Tuesday, April 21, 2015

Honeymoon: Bali, Indonesia (part 2)





Ni baru sampai Kintamani. Nak tengok proses orang buat Kopi Luwak.







Antara kopi yang famous dekat Bali ni ialah Kopi Luwak. Ada setengah orang kata Kopi Luwak ni kopi paling mahal dalam dunia. Kopi Luwak ni terhasil dari tahi luwak (musang). Luwak ni akan makan biji kopi yang terbaik je. Pandai lah dia pilih biji mana yang elok dan bagus. Bila dia makan,dia akan 'berry'. Hasil 'berry' luwak tu, akan diambil. Dorang akan bersihkan,jemur dan proses menjadi kopi termahal dalam dunia.

'Berry'= bahasa sopan untuk berak. Haha.


Yang warna hitam ni lah hasil 'berry' Luwak tu. Ni tengah dalam proses lah nak buat kopi.



Ni lah nate Luwak tu. 
Luwak= sejenis musang.



Acah-acah nak buat Kopi Luwak.



Sampai je tempat ni, akan dihidang macam-macam jenis kopi. Kopi ni semua FREE je. Boleh lah rasa semua. Tapi kalau nak try Kopi Luwak kena bayar. Aku tak berapa minat sangat nak rasa Kopi Luwak tu. So bedal yang FREE ni je lah. hehe. 



Macam-macam kopi dan teh ada. Ada Rosela Tea, Coffee Ginseng, Bali Coffee, Coconut Coffee, Pure Bali Coco,Vanilla Coffee, Ginger Tea, Lemon tea and etc. Boleh lah. Sedap-sedap jugak rasa teh dan kopi yang FREE ni. Kalau nak beli, ada kedai dia yang jual macam-macam perasa kopi dan teh dekat situ. Tapi aku dengan husband tak berapa minat dengan teh dan kopi sangat. Memang tak ada lah nak membeli-belah kopi dan teh ni. Kalau beli karang, memang jadi perhiasan je lah dekat rumah tu.



Next. Pergi Gunung Batur, Kintamani

Gunung Batur ni pernah meletup dan sampai sekarang masih aktif. Risau jugak pergi sini, kang tetiba masa aku datang ni pulak yang meletup balik. Parah. Tapi ok je. Aman damai je masa aku datang ni. hehe




Jangan macam-macam ye banggg.



Jangan aneh-aneh bangat. Volkano di belakang masih aktif pak!


Tempat ni cantik macam painting.  Dekat sini ada tempat makan buffet famous kalau korang nak try. Boleh lah makan feeling-feeling sambil mengadap gunung. Tapi sebab kitorang dah aim nak makan bebek and tak nak makan buffet. Datang sini bergambar dengan gunung ni je lah :D






Pastu kitorang pergi Tegalalang Terrace Rice Field, Ubud . Sawah padi yang famous dekat Bali ni. Cantik sawah padi ni. Tapi nak masuk kena bayar. Semua tempat dekat Bali ni, nak masuk memang semua kena bayar ye. Kadang-kadang abang polis pon suruh bayar dia jugak. Makan rasuah banyak betul. Pfttt.



Tangkap gambar dari atas pon ok lah. Sawah padi je pon. Dekat Malaysia pon ada. Ahak! Tapi cantik lah sawah padi dia. Nampak unik sangat. Pose budak dua orang ni pon boleh tahan unik jugak. Kahhh.



Tapi kalau ada yang datang dekat korang nak jual barang pape dekat sini, nasihat aku jangan beli. Nanti start korang dah beli dekat sorang. Mula lah nanti yang lain kerumun lak dekat korang nak suruh beli barang dorang jual pulak. Barang dorang jual lebih kurang sama je pon. Sebab nampak ada omputeh kena. Nasib baik kitorang selamat. hehe.




Masa untuk menternak lemak. Makan time! Makan dekat Bebek Tepi Sawah, Ubud. Famous restoran ni. Banyak nampak gambar artis-artis, selebriti dan VIP makan dekat restoran ni.

Sini ada sawah juga. Tapi sawah pesyen normal lah. Tak lah secantik dekat Tegalalang tadi. Abang yang terbang tu je kadang-kadang normal, kadang-kadang tak. Haha.




Sementara tunggu makanan sampai. Masing-masing lapar dah ni.




Dah nama restoran pon Bebek Tepi Sawah. Konpom lah kena ada order bebek. Bebek tu itik ye. Bukan bibik orang gaji tu. Tak pepasal tersedak bibik korang dekat rumah yang tengah lap lantai tu. 

Sedap woh nasi bebek dia. Kalau korang datang Bali, try lah restoran Bebek Tepi Sawah ni. Order nasi bebek.



Siap bagi 3 jenis sambal lagi. Aku memang hantu sambal. So aku rasa sambal dia pon sedap lah di makan dengan nasi bebek itu.


Port terakhir, adalah dekat Tanah Lot. Tempat ni tempat popular untuk layan sunset. View dekat sini pon cantik. Nak masuk sini bayar 8000 rupiah seorang.


Tapi datang sini, jangan gatal-gatal nak pakai high heels. Pakai selipar je sudehh. Tempat ni air pasang surut.





Cantik bangat sunset nya. Kayak warna ombre kok. Kok kok koktel :p







Teruja pulak tengok Magnum ada macam-macam perasa dekat Indonesia ni. Suka yang magnum pink ni. Sedap. Rasa delima :)


Magnum ni HALAL ya ibuk ibuk bapak bapak.


Sambil-sambil layan sunset dekat Tanah Lot ni,makan lah aiskrim together-gether (oh my english).




Nanti sambung lagi. Ok bye! :D





17 comments:

  1. kopi luwak tu ada isu dulu kan kata haram.. sebelum ni rasanya glamer gak kat msia..

    ReplyDelete
  2. sweet je cik puan epal ni :) suker tengok!

    ReplyDelete
  3. uishhhh sedap nya nampak magnum delima tu, teringin plak rasa T__T

    ReplyDelete
  4. sedaap kali cik epal ni malaaa jak jalan dan makan teruss,, suka sekali liat blog cik epal ni dahlah lawak sangat,, mane2lah ke blog kitorang ye.

    ReplyDelete
  5. wahhh lawa bangattt gamabr-gambar nyee hehe

    ReplyDelete
  6. sweetnya baju dua merpati sejoli ni....semoga bagagia sehingga ke jannah..

    ReplyDelete
  7. Wah wah bestnya dpt p hineymoon dengan si dia kannn...hihi

    ReplyDelete
  8. Awesome Honeymoon Vacation..!! BTW Make Sure Makan Tu tempat yang betul..

    Kita last Year Hampir2 Termakan Babi Guling.. Bahahaha2..!!

    ReplyDelete
  9. nice dan lawa gambar korang n cap..

    ReplyDelete
  10. seronoknya, aiskrim tu nampak sedap.

    ReplyDelete
  11. Cantiknya pemandangan! Sukaa!
    Itik tu nampak sedap!

    ReplyDelete