Friday, March 13, 2015

Honeymoon: Singapore (Sup Tulang Merah, Murtabak Zam Zam, Universal Studio Singapore)

Dulu masa bercinta memang dah berhajat nak travel sama-sama lepas kahwin. Masing-masing kumpul duit bukan sebab nak kahwin je tapi sebab nak travel. heee. Travel time bercinta tak best ah, dah kahwin travel sama-sama baru syok. Untuk destinasi pertama nak honeymoon ni, pilih negara paling dekat dulu ah. So pergi lah Singapore. Aku dah pernah dah pergi Singapore dengan family sebelum ni, husband aku je ah tak pernah pergi lagi. Tapi aku tak kisah ah nak pergi Singapore lagi sebab boleh naik roller coaster Galactica yang seram tapi best tu lagi. Yayy!




Ni muka bosan menunggu nak buat passport. Passport aku ada dah. Husband aku ni ah baru nak buat passport. Hazab betul nak tunggu giliran. Ramai betul orang 







Sampai-sampai je Singapore dah malam, terus cari hotel. Kitorang naik teksi pergi Chinatown. Sepanjang jalan Chinatown ni, banyak gila hotel. 

Tengok hotel ni macam cantik je dari luar. So kitorang pilih lah hotel Naumi Liora ni untuk menginap.

Masuk hotel Naumi Liora ni terus je check in. Kitorang backpack je. Bag baju pon bawak bag putih cenonet tu je kongsi dua orang. Jadik lah.





Hotel ni bukan 5 bintang lah. Rate pon murah je. Sesuai untuk backpackers. Breakfast tak provide. Tapi boleh guna pantry 24jam. Ada lah aiskrim, kopi, teh, biskut, roti, coklat semua.

Kalau kitorang travel, memang tak suka pakai agent. Suka gerak sendiri je. Kalau travel mana-mana pon wajib ambil map. Sebab kitorang jenis main redah je. Ni mintak map dekat hotel. Dok tanya siap-siap macam mana nak pergi USS dari hotel ni. Esok bangun tidur boleh terus berjalan.



Ni lah bilik hotel nya. Ok lah untuk 2 orang. Yang penting ada WIFI dalam bilik setiap masa.  Tak kisah kalau tidur atas karpet pon, janji ada WIFI ye! :D




Masuk-masuk bilik terus buat magic. Kau mampu terbang kan passport begini? Sila kagumi :p




Ish aku buat magic, dia pon nak jugakkk. Malam tu dia terus tidur gaya gini.



Tapi gaya aku tidur lagi bergaya lah. haha.




Ok sudah-sudah lah buat magic. Esok nak berjalan. Terus tidur krohh krohhh.




Keesokan harinya, pukul 7 pagi masing-masing dah riang ria ceria di hari raya nak pergi Universal Studio Singapore.

Kitorang naik train pergi USS.


Beli dulu tiket pakai mesin.



Sebab kitorang nak pergi USS, kena pergi HarbourFront station sebelum naik Sentosa Express.



Moh lah kita menuju ke USS. Maafkan lah laki aku ni. Dia memang over kalau bergambar.



Dalam train. Tak ramai pon mungkin sebab weekdays.

Hye singa kalerpul. Meh shake hand meh.



Sampai Universal Studio Singapore ni punya lah awal. Pukul 8am kitorang dah sampai. Husband aku lah ni excited beno nak pergi awal. USS bukak pukul 8am katanya. Aku rasa dulu aku pergi pukul 10am baru bukak tapi sebab malas nak bertekak. Ikut je lah dia. Haa tercongok lah berdua dekat sini sampai 2 jam tunggu gate bukak.



Berjam-jam tunggu gate bukak, apa lagi nak buat? Tangkap gambar. 




Inai dekat jari pon tak hilang lagi.


Boleh pulak terlupa nak bawak camera time pergi Singapore ni. Gambar semua pakai phone je. Monopod ni pon bawak sebab nak kena promote dekat instagram.



Semangat tol laki aku membawa aku terbang. haha. Bagus jugak lah sampai awal berjam-jam ni, tak ada makhluk lain yang menyibuk nak photobomb. heee. Nak tangkap gambar dekat globe ni pon tak payah rebut-rebut. Aman-aman saja. Dah aku pon berdua je kan dekat situ. 




