Wednesday, April 15, 2015

Makan sedap dekat Kuala Terengganu. ( Warung Pok Nong celup tepung, Keropok Lekor Bukit Tok Beng, Restoran Lempeng dan Warung Kak Nab Satar)

Sambung balek entry lepas. Masih di Kuala Terengganu. Aku letak semua terus lah port-port menternak lemak dekat Kuala Terengganu ni. Best makan dekat Kuala Terengganu ni, sedap dan murah gila.

Marriage is a workshop. The husband works, while wife shops.

Yayyy i love this workshop! Terus Jofliam buat muka tak selera. Hahahampeh :D




Sebab masing-masing first time datang Kuala Terengganu, tak tahu sangat lah port makan mana yang sedap. Tapi aku memang dah aim nak makan haiwan-haiwan celup tepung, keropok losong dengan satar. Sampai je dekat Kuala Terengganu, terus up gambar dekat instagram ( @cikepal06 ) suruh orang suggest port mana makan sedap. Sap sup sap ramai betul suggest tempat makan best-best. Baru lah rasa berguna sikit ada instagram ni. kehkeh.






Siap ada yang DM lagi bagi gambar ni suruh aku try semua. Perghhh semua? haha. Nak try semua memang tak lah. Maybe next time boleh try yang lain-lain ni pulak.



Sampai-sampai je Kuala Terengganu, terus cari Warung Pok Nong. Ramai yang suggest Warung Pok Nong ni kalau nak makan celup tepung.  Warung Pok Nong ni bukak pukul 3.30pm dekat Kampung Kolam, Mengabang Telipot, Kuala Terengganu. Sesat gak ah kitorang cari Warung Pok Nong ni. Banyak gak tanya orang sebelum sampai sini. Ada sorang akak ganu ni kitorang tanya, dia jawab bahasa ganu.

"nampak 2 api,3 api, belok kananggg"

Api tu hape pulak dahhh? Serious tak paham akak ganu tu explain. Tapi nasib baik jumpa gak. Kalau korang sesat boleh lah call number yang tertera di dalam gambar atas ni.




Baju biru tu lah Pok Nong nya.

Konsep makan dekat sini adalah self-service aka berebut. Tapi masa aku pergi ni weekdays dan bukan cuti sekolah. Kalau weekends and cuti sekolah orang kata ramai makan dekat sini and beratur panjang gila. Dalam pada tak ramai tu, licin gak ah semua dulang masa kitorang sampai ni. Tapi tempat banyak yang kosong. Teman ah husband sekali dok merebut haiwan-haiwan celup tepung ni.

Dah siap bisik dah dekat husband

 "laju sikit sepit sotong besar-besar. Mesti brader depan tu nak aim sotong paling besar"


Sotong celup tepung lah yang paling jadi perhatian. Asal letak licinnn, asal letak lesapp semua. Keropok lekor ni sendu di aidilfitri je di situ. Tak ada yang nak ambil dia. Sebab kesian dengan keropok lekor tu, suruh lah husband ambil RM1 buat syarat.


Udang dengan ikan celup tepung dah siap goreng. Ok boleh ambil dengan tenang. Ni tak ada orang nak rebut sangat.

Ok sotong celup tepung dah tiba! Jangan malu jangan segan, cepat rebutttttttt. Ni yang paling ramai dok nantikan kemunculan nya ni.

Tak sampai seminit letak dah licinnnn sotong nya. Aku cakap dah brader depan husband aku tu mesti aim sotong besar punya. Brader tu punya sotong besar lengan hokayyy dia dapat.




Ok lah dapat lah juga 3 ekor hasil merebut tadi. Tapi tak sebesar lengan brader tadi lah size sotong nya. haha. Tak habis-habis dengki dengan brader depan husband aku time beratur tu.

Cicah pulak dengan sos keropok ni. Marvelous!


"uihhh paneh paneh"

Memang lah panas dah baru angkut dari kuali. Jangan lupa ambil gunting siap-siap dekat kaunter. Nak makan sotong celup tepung ni kena lah gunting kecik-kecik. Senang sikit nak makan.

Muka berselera menikmati haiwan-haiwan celup tepung. haha

 Ikan Celup Tepung dekat sini memang fresh dan manis isi dia. Udang pun sedap. Rangup tepung dia dan isi udang pon manis. Tapi sotong celup tepung ah paling thorbaik! Dah ah besar pastu murah gila pulak tu. Cuma keropok lekor dia aku rasa biasa-biasa je. Kalau makan sini, tak payah ambil keropok lekor pon tak apa bagi aku. Sotong Celup Tepung dan haiwan yang lain memang kena ambil ah. Rugi ah kalau tak pekena. hehe. Warung Pok Nong ni best sebab murah gila dan haiwan-haiwan nya semua fresh. Memang terbaik dari kebun. kehkeh




Ada jual ABC, jagung parut dengan Durian Crepe gak dekat warung Pok Nong ni.

