Friday, April 17, 2015

Honeymoon: Bali, Indonesia

Ok ni cerita tahun lepas jugak masa baru kahwin. Pregnant pon belum lagi time ni. Nasib lah kan baru sekarang mood rajin nak update blog tu datang. Banyak betul entry tertunggak tengah beratur aku nak update. Selalu update instagram (@cikepal06) je aku rajin. Time ni pergi Bali, Indonesia.




Kitorang tidur dekat Kuta, Bali. The Royal Eighteen Resort & Spa.

Masuk je bilik, husband cakap "kenapa dia buat bentuk ular tedung?"



oiii bukan ular tedung lah. Swan lahhh. Amende ular tedung? Potong mood honeymoon betul dia ni. Terus aku pon dok imagine ular tedung atas katil. Seremmm jah.

Terus pakai kan topi untuk imej lebih SWAG.



Penuh bunga-bungaan dalam bath tub.



Dah letak barang dekat hotel, terus jalan kaki sekitar hotel. Saja nak tengok apa yang ada dekat-dekat dengan hotel.


Jalan-jalan Kuta, terjumpa mamat terbang. Nak bungkus satu jap lah dia ni, ikat tepi.



Saja nak tengok pantai dekat Kuta ni.


Tapi view pantai dekat Kuta ni biasa-biasa je bagi aku. Pantai dekat Malaysia lawa lagi.



Tapi sotong panggang banyak bersepah-sepah. kehkeh.


Dekat area Kuta ni, ada orang jual Sate Madura. Saja cuba-try-test. Macam menarik je. Bau pon sedap.

Sekali gigit masuk mulut. Terus pom pom pom meletop rasa dia. Sedap gila woh! Makan dengan kuah kacang gak tapi kuah kacang dia lain pesen sikit and ada letak kicap. Sate dia pon lembut je. Ada ayam dan kambing. Dua-dua pon sedap. Dah ah murah. Tapi pastikan cari yang HALAL. Dekat Bali ni banyak juga tempat yang tak halal sebab banyak yang beragama Hindu dekat sini.






Dekat Bali ni ukiran bangunan dia semua cantik-cantik.






Lepas makan, kitorang pergi Uluwatu. Kalau yang pakai mini skirt, hot pants and seksi-seksi tu dia akan bagi sarung warna purple macam omputeh ni pakai. Uluwatu ni kawasan temple,kira macam kena hormat kawasan ni lah pakai sopan-sopan sikit.

Yang dah sopan, baik dan berbudi pekerti macam dua budak atas ni, depa bagi kain ungu macam ni je suruh ikat dekat pinggang. heee.


Dekat Uluwatu ni banyak monyet tau. Monyet dekat sini jenis kuang hajo pulak tu. Monyet nya suka mencuri. Kalau masuk Uluwatu ni, jaga barang-barang korang. Omputeh depan kitorang spek mata dia kena curi dengan monyet. Terus kitorang pegang topi siap-siap takut kena copek dek monyet kuang hajo. Kalau bawak jajan pon jangan dok tayang dekat monyet-monyet tu, memang lesap lah jajan korang.


Tapi permandangan dekat Uluwatu ni cantik sangat! Kalau datang Bali, Uluwatu ni memang tempat wajib kena pergi lah.





Kalau sampai Uluwatu ni, kena lah tengok Kechak Dance. Tapi masa mula-mula tengok Kechak Dance ni, rasa macam kelakar pulak tengok abang-abang tu dok 'cak cak kecak kecak cak cak'. Macam dikir barat tapi versi menurun pon ada. Dah lama-lama tengok, baru paham rupanya ada penceritaan dalam Kechak Dance ni.




Aku tengok orang sebelah aku ada dapat kertas pasal Kechak Dance ni. Pelik aku kenapa aku tak dapat. Rupanya orang jual tiket tu dah bagi dah dekat husband aku, tapi husband aku pergi buang. Alahai kecik beso kecik beso je aku tengok husband aku ni.Dia ingat kertas tu tak ada fungsi and dia tengok banyak perkataan panjang-panjang, malas dia nak baca benda merepek kata nya. Hehh. Nak starlight dahi dia, tak sampai hati pulak. Aku baru je nak baca sinopsis cerita ni and feeling-feeling tengok mitos Rama and Sita ni. Dah dia pi buang kertas sinopsis cerita ni, aku buat-buat paham je lah bila tengok Kechak Dance ni.



