Thursday, May 28, 2015

Honeymoon: Arashiyama, Kyoto, Japan (part 2)



Aku rasa aku pergi Jepun ni time aku pregnant 4 bulan rasa nya. Tu perut ada nampak baby bump sikit. Sikit je ah.Tapi time pregnant perut aku memang kecik. Ni dekat depan hotel kitorang. Hotel kitorang memang dekat sangat dengan train station. 


Pagi-pagi akan suruh budak kerja hotel tangkapkan gambar. Bila aku update gambar berdua dekat instagram aku ( https://instagram.com/cikepal06/ ) , selalu orang tanya siapa tangkapkan gambar kalau pergi travel. Kitorang memang suruh orang lalu lalang sesiapa je lah tangkapkan gambar. Tapi nanti ada je yang tak percaya kata edit lah, pakai monopod lah tripod lah. Tak ada makna nya nak travel bawak pod pod segala bagai ni. Berat kott semua benda-benda tu. Nak travel ni tak koser kitorang nak bawak benda-benda yang membebankan kehulu-kehilir. Handbag pon aku malas nak bawak, lagi kan benda bukan-bukan. Purse and handphone semua sumbat dalam poket coat je. Heee.





Ini lah Kyoto Tower. Macam Menara KL pulak aku tengok.



Kalau travel tempat sejuk mesti aku pelik kenapa orang makan aiskrim. Dah ah sejuk,makan pulak benda sejuk,tak sejuk ke? Tapi dalam aku pelik-pelik tu, aku dengan husband pon akan makan aiskrim kalau pergi tempat sejuk. Dekat Jepun ni memang bersepah-sepah gerai jual soft ice cream. Kali ni layan 2 perasa sekaligus. Yang putih tu perasa soya ke vanilla tah, aku lupa. Yang hijau tu dah sah-sah lah perasa green tea.



Tapi sedap weh soft ice cream ni. Kalau korang datang Jepun, korang kena try green tea soft ice cream dia. Memang layann.



Dan tak lupa juga octopus takoyaki. Takoyaki ni sedap lagi dari yang aku update dekat entri lepas tu. Pastu besar-besar lak tu. Rasa memang heaven. Kedai takoyaki ni sederet je dengan kedai jual soft ice cream tu. Area-area Arashiyama. Yang warna pink tu jeruk. Jeruk halia. Diorang ni kalau makan takoyaki suka layan dengan jeruk. Tapi jeruk halia tu bagi aku tak sedap. Makan octopus takoyaki tu alone je sedap dah. Tak koser nak sumbat jeruk halia tu jugak.






Dah sampai dah Arashiyama. Kalau pergi travel, husband aku lah yang selalunya tetapkan nak pergi mana-mana tempat. Melainkan aku ada request nak pergi mana-mana nanti dia bawak kan lah. Ni dia nak bawak pergi Arashiyama, aku tanya lah tempat apa tu. Dia kata tempat buluh.

Ek elehhh, datang Jepun jauh-jauh nak bawak pergi tengok buluh je ke? *getus hati kecil ku*

Tapi layan je lah. Dah alang-alang berjalan.






Tapi tempat buluh ni bukan sebarang buluh. Lawa gila weh tempat ni.



Boleh lah tebang buluh ni buat lemang untuk pagi raya sok.



Tapi memang cantik lah Arashiyama Bamboo Grove ni. Kalau korang travel jenis yang suka tengok nature. Tempat ni memang wajib kena pergi. Masuk free je uolsss.




Dah jumpa tempat buluh Jepun mencanak-canak ni. Gila tak tangkap gambar? Mesti lah kena ada gambar kenang-kenangan berdua gitchuww.






Pastu jalan-jalan area situ jugak. Jumpa pokok merah-merah ni. Cantik pokok-pokok ni.Tapi time ni musim autumn nak habis dah. Daun pon dah banyak luruh. Kitorang lambat seminggu je. Kalau datang cepat sikit, dapat lah tengok pokok merimbun-rimbun kemerahan.




