Thursday, April 9, 2015

Street Art Penang dan Mee Sotong Hameed Padang Kota Lama


Sambung balik entry Penang. Kitorang sewa basikal dekat kedai Mr Bean ni. Kalau nak jalan-jalan cari dinding tu naik kereta agak payah sebab parking sangat susah nak cari and sempit. Memang tak lah nak jalan kaki cari pelbagai jenis dinding tu. Naik ah basikal. Banyak je kedai yang buat servis sewa basikal dekat Lebuh Armenian ni. 



Sewa basikal RM10 je. Boleh guna sehari. Kitorang ambil yang 2 seat punya. 

Dah sewa basikal tu, nanti kedai ni akan bagi peta untuk kita cari semua dinding yang ada dekat sini. Lukisan dia bukan dekat satu tempat je. Bersepah-sepah sebenarnya. Kena cari sendiri. Tapi tak payah risau lah kalau sesat sebab dah ada map. Tapi kalau kau sesat jugak, kau memang noob ah. Haha.




Dinding pertama yang kitorang jumpa dan paling dekat dengan tempat sewa basikal. Jo dan aksi terbang memang tidak dapat dipisahkan.




Jangan rindu kita tau. Nanti kita datang lagi ok! Hiks.








Beriya benor tengok peta banggg. 

Dia ni mula-mula pakai t-shirt je. Tetiba pergi balek kereta ambil coat. Ya ampunn dah lah panas gila dekat sini. Boleh lagi nak pakai coat. Tak panas ke sedagher? Dia menjawab

"Panas. Tapi nanti muka putih tangan hitam"


Suka hati lah bangg. Janji bahagia.


Ramai yang naik basikal satu seat tu. Aku saja je suruh dia pilih yang 2 seat ni sebab aku malas nak kayuh dekat belakang. Rilek je letak kaki atas besi basikal tu. Biar dia sorang-sorang mengayuh dekat depan. Haha keji. Tapi sekejap je ah boleh letak kaki atas besi. Nanti tetiba dia rasa berat semacam tu, dia bebel ah suruh aku kayuh. Cisss nak rilek-rilek pon tak boleh.

Dok mengayuh mencari dinding, tetiba ada lori lalu, bukak tingkap. Jerit kat kitorang.

"phewittttt bawak awek naik basikal"

Dia sempat pi balas dekat brother tu.

"Awek apaa. Bini bro. Dah kahwin"

"sweetttt sangatt" 

Tak tahu lah abang lori tu nganjing ke hape. Haha. Mungkin sebab tak banyak yang pilih basikal 2 seat ni. Selalu nya ambil basikal sorang satu.
Lepas tu abang lori tu pon memecut entah pergi mana.


eeeee engko kan dek, ahkak suruh beli santan. Yang ko beli bedak sejuk ni kenapa? Nak masak apa dengan bedak sejuk? eeee *cucuk lubang hidung bagi tersumbat*



Bangg ingat ni dekat England ke bang? #takpanaske #akuyangpakaikoyangpanas #kodahkenapa



Kayuh punya kayuh, jumpa Penang Road Famous Cendol ni. Memang bagus sangat lah tu. Dah lah panas gila ni. Dengan kayuh basikal lagi. Tekak memang mengimpikan benda berais yang sedap. Tengok orang makan semua berdiri je. Mula-mula lepak makan atas basikal, sekali pekerja situ nampak kitorang, depa ajak makan dalam kedai. Fuhh lega boleh duduk dengan aman.



Order ABC. Sedap gila woh ABC dekat sini. Aku tak sure lah ABC ni memang sedap atau pun tengah panas gila ni makan apa-apa benda berais memang akan rasa sedap. Tapi 3 kali gak ah tambah ABC ni. Aku rasa memang sebab sedap kot! Heee.





Pemain basketball terhandal di Kampung Pak Meon.




Tengok budak-budak ni main buai macam seronok je. Join lah sekali. hehe.




Ni last dekat Lebuh Chulia.Banyak lagi spot dinding yang ada sebenarnya. Tapi ni je yang aku rasa style and lagi pon dah malas nak mengayuh. Duduk lama-lama memang rentung dekat situ dengan cuaca yang panas lagi.


So apa lagi, mari kita menternak lemak!


Last but not least, kalau korang datang Penang, kena try Mee Sotong Hameed Pata dekat Padang Kota Lama ni. Serious sedap gilaaa. Husband aku dah selalu ah makan sebelum ni sebab dia selalu pi Penang dengan family dia. Aku pulak first time merasai nya. Mula-mula try sepinggan je kongsi berdua. Eh sedap pulak. Sebab sedap gila, terus order lagi. Makan sampai 3 pinggan. Mee goreng tu memang dah sedap pastu tambah pulak dengan sambal sotong pedas dan manis tu. Perah lak dengan limau untuk effect masam sikit. Makan panas-panas time perut berkeroncong pulak. Meghercikkk. Rasa dia memang perghhhhhhh thorbaik.


Ada coconut shake famous gak dekat sini. Boleh lah, sedap gak coconut shake tu. Tapi gambar lupa nak ambil. hehe.



Ni alamat:
Kota Selera Padang Kota Lama (Fort Cornwallis Food Court), Jalan Tun Syed Sheh Barakbah,10200, Georgetown, Penang


Tapi hari Ahad tutup. Kalau nak makan dengan tenang, pergi time weekdays yang bukan cuti sekolah. Kalau tak, jenuh lah nak tunggu mee sotong kau sampai meja. Sebab ramai selalunya makan sini.


Ok bye!

9 comments:

  1. kta malu dgn cik epal.kita org penang pon xda lg gmbr2 street art cmtu...hahahaha...

    tgk mee sotong dan2 tliuq.dh lama gila x mkn

    ReplyDelete
  2. Semua gambar smart...kreatifla cik epal ni

    ReplyDelete
  3. pun baru pegi situ last 3 weeks! best tp pns amattt..rentung mak buyung ha..hihi..

    ReplyDelete
  4. best nye tgk cik epal ngn cuben.. sweet2 aje..

    ReplyDelete
  5. alahai rasa rugi pulak dulu study kat penang tapi tak pernah pi naik bsikal tu.

    ReplyDelete