Wednesday, December 10, 2014

Impian yang mungkin boleh jadi kenyataan

Teringat time mula-mula aku buat ATM/debit card dekat Maybank. Time tu umur aku 18 ke 19 tahun tah. Yang pasti time tu student lagi lah. Rasa macam happy gila bila dah ada kad ATM sebab rasa macam wanita bekerjaya gitu. Anytime boleh shopping. Weee. Akak bank tu suggest suruh aku letak maximum pengeluaran duit RM1000 je at sehari sebab aku student. Student tak boleh keluar duit banyak katanya. Tapi time tu aku berkeras nak letak maximum pengeluaran RM5000 gak,mula-mula akak bank tu malas nak kasi. Pastu ayah aku pon suruh dia letak RM5k baru dia kasi. Nasib baik aku pergi bank dengan ayah aku. Pastu bila online guna maybank2u aku tukar pengeluaran maksimum kepada RM10,000 lak. kihkih.


Sebab aku memang jenis kalau nak beli pape, malas nak mintak duit ibu dengan ayah. Suka beli pakai duit sendiri je sebab around umur aku gitu, Alhamdulillah lah aku dah dapat income sikit from blogging. That time aku memang nak beli gadget tak silap, mana lah lepas kalau boleh keluar RM1000 je maximum sehari kan? Tak rajin lah pulak aku setiap hari nak pergi ATM semata-mata nak keluar RM1000.


Tapi bila dah besar ni,rasa nak beli kereta pulak. Dulu zaman study,sibuk nak ada gadget je. Dulu time study suka kereta kecik je, lagi kecik lagi bagus. Sebab:

@Aku bukan nak angkut satu kampung naik kereta aku pon nak pergi mana-mana. So tak payah kereta besar-besar sangat

@ Parking senang, space agak-agak macam kecik pon boleh bajet juga suruh kasi masuk line

@ Boleh cilok-cilok tak kira di mana jua aku berada, termasuk di sawah atau di bendang *tetiba*

@ Yang paling penting SAVE MINYAK. Student lah katakan. Isi minyak sepuluh ringgit je untuk seminggu sudah mencukupi

But sekarang ni bila dah kawen,suka kereta besar pulak. Dulu kalau lalu highway,selalu tidur je. Ni time dah kawen,aku tak boleh nak tidur sebab husband kat sebelah tengah drive tak bagi aku tidur suruh borak dengan dia. Cehh ngade tol. Dengki aku enak tidur kat sebelah. Sebab tak boleh tidur, selalu lah jamu mata bila dekat highway tengok macam-macam jenis kereta lalu-lalang. Mula lah berangan nak pakai kereta itu,kereta ini. Tapi lepas ni tak payah nak berangan dah sebabbbbb.............

Maybank akan memberi pelanggan baru Maybank Credit Card or Charge Card  peluang untuk menang a brand-new Volkswagen Polo Sedan dengan hanya menggunakan Maybank card anda hari ini!. Yes, senang sangat! Hanya guna Maybank card je dah boleh menang Volkswagen Polo Sedan? Wow!





Memang bertuah sangat lah pelanggan-pelanggan Maybank card ni sebab Maybank nak bagi 5 buah kereta Volkswagen Polo Sedan untuk sesiapa yang bertuah! 5 buah kereta hokayy. Mana tahu aku pon boleh dapat satu. hee


Macam mana nak menang Volkswagen Polo Sedan ni?

Cara nya mudah sangat!  Meh aku ajar. Semua yang anda perlu lakukan adalah sign up sama ada Maybank Credit Card or a Charge Card, dan mula berbelanja. Itu pon dah cukup untuk anda masuk ke dalam peraduan ini, memang anda terus berpeluang untuk memenangi jenama-baru Volkswagen Polo Sedan, atau untuk mempunyai peluang untuk memenangi salah satu daripada banyak hadiah percuma, courtesy of Maybank.







Boleh apply Maybank card sekarang!


More info: Maybank




No comments:

Post a Comment