Tuesday, March 17, 2015

Honeymoon Singapore (Part 2)

Sebelum nak balek Malaysia, pagi-pagi breakfast Murtabak Singapore dekat Restoran Zam-Zam lagi. Sebelum ni order murtabak ayam. Kali ni saja nak rasa yang lain pulak. Order lah murtabak rusa dan daging. Tapi daging je sedap bagi aku. Murtabak rusa aku tak suka sebab terlampau kering. Kalau tahu, aku order murtabak ayam je. Murtabak ayam paling sedap lah antara 3 yang aku rasa ni.

Sebab musabab nak order murtabak rusa tu sebab murtabak rusa ni harga paling mahal di antara murtabak yang ada. Haha. Masa tengok menu dah bajet "murtabak rusa ni yang paling mahal,confirm paling sedap ni". Tapi bila rasa je murtabak rusa tu terus pilu rasa hati. Kesimpulan nya yang mahal tak semestinya sedap. kehkeh.



 Tapi kalau nak order, order murtabak ayam. Ayam paling sedap! Mutton dengan sardine aku tak try. Tak tahu lah kalau lagi sedap.



Order kueyteow goreng merah lagi. Nyum nyum.

Lepastu pergi Orchard Road. Tetiba nampak Laduree Macaron. Aaaa aku dah lah suka gila makan macaron. Tahu Laduree Macaron ni antara macaron paling sedap. Dah ada depan mata, memang wajib beli ah.



Ada macam-macam perisa. Rambang mata nak pilih. Pilih laki pon tak susah macam ni tahu? Haha




Tapi dikau lah laki pilihan ku. Auww chak auww chak. Haha.


Masuk-masuk je kedai Laduree ni, terus dia hidang air teh. Air teh ada rasa bunga. Ada juga jual teh dalam ni. Macam-macam perisa ada. Saja lettewww bodek suruh beli teh dia jugak. Tapi aku tak nak beli teh, aku nak beli macaron!


Pekerja Laduree photobomb! Haha sempat ye kau bang.

Ok jadi jugak beli sekotak.

Amende lah husband aku ni tangkap gambar senget-senget. Baru suruh belanja macaron pon dah sabotaj gambar aku.







Tak tahu perisa apa yang paling sedap. Tapi main beli je ikut firasat hati. Cantik kan warna-warna dia. Comel lak tu. Aku suka gila Laduree Macaron ni sebab filling semua sedap pastu lembut gila.

Harga pon sedap gak. Haha. Seketul macaron ni 5.5 SGD. Kalau convert duit malaysia, seketul jatuh dalam RM14. Perghh perghh patbelas ringgit seketul engkooo. Ni beli 6 ketul, kalau convert jadi lah RM84 sekotak ni. 


Kalau pergi Singapore ni sebenarnya, bila makan jangan convert duit Malaysia. Baru tak rasa menyesal ke hape. haha. Sebab 5.5 SGD tu macam RM5.50 diorang je. Tapi nasib baik sedap macaron ni. Berbaloi lah dengan harga rasa dia bagi aku.



Dekat Orchard Road. Sini ada pakcik famous jual aiskrim roti. Tapi aku tak rasa pulak aiskrim dia sebab malas nak beratur. Ramai sangat nak beli aiskrim pakcik tu.




Waa banyak nya tangan macam sotong. Tapi suami ku bukan encik sotong ye. No! No! No! *gerak jari telunjuk ke kiri ke kanan laju-laju ala Azwan Ali*






Backpack je pergi Singapore ni. 2 beg ni je lah kitorang bawak. Pergi mana-mana pon banyak naik train.

Train dekat Singapore sama je macam dekat Malaysia. Masa dalam train ni ada sorang pakcik ni tegur kitorang. 

"Orang Malaysia?"