Murah Durian Crepe ni. Tapi tak berapa sedap bagi tekak aku. Biasa-biasa je. Pernah makan dekat KL yang lagi sedap.


Jagung Parut.

Kacau sampai sebati lalu makan. Sebab panas, memang selera je lah makan benda-benda berais ni.



Cuba teka siapa brader belakang aku yang pakai baju biru tu?




Chef Jo!!! Haha. Sempat husband aku jadi paparazi dok snap gambar Chef Jo Masterchef ni. Sebab aku pergi ni tahun lepas, time tu tengah hangat jugak lah Masterchef Selebriti yang ada Azwan Ali tu dekat tv. Chef Jo yang tersohor ni pon lepak makan warung Pok Nong hokayy :D




Ni rupa Warung Pok Nong. Warung dia nampak biasa-biasa je dari luar.

Tapi kereta banyak sini. Kalau nampak banyak kereta parking tu, haa Warung Pok Nong lah tu. Sebab ramai gak sesat nak datang sini.

Depan Warung Pok Nong ni ada pantai. Kalau dah nampak pantai and kereta banyak parking kiri kanan tu. Korang ada di jalan yang benar lah tu.





Esok hari nya, kitorang pergi Keropok Lekor Bukit Tok Beng pulak. Tempat ni dekat Seberang Takir.  Tak susah pon cari sebab dia dekat area airport selepas Sekolah Ibrahim Fikri. Kalau dari airport, after Sekolah Ibrahim Fikri before selekoh. Kalau dari Jambatan Sultan Mahmud, ambik first trafic light then terus je sampai nampak selekoh dan kedai dia paling ramai orang dekat depan sekolah.


Kedai ni warna biru. Kalau nampak signboard KEROPOK LEKOR B.T.B 2209 tu dah betul lah tu. Orang cakap kalau nak makan sini siap kena ambil nombor bagai dan ramai orang. Perghh nak beli keropok lekor pon dah macam nak buat passport. Tapi sebab kitorang jenis malas nak beratur ambil nombor segala, pagi-pagi dah tercongok dah dekat sini. Best gila. Tak ada orang! Haha boleh makan dengan aman damai.





Ada keropok rebus dan goreng. Tapi pilih yang goreng. Macam tak best je makan yang rebus. hehe

Yang special nya dekat sini, ada keropok lekor cheese! Yang warna kuning tu cheese dia lah tu.



Yang bulat-bulat ni pulak keropok lekor cheese+bawang. Ni sedap! Dah ah lembut gila keropok nya. Makan panas-panas pulak. Thorbaik!

Cicah pulak dengan sos keropok ni. Ermm amma appa nallerekekkk!


Tapi dah dasar gemok dan kuat menternak lemak, keropok lekor dah ada cheese dekat dalam pon nak dip lagi dengan cheese sauce! Kihkih.



Dapnyeeee. Cheese sauce ni RM1 je satu bekas ni. Kalau hantu cheese, beli lah cheese sauce ni dekat kaunter buat cicah-cicah.





Ada Jelly Kelapa. Ok lah. Tak ada lah tahap sedap gila. Tapi boleh ah makan.



Ni yang frozen. Pilih je nak yang mana. Ada macam-macam jenis.





Siap tapau untuk family dan family mertua. Kalau nak bawak balik KL, ambil yang vacuum. Tapi bila goreng dekat rumah rasa lain pulak keropok lekor yang frozen ni. Makan dekat Tok Beng ni lagi sedap ah. Fresh dan lembut je keropok lekor nya.


Ada yang suggest suruh aku try lempeng dekat restoran lempeng. Ni hari terakhir dekat Kuala Terengganu, masa pergi dah nampak dah kedai ni tepi jalan. So masa jalan nak balik tu senang lah jumpa Restoran Lempeng ni.


Restoran ni dekat tepi pantai jalan besar dari Kuala Terengganu ke arah jeti Kuala Marang kalau nak ke Pulau Kapas. Kalau dari arah selatan terengganu akan jumpa restoran ini dulu. Jalan ni memang jalan main road kalau nak ke dua-dua arah yang guna jalan pantai. Jalan ini jugak antara jalan pilihan utama dari KL kalau korang tak guna lebuhraya pantai timur. Memang tak susah pon nak cari Restoran Lempeng ni sebab lokasi dia memang betul-betul dekat tepi jalan.


