Monday, May 25, 2015

Honeymoon: Kyoto, Japan (Part 1)

Time ni tengah pregnant lagi. Aku pon tak ingat time ni aku pregnant berapa bulan masa pergi Jepun ni. Lama bebenor ambil masa nak update blog. Sampai dah beranak pon, entry honeymoon tak habis-habis lagi nak update. Jepun ni antara salah satu negara yang aku memang nak pergi lah dengan husband. Masa kitorang pergi ni, memang tengah musim sejuk.


Disebab kan daun autumn ni memang tak kan ada dekat Malaysia, kena lah selfie dengan beliau sebagai kenangan. kehkeh




Kitorang kalau travel tak pernah ambil tourist guide. Pergi travel mana-mana pon semua sendiri je. Sebelum nak gerak ke mana-mana tempat, mesti cari information center tanya apa yang patut dan wajib ambil map. So kitorang pergi mana-mana memang based on map je lah. Dekat Jepun ni tak semua orang boleh cakap english. Tapi kalau dekat information center ni pandai lah depa cakap english. Kalau tak, macam ayam dengan itik je lah bersembang.



Ni depan rumah entah sesiapa lah aku dok bergambar ni. Tapi pokok dekat rumah ni cantik.



Sebelum meneruskan perjalanan, beli pau red bean dengan soft ice cream green tea. Kalau pergi Jepun, memang rugi lah tak try soft ice cream green tea dia. Ice cream green tea dia sedap. Tapi pau red bean tak sedap. Tak tahu lah kedai yang aku beli tu pau dia memang tak sedap ke apa.




Tapi time ni serious sejuk gila. Rasa macam duduk dalam freezer. Tu asyik tutup muka sebab sejuk. Tangan aku pon rasa macam nak tertanggal dah.



Konichiwa Japan! Ohaiyo Arigato Gozaimas Yokohama Hoda Ajinomoto Shakalakalaka bebeh. Haip! *tunduk 90 darjah*


Ni dekat Kiyomizudera temple. Dekat Kyoto ni memang banyak gila temple. 



Husband aku ni biasa ler semua tempat dia nak terbang. Nasib baik aku tengah pregnant, kalau tak aku pon terbang sekali.


Keluar je dari temple, banyak kedai jual souvenir dengan makanan.

Tengok cream puff ni macam menarik je. Try perasa custard dengan green tea.

Yang green tea ni sedap. Dekat Jepun ni semua benda pasal green tea memang sedap ah kot.




Pastu jalan-jalan jumpa Geisha. Tapi tembam lah pulak Geisha nya. Rupa-rupa nya bukan Geisha betul. Sesiapa nak mekap putih selepuk persis dinding gini dan feeling-feeling Geisha pon boleh. Ada servis mekap ni tapi aku tak tanya pulak berapa harga.


Dah kenapa bangg?


Tiket bas. Nak jalan-jalan dekat Kyoto ni naik bas je. Senang.




Naik bas turun ke Kinkaku-ji station. Sampai lah ke Kinkaku-ji .



Golden temple dekat belakang ni katanya memang buat dari emas betul. Apa lagi nok, jom kita rompak!



Dah penat berjalan,cuaca pulak sejuk, pekena ah cekodok jepun panas-panas. Ni lah dia octopus takoyaki.



Selalu makan yang dekat jusco je. Ni try 'cekodok sotong' original dari Jepun pulak. Memang sedap ah. Octopus pon fresh je.



Sedap nya takoyaki sotong!




Ok lah baby dah meragam nak susu. Nanti sambung lagi lah part 2. bye!

11 comments:

  1. IHUK cane boleh xtau Cik Epal da beranak ni?

    ReplyDelete
  2. eeee bestnya.. dah la travel then berdua dgn husband pulak.

    ReplyDelete
  3. Akak x tau pun cik epaltgh preggy masa ni..ingat baru pegi...rupanya baru update...tahniah sbb dh bersalin dgrnya kan....

    ReplyDelete
  4. alahai teringin pulak nak makan takoyaki >.<

    ReplyDelete
  5. best nya cik epal jelajah jepun ! =)
    takoyaki sotong tu nampak sedap sangat. sy nie memang peminat takoyaki sotong ^__^

    ReplyDelete
  6. Jepun masuk list dah! Tp belum tick😁

    ReplyDelete