Kitorang pon angguk-angguk je lah sambil lemparkan senyuman yang paling manis. Auwww. Sebab dekat sini cara perempuan pakai tudung lain sikit. Aku bajet pakcik tu tengok aku punya shawl kot dah boleh tahu aku orang Malaysia. Borak-borak lah dengan pakcik tu. Dia kata dia selalu ah turun Malaysia. Kalau nak makan murah dan sedap, dia selalu turun JB. Kat Singapore ni semua mahal dia kata. Pastu dia cakap

"Tahu tak nak banding kan negeri Melaka dekat Malaysia tu dengan Singapore, negeri Melaka tu lagi besar tau. Singapore ni kecik je"

Laaa yeke? Punya lah kecik Singapore ni rupanya. Melaka lagi besar tahu? Dah kata Melaka, confim-confirm ah Malaysia berganda-ganda lagi besar. Tapi ni fakta yang pakcik tu bagi tahu lah. Sebab aku pon baru tahu Melaka lagi besar dari Singapore. Kalau pakcik tu menipu kitorang, maknanya aku menipu korang ah ni. Haha. Tapi aku rasa betul ah kot pakcik tu cakap.


Sebab terlupa bawak camera, memang semua gambar pakai phone je lah. Ok lah janji ada gambar. Tapi lupa pulak nak selfie dengan pakcik dalam train tadi. kehkeh.



Jalan punya jalan nampak Magnum Singapore. Excited gila masa nampak Magnum ni. Terus masuk nak makan aiskrim.

Boleh design magnum sendiri yang best. Ada step by step nak makan Aiskrim Magnum ni. Mula-mula pilih 3 topping. Macam-macam topping pelik ada. Ada kelopak bunga ros, gold nugget and etc. Chili flake pun ada! Aku tak pernah terfikir nak makan asikrim dengan chili flake. Mendengarnya pon dah pelik apatah lagi aku nak makan. So aku pilih topping yang tak berapa pelik tapi benar je. Topping bunga ros ke, bunga matahari ke memang tak nak aku piih sebab pahit. Erkkk.



Pastu pilih pulak nak aiskrim tu salut dengan coklat apa.

Aku pilih milk choc, husband pilih dark choc


3 topping yang dah kita pilih tu dia goncang-goncang letak dalam satu bekas. Pastu dia taburkan je atas aiskrim.




Pastu dia drizzle lagi dengan coklat pilihan kita.

Tadaa! Dah siap. Boleh lah upload dekat instagram. kehkeh. Harga aiskrim ni 7 SGD seketul. Malas nak convert dah. Pergi convert sendiri sana!


Erkk sedap ke tidak ni?



Dah kenapa bangggggg? Sedap sangat lah tu gamak nya.


Aku pergi Singapore ni bulan 6, 2014 tahun lepas. Time tu memang baru je kawen. Dekat Malaysia belum bukak lagi Magnum ni. Bila upload gambar aiskrim Magnum ni dekat instagram ( https://instagram.com/cikepal06/ ) ada lah yang tag pasangan memasing nak ajak pi makan Magnum sini. 


Aku pon punya lah excited masa upload gambar aiskrim Magnum ni time tu sebab cambest ah boleh design Magnum sendiri tapi sekarang dekat Malaysia ada dah kalau nak rasa. Tak payah pi jauh-jauh. ehehe.



Ok last nak buat magik. Aiskrim Magnum pon nak terbang jugak! hahaha



ok bye!



11 comments:

  1. Hahah comel gmbr last akak. yg magnum terbang tu. btw happy hnymoon! heheheh.

    ReplyDelete
  2. Bestnya honeymoon...makan macaroon yang boleh tahan harganya pula tu..

    ReplyDelete
  3. bestnya cik epal...nak honeymoon kat situ jugaklah..x sabar nya nak kawen..erkkk tetibe..hahaha

    ReplyDelete
  4. x berkesempatan lagi nk try aiskrim kt magnum kt malaysia neh.
    beli yg rm2 lebih tu pun xterbeli lagi...

    aish aish aish

    ReplyDelete
  5. Bestnye dlm plan akk nk jln2 negara jiran hehe

    ReplyDelete
  6. macam mana rasa kueyteow merah tu? I wondering??? sesedap daging sup merah dorang ke?

    ReplyDelete
  7. Syoknyer kalau ada duit lebih kan..Memang teringin sangat nak jejak kaki kat Singapura ni.

    ReplyDelete
  8. menggamit memori betul tulisan cik epal

    ReplyDelete