Nak masuk USS ni, aku beli tiket online je so tak payah lah beratur beli tiket. Pergi kaunter and scan, lepas tu boleh masuk





Tunggu punya tunggu dah boleh masuk dah. Sebab pergi berdua, nanti nak naik roller coaster tak ada orang nak pegangkan bag. Terpaksa lah letak bag bawak masuk locker. Bayar lah 20SGD untuk sehari.




Sebab aku pernah masuk USS ni, aku bawak husband aku pergi tempat yang aku rasa best je. Yang tak best semua aku skip. 



Dia ni pantang di halakan camera. Macam-macam gaya dia boleh posing.



Masuk Far Far Away ni nak tengok wayang 4D. Bila keluar je dari sini, terus husband aku "wah terhiburnya tengok keldai bersin". 


Tak tahu lah dia perli ke hape. Kalau perli pon ada aku kesah?




Pastu jalan-jalan nampak churros. Beli lah satu. Perghh tak sedap. Keras gila. Kalau pakai gigi palsu, mahu tertanggal bila gigit.



Ni masuk Lights Camera Action. Tengok macam mana pembikinan filem omputih ni . Semua dalam studio je tapi effect gempak. Ada lah elemen surprise bila masuk dalam ni. Yang penting jangan duduk row depan, nanti basah. Nak gak pekena kan husband aku suruh dia duduk row depan sekali. Tapi kang dah sah-sah aku kena pergi duduk row depan jugak dengan dia. Aku cancel kan je lah niat nak pekena kan dia. Tapi last-last tu ter surprise jugak dia dengan elemen surprise tu. Cehh. 






Eh Transformers Ride ni dah boleh naik dah. Dulu pergi tak siap lagi. Boleh lah. Best lah jugak Transformers ride ni tapi aku tak berapa suka sebab dia banyak pusing-pusing. Pening kepala aku.




Menuju ke roller coaster. Benda yang aku tak kisah nak pergi USS untuk kali ke dua ni sebab aku nak naik Galactica Roller Coaster tu! Serious roller coaster tu aku teringin nak naik lagi. Semangat berkobar-kobar ni aku cerita dengan husband betapa best nya roller coaster tu.



Yayy dah sampai roller coaster! Perghh best gila tak ada orang beratur. Boleh terus naik. Yes! Yes!





Nampak tak ada kain gerbang yang menutupi roller coaster ini?

Patut ah tak ada orang beratur. Rupanya roller coaster Galactica ni tutup! Erghh dah lah aku nak datang USS ni semata-mata nak naik roller coaster ni. Konghajo betul roller coaster ni sabotaj percutian honeymoon aku, time-time ni lah kau nak tutup. Tanya pekerja situ, rupanya dah 2 bulan dah tutup. Pfttttt. Sakitnya tu di sini. *tunjuk hati tercalar*




Sebab roller coaster tutup, maka layankan je lah abang-abang ni terkinja-kinja supaya hati terhibur kembali .




Cayalah. Abang-abang semua memang terror ah menari. *beri tepukan gemuruh*



Abang sorang ni nak terkinja pon bolehhhhh lah. Terhibur lah jugak hati i yang dalam kesedihan ni. *tangan ke dada, mata ke atas, mulut herot sikit*



Akibat kecewa dan hampa tak dapat naik roller coaster, terus keluar USS cari makanan sedap. Dekat Singapore ni susah juga nak cari makanan halal. Bukan semua tempat lah boleh dapat makanan halal. Baru lah merasa betapa heaven nya duduk Malaysia, bersepah makanan halal yang sedap. Tapi kalau pergi Singapore, tak sah kalau tak pekena Sup tulang merah!

Sup tulang merah ni salah satu menu yang famous dekat Singapore. Tempat paling famous nak pekena sup tulang merah ni dekat Golden Mile Food Centre, Beach Road. Mula-mula tak tahu mana yang sedap, pastu terjumpa orang Singapore pakai tudung, tanya lah dia dekat mana sup tulang merah yang best. Dia suggest Deen Tiga Rasa ni. So kitorang pon try lah makan dekat sini.



