Monday, March 23, 2015

Jalan-jalan Penang : Selfie Coffee dan ais kepal


Hello Pulau Pinang aka Penang! Sama je lah kan Penang ke Pulau Pinang ke. Haritu pi Penang sebab husband aku ada buat class dekat Penang, so kena lah ikut. Time ni jalan-jalan nak minum kopi, masuk lah satu kedai kopi ni. Tengok menu ada selfie coffee. Eh eh macam menarik je selfie coffee ni, memang kena selfie dulu sebelum minum ke achaner ni? Sekali memang betul-betul dia suruh selfie dulu, tapi guna phone dia ah.


Rasa pelik lah pulak minum coffee muka sendiri. Pelik tapi benar ni! Ahak!



Tapi  husband aku yang order coffee, aku order air coklat je. But still dua-dua ada muka sendiri. 


Ni memang rare habis lah ni minum kopi muka sendiri.


Aku dok sibuk nak tangkap-tangkap gambar, husband aku dah habiskan dah secawan kopi dia. Sekali slurpp je habis. Aku tanya, sedap tak?

"tak sedap! Kelat. Krim tebal gila"

Sambil buat muka macam tertelan cencurut goreng.

Musykil gak dengan dia ni. Tak sedap tapi habis secawan. Kalau makan apa-apa memang aku selalu suruh dia test dulu, sebab aku malas nak makan/minum benda tak sedap. kehkeh. Sebab dia ni selalu menipu aku kalau bab-bab makan ni. Kadang-kadang dia makan benda sedap, saja je cakap tak sedap supaya dia boleh bedal aku punya makanan pulak. Aku pon rasa gak ah sikit air aku. Betul lah. Agak tak sedap gak lah. Haha. Harap konsep je ah rare.



Baik pulak husband aku hari ni tak menipu aku.







Pastu jalan-jalan cari hotel. Husband aku dah booking siap-siap dah hotel 23 Lovelane dekat Georgetown.

Cantik hotel dia. Deco tak tipikal.





Masuk bilik terus letak beg apa semua. Tapi kalau tenung lama-lama gambar 3 beranak atas ni, agak seram gak ah. Haha.


Tapi ok lah, aku suka je dok hotel-hotel gini. Nampak classic dan vintage gitu.


Part paling best, duduk hotel ni asyik di serve dengan makanan je. Datang-datang je dia serve dengan air sarsi halia blended apa tah. Dengar macam pelik tapi bila rasa sedap ah pulak. Sampai suruh dia buat lagi. Orang lain dia serve secawan je, kitorang dapat 2 cawan sorang. Hee. Kali ke tiga nak suruh dia buat lagi macam segan ah pulak.

Pagi esok tu dah sah-sah ah ada breakfast. Breakfast ada buffet dia tapi boleh request jugak nak makan apa. Nanti dia masak kan. Pastu petang pon ada minum petang lagi. Dengan cekodok pisang panas-panas, kuih karipap, buah-buah,popia bagai. Memang heaven ah. Asyik disumbat dengan makanan je dok sini. Time ni aku tengah pregnant dalam 3 ke 4 bulan tah. Memang syok lah asyik makan je.




Yang husband aku ni tetiba lah pulak dok bagi bunga. Tapi sekuntum je ah. Punya lah pelik mana datang ah bunga. Dok sengih-sengih bagi bunga. Ni aku rasa ada lah dia mencuri bunga tah dekat mana-mana dalam hotel ni.

"Bunga mana pulak ni? Mencuri eh?"

"Eh mana ada. Beli tadi simpan dalam poket belakang seluar. Yunk mana nampak"

Tah ye tah tak. Kalau sepuluh benda dia cakap, satu je aku boleh percaya selalunya. Tu pon 50/50 nak percaya ke tak. Lepas dia bagi bunga ni,nak balik bilik kena lalu satu tempat ni. Setiap meja tempat tu ada botol. Dalam botol ada air dan sekuntum bunga mawar merah. Alih-alih satu meja ni, botol je ada, bunga yillekkk tak ada. Ni memang aku tahu dah lah kerja siapa yang kasi hilang bunga atas meja ni.


Beli terus simpan dalam poket lah sangatttttt.







Esok nya makan ais kepal. Ni beli perasa ribena dengan mangga. Cantik pulak ada 2 tone warna ais kepal ni. Tapi rasa dia biasa je lah. Macam makan ais dengan gula. Beli bukan nak makan sangat pon. Nak selfie masuk instagram aku je ( https://instagram.com/cikepal06/ ) . kahkah.

Pastu suruh laki aku habis kan. Haha. Hangin je dia. Dok beli tapi tak makan. Sampai kebas-kebas bibir nak menghabiskan.



Jangan marah-marah ye bang. Sebab cinta U lah buat I melayang. Auwww. Kahkahkah 

*geli pulak baca*
*menari-nari bulu hidung*



Entri ni di akhiri dengan gambar magic. Sambung lagi gambar magic untuk entry akan datang pulak.



p/s: wahh rajin nya aku update blog sekarang. Ucapan syabas dan tahniah diucapkan untuk diri sendiri. ok bye!





13 comments:

  1. bilik cantek tp memang seram la kalau tengok gmbr tiga beranak tuh lama lama..haha..ais kepal pon nampak sedap..lau makan time cuaca panas memang thorbaiklah..

    ReplyDelete
  2. Ais krim kepal... emmmm macam sedap ja... saya dok penang pun tau ada kat mana

    ReplyDelete
  3. weyhh rajinnn update bloggg ekekkekekek

    ReplyDelete
  4. hehehe....sweet je curi bunga. pun boleyyyy!....tp menarik juga tu coffee selfie tu....boleh try nnt kalau p penang

    ReplyDelete
  5. menariknya gambar last sekali tu haha

    ReplyDelete
  6. bestkan Penang .. incik hubby saye pon suka jenjalan sane :)

    ReplyDelete
  7. comel gamba melayang layang bawah skali tu,,smbil menari2 bulu hidung......hihihihih...comel sgt uolss

    ReplyDelete
  8. Cantik sgt hotel tu yer..Kitew orang Penang pun tak tahu ada hotel macam gitu...T balik nak try g jugak la

    ReplyDelete
  9. hihi..sweet je cik epal dgn jofliam..yg bunga tu lawak! hahaha

    ReplyDelete
  10. ahaha nice one! tak sabar nak tgk baby :3

    ReplyDelete
  11. cik epal, pinjam iron kat atas kepala katil tu satu. nanti i pulangkan balik. hikhikhik

    ReplyDelete