Ada macam-macam menu juga yang dijual selain lempeng.


Tak pernah terfikir kalau travel nak makan lempeng.



Tapi lempeng kelapa ni memang win! Kelapa sebutir-sebutir dalam lempeng dia taruk.



Cicah pulak dengan kari. Lazat!





Ketupat sotong pon power! Rasa kuah dia pon lemak manis,masin semua cukup rasa.


Ok next destination. Nak cari satar power pulak.



Ramai yang suggest Warung Aziz Satar ni. Dah sampai, tutup pulak. Hurrmm hampa hatiku. So tak dapat lah rasa satar dekat Warung Aziz Satar ni sedap ke tak.


Balek dari Warung Aziz Satar ni, jumpa Warung Kak Nab ni tepi jalan. Tengok ada orang jual satar dekat sebelah warung ni. Boleh lah try, janji makan satar. Bedal je lah sini. 


Warung Kak Nab ni dekat area Geliga, Kemaman. Nak pergi sini senang je, dari main road kalau nampak Masjid Geliga tu, terus masuk je ke trafic light utama tepi Masjid Geliga yang nak ke Pantai Mok Nik tu. Jalan terus je nanti jumpalah.

Bila update gambar ni dekat instagram ( @cikepal06 ) , ada pulak cakap gerai satar ni antara gerai yang paling famous antara banyak-banyak gerai. Waa ok sangat lettew. Dah lah kecewa Warung Aziz Satar tadi tu tutup.







Order satar dan otak-otak. Satar 10 biji rm4.

Otak-otak 10 keping rm4 juga. Lumayannnn

Satar dia sedap jugak. Makan satar yang original dekat Kuala Terengganu ni memang pure lah rasa ikan. Rasa pon manis-manis ikan gitu. Kalau dekat KL, tepung je lebih. 




Last bergambar dekat pantai Kuala Terengganu. Amboi bang, tinggi benau terbang. Padaiyappa betul.





Kalau datang ke Kuala Terengganu, selamat menjamu selera lah diucapkan. Siapa yang pernah try apa aku makan ni? heee. ok bye!





18 comments:

  1. cik epal !!!! bestnyaaa..dapnyeeeee

    ReplyDelete
  2. pernah makan warung pok nong tu je. padahal aku anak jati kuala ganu. sedih.. wahahaha

    ReplyDelete
  3. salam singgah..bangga sy jadi orang ganu..hihihi

    ReplyDelete
  4. fuh..memang betul2 jalan2 cari makan ni.. ^_^ tp betul laa kan.. nak pergi mana2 kena dapat kan review dulu..kang main terjah je kecewa pulak bila x sedap.. tq for sharing ! senang nanti nak jalan2 sana..

    ReplyDelete
  5. dik...kalau nak makan sata sedap.lalu kat kijal.tepi2 jalan tu ade gerai lemang kijal kan?kat situ ade satu kedai no.13...sata sedap.tekak akak la.pastu akak nak cite, kalau orang ganu jati, kepok leko rebus paling bes.......try la dik bila2....:)

    ReplyDelete
  6. sotong celup tepung... ketupat sotong..aduuii... terliur habis.. warung poknong tu memang slalu pergi bila balik kampung... oh cikepal, api tu = traffic light..heee

    ReplyDelete
  7. Wahhh!! bestttnyaaa...semua makanan sedap2..yg rebut sotong tu lawak..terkekeh kitorang adik beradik baca pasal sotong tu...

    ReplyDelete
  8. betul2 tempat menternak lemak terbest nih...

    ReplyDelete
  9. macam mana ek rasa keropok lekor cheese tu. teringinnyaaaa.

    ReplyDelete
  10. EH... mcm pernah makan je kat sini. Mmg best pun makan kat sini.

    ReplyDelete
  11. untungla.. sy yg kt klete pun tak pernah merasa lg.. sbssss

    ReplyDelete
  12. Welcome to Terengganu. Nanti datang lagi ye Cik Epal. Try ikan bakar lak. :) Hampir 5 tahun belajar kat IPG Batu Rakit. Lebih kurang 2KM je nak pegi kedai Pok Nong ni. Tiap2 petang rajin datang melepak kat sini. Dinasihatkan jangan datang waktu weekend, if not kena bersabar sket beratur panjang 10 meter.

    ReplyDelete
  13. hidangan wajib orang ganu! segala haiwan celup tepung tu memang sedap. Memang tak nyesal ternak lemak di sini..hehe

    ReplyDelete
  14. Rojak keling de lg kot yg lg sedap..area jpj dkat bukit kecil..marvellousssssss

    ReplyDelete