Awek jepun ni pon pelik jah tengok husband aku ni dok terbang-terbang. Tapi masa dia lalu tu sebenarnya dia terkejut. Pastu kitorang sengih dekat dia, dia pon sengih lah balik. Mesti dia ingat husband aku buang tebiat.






Then kitorang naik bot, tapi naik bot ni kena bayar. Aku lupa kena bayar berapa. Sorry, dah beranak ni banyak urat-urat dah putus. Nyanyuk sikit.


Lagi pon dah berzaman aku pergi Jepun ni,tapi sekarang baru terhegeh-hegeh nak update. Info pon banyak yang lupa. Ya ampunn.






Sejuk gila time ni. Sepanjang dekat Jepun ni memang selalu jadi ninja je lah. Tutup mulut dengan hidung.








Ni view kitorang masa pergi Jepun tu. Sayang sangat pergi Jepun time daun-daun dah luruh.








Kalau tak, mesti dapat tengok view macam ni. Aaaaa cantiknya. Gambar ihsan pakcik google.




Sekejap je dah nak senja. Masa kitorang pergi ni pukul 4pm dah start senja, pukul 5pm dah gelap malam. Kalau puasa time ni memang heaven! :D


Lepastu jalan punya jalan nak cari bas, jumpa tempat tiang-tiang lampu ni. Lawa betul.



Pastu tetiba lapar. Dah lah tengah pregnant, sejuk. Memang lapar saja lah.





Jumpa gerai jual seafood ni. Halal. Pastu murah je 200-300 Yen. Tengok ramai je beratur beli, mesti sedap ni.Saja try beli sorang satu perasa lain-lain. Eh eh sedap pulak benda ni. Dah ah sejuk, makan benda ni panas-panas memang layann.



Pastu beli lagi. Sorang 3 cucuk pulak kali ni. Puas hati makan. Sedap benda ni. Bila gigit, ada terpancut keluar sos macam mayonis camtu. Tapi panas, berasap-asap mulut bila makan.



Nampak train ni. Comel nya. Awek-awek Jepun pakai kimono tu pon comel. Kimono dekat sini kalau nak beli mahal. Kalau nak pakai gak boleh lah sewa. Banyak lah nampak couple-couple pakai kimono time ni. Kitorang ada gak pakai kimono gini. Murah je 200yen. Tu nanti aku cerita dekat next entry.




Time malam dekat Kyoto Jepun.

Kerja aku tiap-tiap malam mesti wajib cari hot chocolate. Baru rasa badan panas sikit bila minum air panas. Pastu balik hotel, tidur dengan nyenyak nya.



Nanti sambung lagi. Bye!







9 comments:

  1. lawalah kawasan buluh2 tu..macam lukisan..

    ReplyDelete
  2. wah..cantik giler pemandangan... :)

    ReplyDelete
  3. epal...
    hahaha...

    memang perangai orang malaysia pergi jepun suka lompat kot.

    geng kiteorang pun kerja terlompa2 ngambik gambo kat jepun.

    mmg dipandang pelik arh oleh warga jepun sekaliannya.
    tapi ekorang ketebalan wajah yang tidak berbelah bahagi - senyum sengih jer lah...

    hahahaha....

    ReplyDelete
  4. best nyer pi Jepunnn ;) tak tau lagi laaa bila boleh sampai ... salah satu dari my whishlist to visit ;)

    ReplyDelete
  5. Rasa nak ikut Cik Epal ke Jepun... best giler!

    ReplyDelete
  6. Cik epal... nak naik sampan cantik tu pun kat Arashiyaa Bamboo Grove ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. Dekat Arashiyama ni jugak. Semua satu tempat :)

      Delete
  7. boleh pinjam itinerary osaka jepun tak? emelkan plis ...
    or share kat blog ke acaner...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua dah share dekat blog ni. Boleh baca dekat sidebar. Semua saya dah letak situ :)

      Delete