Mula-mula sampai sup tulang merah ni, rasa macam "errr scary nya". Tapi bila hirup je kuah merah tu, terus berselera. Serious sedap. Warna merah kuah tu punya lah pekat. Ada rasa pedas dan manis-manis sikit. 

Daging tulang merah ni pon empuk dan lembut je. Daging pon rasa manis. Sedap! Kalau order sup tulang merah ni, memang akan dapat side dish roti ni. Boleh lah cicah roti ni dengan sup tulang merah ni. Kalau tak nak tangan kotor, boleh request sarung tangan plastik. Kalau makan barehand, memang habis lah tangan semua merah-merah. Satu set macam ni harga SGD15, ada lah lebih kurang dalam RM40.




Kitorang order ni jugak. Kat sini bukan sup tulang je warna merah. Kuey teow goreng ke mee goreng ke semua warna merah mak ngah hokayy. Kueyteow goreng ni pon sedap gak. Kalau nak rasa ni, boleh pergi Golden Mile Food Centre dekat Beach Road.


Dah kenyang, tengok map balik cari tempat mana lagi nak pergi.

Eh eh terjumpa kembar pulak dekat Singapore ni. Memperkenalkan kembar-kembar ku. Dari kiri cik durian yang sentiasa kelaparan, cik kedondong acah-acah kpop dok saranghae kehulu kehilir, cik cempedak masam mencuka tak dapat friskies dan cik epal pipi kembong tapi tak ada kena mengena dengan emma maembong.




Malam tu pergi Gardens by the Bay. Cantik woh tempat ni malam-malam. Lampu-lampu dekat bangunan ni tiap masa akan bertukar ikut lagu. Berwarna-warni sang pelangi. Cantik sangat. Nak feeling-feeling romantik berdua-dua an dekat sini boleh lah.





Naik skyway. Dekat sini tak boleh lompat-lompat sebenarnya. Tapi dia ni memang tak makan saman. Semua tempat nak terbang.





Bila duduk atas ni. Nampak lah view dari atas. Tenang lah duduk atas ni layan view. Tengok bangunan-bangunan cantik. Tapi tak tangkap gambar banyak pulak dekat sini. Lupa sebab dok syok layan view.






Lepas pergi Gardens by the Bay, rasa lapar pulak. Pekena lah Murtabak Singapore pulak. Murtabak Singapore ni pon menu wajib try ok kalau datang Singapore. Ni dekat Arab Street. Nama restoran ni Restoran Zam Zam. 

Restoran Zam Zam ni memang famous lah dengan Murtabak Singapore. Depan Restoran Zam Zam ni ada Masjid Sultan. Ni landmark lah kalau nak cari Restoran Zam Zam.




Sedap gila seh Murtabak Singapore ni! Ni aku order murtabak ayam. Memang marvelous!

Cicah pulak dengan kari dan timun tu. Perghhh. Sambil menaip ni pon menelan air liur membayangkan kesedapan nya. Ni tetiba ada yang mengidam murtabak singapore ni pulak karang. 


Nanti sambung lagi part 2 pulak. Ok bye!








13 comments:

  1. Wah bestnya... view gambar pun cantik-cantik.Siap magic bagaikan.. Heheee

    ReplyDelete
  2. wah...nampak menyeronokkan pi spore backpackers mcm ni...nak cuba gak la ngan #gula2hati akak...

    ReplyDelete
  3. Wah, bestnya...teringin nak pergi Singapore suatu masa nanti... :)

    ReplyDelete
  4. bestnyer tgk org honeymoon.. hehe.. sesuai sgt tmpt ni.. i will go here soon.. =)

    ReplyDelete
  5. huahuaaa...murtabak tu paling win.. rindu nak makannnn!!!

    ReplyDelete
  6. masih dlm wishlist mumme Gardens by the bay dgn cable car di mlm hari...bila la nk g singapore lg...

    ReplyDelete
  7. kagum tengok gambar-gambar Cik Epal..santek santek semua..siap leh terbang terbang cam ade kuasa psikik... hehe

    ReplyDelete
  8. daging merah tu memang fav saya!...haisshhh bila lah dapat pergi USS. nama je johor ( tapi duduk KL ahahahah)

    ReplyDelete
  9. rindunya uss..
    tggu anak pandai jalan satgi baru nk bawa lagi pergi

    ReplyDelete