Friday, May 22, 2015

REVIEW: Faith in Face hydrogel facial mask! Best sangat mask ni!

Pernah tak kita tertanya-tanya kenapa kita perlu ambil makanan tambahan walaupun hakikatnya kita dah cuba yang terbaik untuk makan dengan sihat, kita still rasa makanan tambahan buat kita kekal sihat? Sama lah jugak dengan facial mask! Penjagaan kulit harian sama lah juga dengan pengambilan makanan harian kita. Facial mask ni adalah suplemen tambahan untuk kulit kita. Ia memberikan kulit kita ransangan nutrien yang mungkin rangkaian penjagaan kulit harian kita tak dapat bagi.


Memang biasa ah aku pakai facial mask dalam facial routine aku, sebab aku memang boleh rasa perbezaannya bila pakai mask dengan tak pakai mask.. Walau bagaimana rajin pun aku letak toner dengan moisturizer setiap hari, dengan facial mask la yang boleh buat muka aku smooth dan lebih moisturized. Jadi memang rajin ah aku usha jenis-jenis mask ni. Kebetulan pulak diberi peluang untuk review mask Faith in Face, so aku terus try it out!



Faith in Face sekarang ni dah ada dekat Malaysia! Yayy! Faith in Face ni asalnya bermula dekat Korea, sekarang Faith in Face dah dieksport ke Hong Kong, Taiwan, Thailand dan sekarang boleh dapat di kedai-kedai utama Watsons di Malaysia. Faith in Face ni akan mulakan dengan hydrogel facial mask series ni dulu.



AFTER SHOWER LOOK - Get that fresh-out-of-shower glow!
Segarkan kulit dengan formula penghidratan Sodium Hyaluronate (Hyaluronic Acid), sebuah super-ejen pelembap dan Minyak Camelia semula jadi dan mencegah nutrien penting daripada penyejatan. Kulit tidak akan rasa kering atau kurang kilau lagi.

NOURISH ME- Treat your skin to a feast!
Diet yang seimbang untuk kulit dengan menggabungkan Ceramide 3, yang boleh memberi lapisan perlindungan ke atas kulit dan merupakan salah satu lipid compositions paling penting, dengan Ekstrak Brokoli dan Minyak Zaitun untuk mengembalikan khasiat kulit kusam dengan lebih sikat dan berseri !


HOLD ME TIGHT- Hold on tight to youthful skin!
Special combination of Copper Tripeptide yang menghidupkan kulit tanpa kerengsaan, manakalan Rooibos dan Red Ginseng Extract, a popular Korean ingredient,berfungsi untuk mengurangkan tekanan dan meningkatkan ketegangan kepada kulit.




BLACK & WHITE FILM STAR – Shine bright with smoother and fairer skin.
Stand out and curi perhatian dengan gabungan luar biasa Niacinamide yang mencerahkan kulit, Tangerine Peel and Natural Green Tea Extracts yang penuh dengan anti-oksida.




MISS INVISIBLE PORE-  Look flawless and pore-less!
Mengurangkan penampilan liang dengan formula unik Chestnut Shell Extract, Witch Hazel Extract, Salicylic Acid dan Peppermint Extract yang berkesan dan selamat mengetatkan liang roma untuk kulit lebih licin, kulit yang lebih sempurna.




Suka packaging dia. Nampak chic, retro and stylo. Tengok packaging dia rasa macam tak sabar nak cuba! Antara 5 hydrogel facial mask ni, aku dah try 3. 




BLACK & WHITE FILM STAR. Hydrogel facial mask ni untuk cerahkan kulit. Bau dia sangat menenangkan sebab ada Niacinamide dengan Green Tea Extract. Semua mask Faith in Face ni ada 2 layer kertas. Buang layer kertas tu dulu, baru kita pakai mask tu ke muka. 





Lepas 30 minit apply, Boleh tanggalkan mask. 



Pastu massage muka dengan fingertips untuk membantu penyerapan lebihan esen. Terus segar kulit muka. Rasanya disebabkan oleh bahan-bahan yang effektif dalam mask ini, boleh nampak kulit macam putih sikit hehe. Lepas mask ni juga kulit tak rasa kering.


