lah.



Still dalam Nishiki Market. Tapi kawasan ni banyak jual baju,kasut,make up, etc. Besar jugak Nishiki Market ni.



Nampak lah dekat Jepun bila bergambar dengan tulisan Jepun.



Besarnya ketam. 


Sebenarnya tengah lapar.


Pastu jumpa egg tart ni.



Biasanya kalau bab makan ni, aku akan bagi husband aku rasa dulu sebab aku malas nak makan makanan tak sedap. Kihkih. Selalunya kalau dia kata tak sedap, memang aku tak makan.

Sekali dia habiskan seketul egg tart ni terus cakap "yunk tak yah makan ni, tak sedap. Meh sini nak habiskan". Tapi tengok muka cam menipu je dia ni. Sebab aku tengok macam ramai orang beratur nak beli. Mesti sedap ni. *getus hati kecil ku*. Ecehh.

Saja try segigit. Sedap gila. Kongasam betul, kerja nak menipu je mamat ni. Dah lah aku ni naif, innocent dan sesuci lebaran. Nak bedal sorang je.

Egg tart ni serve panas-panas lak. Terus suruh dia beli lagi lapan ketul. Hee.

Egg tart je sedap. Yang sebelah ada whipped cream tu tak sedap.




Gembira lah mak buyong dapat makan egg tart panas-panas yang lazat.

Sedap gila! Datang Jepun next time, akan ku cari lagi egg tart ni.



Dah dapat makan egg tart lazat terus melayang di angkasa. kehkeh


Pastu jadi maikel jeksen tengah-tengah jalan raya.



Malam-malam lepak tengok Kyoto Tower.

Pastu minum hot chocolate. Budaya dekat sini,kalau makan dekat mana-mana pon, lepas habis makan, tray semua kena bersihkan sendiri letak dekat tempat sepatutnya.

Hari first and second dekat sini kitorang tak tahu, kitorang biar je lah atas meja lepas makan. Makan dekat Malaysia kan macam tu. Lepas makan biar je atas meja. Haha. Hari ke 3 dekat sini,baru perasan yang lepas makan kena bersihkan meja sendiri dan letak tray dekat tempat sepatutnya.

Duduk dekat Jepun ni rasa macam diri lebih berdisiplin ah sikit bila tengok budaya dorang ni.hihi 


Sebelum balik hotel, singgah 7 eleven jap. Sedap gila aiskrim ni. Apa-apa yang berperasa green tea dekat Jepun ni selalunya memang sedap. Sepanjang dekat Jepun, kalau pergi 7 eleven memang asyik beli aiskrim ni je lah.



Sebab kitorang travel tak pakai travel agent. Memang Map/Guide ni sangat membantu kitorang nak pergi mana-mana. Kalau korang jenis main redah je ikut suka korang nak pi mana, ambil lah benda ni dekat tourist information center. InsyaAllah tak sesat. Tapi kalau sesat jugak, memang korang spesis noob lah. haha



ok nanti sambung lagi. bye!

12 comments:

  1. suka tul amik gambar terbang haha..mcm mn buat tu..cantik la!

    ReplyDelete
  2. tak besar ke white stoberri tu? tengok dh la besar..fresh lagi macm baru petik dr ladang.. huhu..camna laa kalau lg besar ekkk.. syok nyeee..

    ReplyDelete
  3. Lepas ni boleh bawa bby pulak..hehe..

    ReplyDelete
  4. Suka baca kisah kisah yang ditulis ....

    Nanti kasi ler tutorial yang buat gambar terbang terbang tuh !!!

    Hahhahahaaa

    ReplyDelete
  5. strawberry putih yang tak menahan nengokkk ;) terkeliuq akak dibuat nyer

    ReplyDelete
  6. Puan epal,hahaha dh puan kan, cepatla hapdet,nk tgk pakai kimono. Jepun adlh salah tempat yg ingin i lawati,tp xde rezeki lg setkt ni.

    ReplyDelete
  7. wow.. amazing experience sharing information explode..

    ReplyDelete
  8. bestnyeeeeeeeeeeee.. tu je nk ckp

    ReplyDelete