Wednesday, March 25, 2015

Jalan-Jalan Penang: Pasembur menari joget-joget, Penang Museum 3D, Ayam Tandoori Kapitan

Kalau datang Penang ni, tak sah lah kalau tak pi Kapitan. Selalu kalau pi Kapitan aku suka order roti naan cheese dengan ayam tandoori ni je.

Ayam tandoori dimasak dengan sempurna bersama roti naan cheese yang lembut dan gebu serta kuah pencicah yang sangat lazat bak hang! Heee. Sambil menaip pon terasa-rasa kesedapan nya. Nyum nyum.

Pernah try Chicken Milani & Nasi Briyani Claypot Kambing dekat Kapitan. Dua menu ni pon sedap gak kalau nak try. Tapi paling aku suka roti naan chese dengan ayam tandoori ni lah.

Ni alamat kalau ada yang tak pernah pi tapi nak pi. hehe.

Restoran Kapitan Penang
93, Lebuh Chulia
Georgetown
Pulau Pinang

Waze je. Keluar lah nanti. Dah kenyang perut, pergi jalan-jalan Penang Museum 3D aka Made in Penang Interactive Museum pulak. Dalam ni banyak gila port bergambar. Tapi sebab kitorang dah 2-3 kali gak pergi tempat ni, gambar sikit je lah. Awal-awal dulu je semangat nak bergambar dekat semua tempat. Pastu camera rosak, habis semua gambar hilang. 


.



Eh eh macam kenal lah


Hye saiyanggggg. Ahak!



Melepak dengan spiderman jap. Weee.


Tempat ni best kalau nak bawak seisi keluarga. Boleh lah tangkap gambar posing macam-macam style. 

Ni alamat Penang Museum 3D ni: 
No. 3, Pengkalan Weld, Georgetown, Pulau Pinang

Waktu operasi:
9am - 6pm

Harga tiket:
Bukan warganegara Malaysia (RM30)

Pemegang MyKad:
Dewasa- RM15
Kanak-kanak dan warga emas: RM10





Datang penang kali ni nak pekena ni sebenarnya. Pasembur joget-joget! Famous pakcik pasembur menari ni. Aku selalu nampak dalam tv lah muka pakcik ni. Sambil potong rojak, sambil joget-joget goyang kepala menari. Pasembur ni dekat Gurney Drive. Kalau nak cari pakcik joget-joget ni, terus pergi stall 09. Dekat sini ada macam-macam gerai jual makanan. Ada nasi lemak, kuey teow goreng and macam-macam ah makanan. Tapi hajat datang Gurney Drive ni memang nak makan pasembur joget-joget ni,makanan lain di pandang sepi saja.

Kedai ni bukak pukul 4 petang sampai 12 malam. Makan petang atau malam je hokay! Jangan berangan nak breakfast atau lunch pulak dekat sini. Karang menangis bergelinangan air mata syawal pulak datang jauh-jauh dari KL nak breakfast tapi kedai tak bukak. Karang ada pulak adik gebu gigi menawan buat pantun 2 kerat

Datang Penang nak makan pasembur
Kedai tutup.
HAHAHAHA


Suami aku sangat suka betul tengok video budak pantun 2 kerat tu. Pastu banyak kali dia suruh aku tengok video tu tapi aku tak gelak. Hangin je dia aku tak gelak. Aku rasa macam tak kelako pon. Tapi kalau dia tengok video tu, mesti terkekeh kekeh dok gelak. Spesis mudah terhibur betul.




Masa dok pilih nak letak apa dalam pasembur ni, macam-macam benda aku pilih letak dalam bakul. Tapi aku rasa tak ada ah banyak sangat benda aku pilih,tapi bila pakcik ni dah potong-potong, rasa macam menimbun pulak banyak nya. Yang husband aku ni pulak seronok dok joget-joget dengan pakcik pasembur ni. Siap cakap pakcik ni handsome macam Shah Rukh Khan bagai.Tersengih-sengih pakcik tu kena puji.

A video posted by Cik Epal🍎 (@cikepal06) on
https://instagram.com/p/t7gWkqRFu_/

Video dia dok berjoget dengan pakcik pasembur menari. Memang macam Shah Rukh Khan sangat pakcik ni. kihkih



Nampak macam pedas tapi tak pedas pon. Kuah dia ala-ala manis gitu. Tapi siksa jugak lah nak menghabiskan sebab banyak gila benda main letak je dalam bakul tadi. Haaa sekarang rasa kan! 



Selain pasembur, diberegukan pulak dengan Cendol Special Cheese dan ABC Special Cheese. Kemain lah semua benda nak ada cheese sekarang. Sampai Cendol dengan ABC pon nak letak cheese ka??



Eh eh acah je. Yang kuning tu jagung bukan cheese. Heee. Tak dapat bayangkan makan ABC dengan Cendol ada cheese. Erkkk. Sekarang ni zaman semua makanan nak kena ada cheese baru hipster kata kooo.Tapi kalau lepas ni ada menu ABC cheese dengan cendol cheese tu, tak tahu lah nak teruja ke nak pitam.




Ok lah bapak and mak hayam sekalian. Esok sambung lagi. Bye!







6 comments:

  1. menjejes jugak ayaq liuq ni kang tgk bersusun pasembur rojak cucur udang die.. ya Allah banyaknya pilihaaaann *drooling*

    ReplyDelete
  2. Sesungguhnya Penang banyak tempat menarik kalau pandai belok pandai susur.

    ReplyDelete
  3. terliur nya la hai .. dahla tgh ganti pose ni.. p jln kt blog hang pulak

    ReplyDelete
  4. bestnyaaaa cik epal makan....nak jugak...

    ReplyDelete
  5. Suka tengok gambar 3D..tu nanti nak pergi penang jugaklah...haha

    ReplyDelete