Ni masa dia nak kena bakar. Seram jugak tengok, betul ke dia nak bakar. Makhluk kat tengah tu macam kena denda lah atas kesalahan yang dia buat. Sebab tu kena hukum.

Sekali memang betul dia pi bakar. Tapi makhluk dekat tengah tu selamba tenuk je memboloskan diri dia dalam unggun api ni. Siap sepak-sepak api tu lagi.  Mesti kebal dah dia tu dengan api segala.


Tapi kalau korang nak tengok Kechak Dance ni, jangan lupa baca dulu sinopsis cerita ni. Baru lah korang boleh paham dengan jayanya jalan penceritaan cerita ni. Jangan pergi buang kertas sinopsis tu sudah ah. Dah jadi macam aku terkebil-kebil nengok nya.




Habis tengok Kechak Dance, pergi makan dekat Jimbaran pulak. Jimbaran ni tempat nak makan seafood sedap katanya. Tempat nak feeling-feeling romantik juga. Makan sambil dengar deruan ombak semua.



Sampai-sampai,dia bagi kacang buat mengunyah.





Ada orang jual jagung bakar dekat sini. Saja beli. Sedap pulak jagung bakar dia.


Kitorang order ni je. Tapi aku rasa makanan dia biasa-biasa je. Mungkin sebab tak order seafood kot. Dan agak mahal juga harga makanan dekat Jimbaran ni.





Tapi dekat Jimbaran ni, jagung bakar dia ah paling WIN. Datang Jimbaran jangan lupa try jagung bakar. hehe. Actually jagung bakar dekat Bali ni dekat mana-mana pon sedap. Sebab ada letak rencah serbuk apa tah, tapi rencah tu yang buat sedap tu.




Hari pertama sampai ni tak banyak jalan lagi, hari kedua baru pergi banyak tempat. Nanti sambung lagi part 2. Ok bye!




19 comments:

  1. Hahaha..part ular tedung tu yg lawak....

    ReplyDelete
  2. macam sedap pulak tengok gambar satay tu >__< mula tengok macam satay sotong.. kalau satay sotong pon sedap jugak uh

    ReplyDelete
  3. Besttnyaaa..nanti nak pergi Bali jugaklah. Yang part letak topi atas swan tu lawak! hahahahahhahahah

    ReplyDelete
  4. i really wish to go to bali one day.. insya Allah.. lps kawin nak jenjalan bnyk tempat macam cik epal n jo :)

    ReplyDelete
  5. rindu dekat bali juga sebab masa honeymoon dulu gi bali juga... cuma kena pandai cari tempat halal.. sebab jkalau tidak takut makan daging tak halal.. sebab menurut penjual muslim dekat situ.. kekadang dia orang kata halal tapi daging dicampurkan dengan yg tak halal...

    ReplyDelete
  6. Teringin nye nk ke bali tak smpi2 lagikkkk hehe

    ReplyDelete
  7. Cita tahun lepas pun details ingatan. Bagus betul! Kalau akak, main post gambar berderet.. Kes ingatan berkarat..

    ReplyDelete
  8. Suka baca Cik Epal n hubby punya kisah.
    Foto2 pun kelakar. Make my day. Thanxxx !!!
    Semoga kalian berbahagia dunia akhirat. :-)

    ReplyDelete
  9. Ala sedihnye hari tu pegi x teringat nk makn satay madura ni, dengar cite kat kl pun ade x ingat dah kat mana. Hotel i dok pun ade bathtub juge, dah la murah je tapi hotel die tip top betul, puas hati g bali.

    ReplyDelete
  10. tmpt dinner tu da nmpk romantik
    skali menu jagung bakar je..
    suwiit nyer uolss..

    ReplyDelete
  11. tak sabar tunggu sambungan...lekaih lekaih

    ReplyDelete
  12. aslkm.. menarik... boleh bantu brp kos habis pergi ke sana?

    ReplyDelete