Friday, November 21, 2014

Rindu masa di hostel




Kalau sesiapa yang pernah duduk hostel ni memang takkan dipisahkan lah dengan mi segerakan? Mesti confirm ada stok punya. Ye lah kalau malam-malam stay up nak study,tetiba lapar pulak. Teringat pulak time duduk hostel dulu berborak sampai larut malam. Banyak ah yang kitorang cerita. Study la, kalau ada budak dorm yang emo kongsilah duka, rindu mak bapak ah, banyak la lagi. Biasalah kalau borak-borak kan tak tengok masa, kadang-kadang sampai pukul 1 ke 2 pagi. Mestilah lapar. Memang mi segeralah yang akan dicapai. Nak buat pon senang.

Tapi kalau aku dekat hostel, Mi Sedaap memang confirm ada stok punya ah. Aku suka gila Mi Sedaap! Paling suka yang perasa mi goreng tu. Makan pulak dengan 'kriuk kriuk' tu. Memang perghh ah.


Dulu tahu pasal Mi Sedaap ni dari roommate aku sebenarnya. Roomate aku ni pulak jenis yang pemurah, asal buat je, terus buat dalam bekas besar sekali 3-4 paket. Dia selalu offer makan berjemaah ramai-ramai. Dia selalu beli perasa mi goreng tu. Sebab roommate aku nilah, aku pon jadi suka gila dengan Mi Sedaap yang mi goreng tu.


Sekarang ni Mi Sedaap dah ada dalam bentuk cup! Yayyy! suka! suka! Kalau dulu dalam plastik je. Memang kena ada bekaslah kalau nak makan. Terutamanya kalau nak makan perasa mi goreng tu. Pernah jugak ah before ni makan mi segera yang ada dalam bentuk cup, tapi dulu memang susah nak dapat mi goreng dalam bentuk cup. Jadi memang dari dulu lagi aku ngan roommate aku amat harapkan Mi Sedaap ni release versi cup. Makbul juga akhirnya harapan kitorang. haha. Yay!!.Tak payah dah bancuh dalam bekas. Terus je makan dalam cup. Kalau dari dulu-dulu lagi ada Mi Sedaap yang bentuk cup ni kan senang. Takyah la nak cuci-cuci mangkuk ke bekas ke apa.



Sekarang ni mie sedaap dah lancarkan perasa baru. Mie sedaap Baso, Soto dan Goreng. "THE TRULY DELICIOUS CUP NOODLES - Fresher, Tastier,  Bigger"




Ni mie sedaap instant cup mi goreng yang baru. Tapi still tak tinggal lah bawang goreng kriuk kriuk tu. Ni paling aku suka! :)


Lihat kriuk-kriuk tu? Sungguh lazat sekali. Sekarang nak makan mi sedaap ni dah terlampau senang lah bila dah ada dalam bentuk cup ni.  Dah makan pon terus buang je. Kalau dulu dekat hostel buat dalam bekas, bila time nak basuh bekas je malas. Nasib baik roomate rajin. Dia yang bancuh,dia yang basuh bekas. haha. Now senang, nak buat pon senang, dah habis makan pon senang, buang je.


aii bang, belum sampai ke mulut lagi Mi Sedaapnya tapi nganga punya lah luas.

Husband aku ni pon peminat Mi Sedaap gak ni. Dulu zaman bercinta dekat uni, rajin jugak dia bekalkan aku Mi Sedaap perasa mi goreng ni. Oh tetiba masuk zaman bercinta dengan Mi Sedaap pulekk





Tengok husband aku makan, aku pulak yang rasa menyelerakan mie sedaap ni. Tapi memang sedap pon.


Uihhh sedap nyaaa.







Makan mie sedaap perasa mi goreng ni memang sekejap je ah licin. Sebab sedap sangat.



Ni pulak mi kuah rasa Baso Spesial.Siap dengan sayur-sayuran lagi tau. Yang specialnya ada juga bebola-bebola kecik dalamnya. Best!