Nak nampak flawless dan nak tutup liang roma? Boleh try MISS INVISIBLE PORE hydrogel facial mask ni! Ingredient pon best sebab ada formula unik Chestnut Shell Extract, Witch Hazel Extract, Salicylic Acid dan Peppermint Extract. Bau dia wangi sangat! Suka!



Kalau nak tutup liang roma tu boleh pakai mask ni. Memang best and muka sejuk je lepas pakai :D Bila massage dengan jari lepas letak mask, boleh rasa muka macam lembut, tak sekasar sebelum letak mask. Ruang roma pun macam kecik sikit. Memang happy ah.




Untuk kulit lebih muda dan tegang boleh try HOLD ME TIGHT facial mask ni. Terus tegang kulit muka tak payah pakai botox tau. Haha. Yang ni paling aku suka. Bau dia sangat refreshing dan relaxing, jadi bila aku pakai memang aku relaks sangat ah. Memang selesa gila. 

Lepas guna facial HOLD ME TIGHT ni terus rasa muka tegang je. Best!

Kalau nak aku comparekan dengan mask-mask dulu yang aku pakai, aku rasa bezanya hydrogel mask ni dengan mask kapas biasa yang lain adalah mask hydrogel ni tak keringkan kulit muka aku walaupun terlebih masa aplikasinya. Lebih selesa juga sebab mask hydrogel ni tak menitik, jadi tak comot ah bila pakai.

Facial mask yang bagus tak semestinya mahal. Dengan bahan yang bagus dan sangat berkualiti tinggi yang Faith in Face hydrogel mask ni guna, harga mask ni sangat affordable! 

Jangan ada mind-set yang facial mask ni tak penting dan jangan malas nak apply. Lagipun, ia adalah untuk kebaikan kulit kita, kita hanya akan mempunyai satu je kulit; tak ada siapa yang akan melindungi dan menjaga kulit kita kalau bukan kita sendiri. Love yourself, love your face, ALLOW FAITH IN FACE TO MAKE YOU HAVE MORE FAITH IN YOUR FACE. 


=====

Nak cuba Faith in Face Hydrogel Masks?

Korang berpeluang untuk menangi Faith in Face hydrogel facial mask goodie pack sekarang!

(goodie pack termasuklah AFTER SHOWER LOOK x 1pcs, B&W FILM STAR x 1pc, HOLD ME TIGHT x 1pc, MISS INVISIBLE PORE x 1pcs & NOURISH ME x 1pc)

Ikut langkah-langkah berikut untuk menangi goodie pack:-
Langkah 1: LIKE laman rasmi FB Faith in Face Malaysia & share blog post ni kat Facebook korang (Screenshot kedua-duanya)
Langkah 2: Emel screenshot tersebut dengan nama, nombor telephone, nombor I.C. dan alamat anda ke enquiries@whitedge.com.my
Step 3: Pemenang akan diumumkan pada laman rasmi Facebook Faith in Face pada 31 May 2015. Kamu juga akan dihubungi melalui emel dan panggilan telefon tentang cara-cara untuk dapatkan goodie pack anda!
Goodie pack set Faith in Face Hydrogel Mask adalah terhad - pemenang akan dipilih secara setiap emel ke-10!

Kepada mereka yang tak sabar nak cuba, bolehlah dapatkan di cawangan-cawangan utama Watsons pada harga RM11.90 setiap helai (termasuk GST).


More info: Layari Faith in Face Website dan like them on Facebook !!
(Website dalam bahasa Korean , layari FB Page untuk informasi dalam bahasa English)



10 comments:

  1. hahaha..dalam pantang tetap comel

    ReplyDelete
  2. macam betul2 pakai topeng & nampak transparents

    ReplyDelete
  3. Eh macam cantik je macam cantik je..

    ReplyDelete
  4. Cool! Boleh try ni. Thanks!!!!!

    ReplyDelete
  5. Salam k first coment..slalu jengok sini hampir masuk 5tahun lebey..dan ini rekod first komenn.... :)

    ReplyDelete
  6. Wah....pandai cik epal jaga muka dlm pantang

    ReplyDelete