Friday, February 6, 2015

Door gift idea untuk wedding


Mula-mula tak tahu jugak nak bagi apa dekat tetamu untuk doorgift wedding aku ni. Nak bagi barang pelik-pelik or barang perhiasan ke apa karang orang buang pulak. Ye lah bukan semua orang suka simpan dan hias rumah dengan doorgift wedding ni. Memang berhabuk je lah dalam kotak nanti. Lagi sadis orang buang je ke dalam tong sampah. Wuwuwu. Penat-penat cari doorgift, orang selamba tenuk je buang dalam tong sampah. Memang sentap hati mak nak.


Kebetulan ibu aku ni dok teman kawan dia cari doorgift untuk anak dia kawen, dia terjumpa lah bekas bentuk epal ni. Terus dia call tanya aku nak tak bekas bentuk epal ni sebab aku kan cik epal. hahaha pon bolehhh. Aku ok je sebab bekas ni kalau orang nak buang pon aku takdehal sebab bukan perhiasan pon tapi nak letak apa pulak karang dalam bekas tu??


Aku kawen tahun lepas 1/6/2014. Tahun lepas agak famous benda oat ni orang dok jual merata tempat and dekat facebook pon berlambak orang berniaga benda ni. Ayah aku pon memang selalu beli benda ni untuk kitorang kudap-kudap. Memang sedap gila Oat & Wheat ni. Makan satu, memang confirm nak lagi lapan. hehe. So ibu aku cadang letak oat ni lah dalam bekas epal aku tu. Aku alright je. Sebab aku tahu benda ni sedap, confirm orang akan makan punya.



Sebab aku punya tetamu dalam 1200 orang. Satu bekas,letak dalam 4-5 oat dalam tu. So memang kena beli banyak lah oat ni.  Orang jual sepaket dalam RM12-RM18 dekat facebook aku tengok tahun lepas. Ayah aku beli dekat kilang borong terus. Sebab parents aku borong banyak gila, dapat lah dalam RM6-7 sepaket. Sepaket ada dalam 40pcs tak silap aku. Oat ni pon banyak jenis and macam-macam brand,tapi aku suka Oat & Wheat yang jenis ni. Yang ni sedap ah mengikut tekak aku hehe.







Lagi satu aku add on coklat oreo ni untuk door gift wedding. 



Ni aku order 1200pcs jugak. Aku tak sempat nak rasa coklat oreo ni. Ingatkan habis wedding, ada lah lebih 1-2 ketul ke apa. Tapi yilllekkkkk, habis semua licin. Aku syak memang sedap ah ni. Siapa je yang tak suka makan oreo, ye dak? 


Untuk coklat oreo ni, korang boleh customize nak warna apa korang nak. Ada macam-macam bentuk gak. Nak bentuk ladybird boleh, bentuk bunga boleh, bentuk love boleh. Korang boleh tengok dekat SINI nak bentuk apa. Aku pilih set bride and groom. Sebab majlis resepsi aku pakai baju warna baby blue, so coklat oreo ni aku request warna baby blue.




Aku suka tengok coklat oreo ni sebab comel. hee. Coklat oreo ni boleh tahan lebih 3 bulan tau! Tak perlu simpan dalam fridge.  Ni homemade coklat yang dijamin 100% halal. Bukan boleh buat untuk doorgift wedding je, boleh jugak buat untuk doorgift kenduri akikah ke birthday ke. Boleh lah request bentuk yang korang nak semua. 



Korang boleh order Coklat Oreo ni dekat http://chocolattehouse.blogspot.com/ . Bukan coklat oreo je ada, macam-macam lagi ada.Ada muffin, bahulu, cupcake, pavlova, apam polkadot, lolichoc, truffle and etc. Untuk yang bakal berkahwin tu,boleh lah usha-usha untuk doorgift wedding korang lak nanti. Akak ni based dekat Putrajaya. Kalau nak respon cepat, boleh  Whatsapp 018-3594643 (Kak Aida).




Korang rasa untuk doorgift wedding, apa yang best nak bagi tetamu?



ok bye! :)




8 comments:

  1. time nana nikah dulu..buat gift coklat kecik2 tu..hehe.
    orang tak buang,orang terus makan . :)

    salam kenal dear

    ReplyDelete
  2. kali terakhir dtang belog cik epal waktu cik epal tengah bercinta gaduh bercinta gaduh. Aikk ni tup tup tup datang belog cik epal dah kahwin dah ???? Huhuu lamanyaaa tak datang belog cik epal ni . Buat comeback ahh gini hahahaha. Comel gilaaaaaaaaaa oreo tu, memang sedap ! lagi2 kalau bg kat budak2. bukan setakat budak2, mak budak pun mau amik dua tiga empat lima. hahahahaha

    Btw tahniah for ur wedding cik epal !

    ReplyDelete
  3. Salam singgah pagi cik epal....comelnya doorgift weeding cik epal....kalaulah dekat nak juga dapat...hihi...

    ReplyDelete
  4. Wahhh cute sgt bekas epal tu... Sesuai sgt dgn cik epal.. Creative sgt mak cik epal 👍😃😍

    ReplyDelete
  5. Hiasan doorgift cantik! Sedap je tengok. Hihi :) :)

    ReplyDelete