Haaa sesiapa yang suka gila makan bakso atau teringin nak rasa macam mana rasa bakso tu, korang boleh try mie sedaap perasa bakso ni. Sedap!





Mi kuah rasa Soto dengan serbuk gurih. Nyum2!


Ni bahan-bahan rencah dalam Mie Sedaap rasa Soto ni. Letak semua rencah-rencah ni. Pastu letak air panas. Tunggu 4 minit.



Then.. Tadaaa! Boleh lah menikmati Mie Sedaap rasa Soto ni.



Cara nak makan pon memang senang je. (dah banyak kali repeat ni. haha) Letak rencah-rencah nya then letak air panas dan biar dalam 4 minit. Kalau yang mi goreng tu kena buang dulu lah air kan. Lepastu baru letak rencah. Then boleh lah menjamu selera.


Lepasni nak pergi travel dekat tempat yang susah nak cari makanan halal, dah boleh bawak Mie Sedaap instant cup ni pulak. Yayyyy! Kalau nak bawak mie sedaap dekat hostel atau ofis lepas ni, dah boleh dah beli yang instant cup ni :)


More info: 


27 comments:

  1. wah..ade byk perisa da..kena try nih..hehe..

    ReplyDelete
  2. mi sedap...lama dah tak layan...

    ReplyDelete
  3. lapo plak aku nengoknye .... tapi tak suka iklan mi sedap yg baru tu har har har

    ReplyDelete
  4. saya suka je mi sedap tapi saya lebih suka yang berkuah daripada bergoreng.. suka sangat hirup kuah . hehe

    ReplyDelete
  5. feberet jugak zaman u dulu
    arghhh tertiba rasa nak makan pulak...

    ReplyDelete
  6. Sama la kita Cik Epal.Hehehe.
    Ni pun tengah melantak lagi mee sedap.Haha.

    ReplyDelete
  7. wahh comel la maggie cup mee sedap ni

    ReplyDelete
  8. anda telah menggugat keimanan saya!! arrgghhh tidakk!!!!! sekarang jugak saya bergegas mencarinya!!! yang bakso tu mcm sedaaappp jek

    ReplyDelete
  9. tgk gambar makanan terus rase lapar huhu

    ReplyDelete
  10. salam singgah sini Cik Epal....sedapnya mee sedap..

    ReplyDelete
  11. Dulu duduk hostel makan maggi aje. Sekarang dah ada banyak brand alternatif. Nampak menarik la pula mie bakso dalam gambar ni. Terliur.

    ReplyDelete
  12. Akak sekarang baru makan mi ni.

    ReplyDelete
  13. malam-malam gini gak le cakap pasal Mee Sedapp. CIk Iman lapo nieeee huwaaaa

    ReplyDelete
  14. Huhu..mmg rndu zmn dok hostel dulu..klau poket kosong mmg mkn Maggie jer lh..haha..skrg dh xda dh knngn tu..hnya tnggl knngn

    ReplyDelete
  15. mkn time hujan pown sdp gax neyh bile sejuk malas nk kuo rumah bnde neyh jd kemestian

    ReplyDelete
  16. Teringat time dok hostel dulu, Cik Iman memang gila mee sedap nie ekekeke

    ReplyDelete
  17. ok. ade stock mee goreng sedap in cup dkt dapur. selama ni pandang je, lepas baca entry ni haruslah g masak air & makan!

    ReplyDelete
  18. Asalam memang sedap nampaknya ya..nak test juga ni hehehe

    ReplyDelete
  19. Uhuuu... sedap giller nie! Nyummnyumm...

    ReplyDelete
  20. Mee sedap mmg sedap... tapi tak pernah rasa perisa bakso tu lagi.. bolehlah cari nanti.. :)

    ReplyDelete
  21. Anak-anak Mrs. A suka mee sedap goreng

    ReplyDelete
  22. uih. nampak sedap jeee. telan air liur jee tgk gamba. haha.

    ReplyDelete