Monday, November 3, 2014

Terhibur dengan Alkisah 3 Dalam 1 dari PIDM

Wah! Cute gila manusia ‘smiley’ dalam iklan-iklan PIDM. Korang kenal tak? Ala... Yang selalu keluar kat TV dengan FBI tu. Ni bawah ni aku letak contoh.



Haa! Kan betul aku kata. Comel mengalahkan Kak Ton, ok! Hihi.






Sebenarnya, terhibur jugak aku tengok video-video dari PIDM. Lagi-lagi filem pendek diorang yang tajuk nya Alkisah 3 dalam 1'. Ada Fauziah Nawi dan Faizal Ismail dalam video tu. Kelakar, educational and yang paling penting mengingatkan kita supaya jadi pengguna kewangan yang bijak.





Ni video nya. Best2!





Dalam video tu ada menyentuh sikit tentang PIDM MoneySmart 123. Melalui kempen ni, PIDM cuba berkongsi langkah-langkah untuk meningkatkan kesedaran kewangan awam dan  membantu kita menjadi pengguna kewangan yang bijak. Tapi sebelum kita cakap lagi pasal kempen ni biar aku explain dalam ayat skema sikit tentang PIDM, baru kita sambung cerita pasal MoneySmart 123 ye!

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM ialah agensi Kerajaan yang melindungi simpanan bank anda sehinga RM 250,000 serta manfaat takaful dan insurans anda sehinga RM 500,000, sekiranya sesebuah institusi ahli menjadi muflis.



Dalam bahasa pasarnya, kalau mana-mana bank atau syarikat insurans (ahli PIDM) muflis/lingkup/bungkus, diorang akan datang to save the day. Macam superhero pulak. Jadi apa superpower PIDM? 

Ni dia: PIDM melindungi deposit bank yang layak sehingga RM250,000, manakala manfaat takaful dan insurans yang layak dilindungi sehingga RM500,000. Semuanya secara automatik: tak payah permohonan, tak payah pembayaran. Power tu!







Kempen PIDM MoneySmart 123 ni sebenarnya membantu mendidik orang ramai supaya menjadi pengguna kewangan yang bijak. Selamatkan masa depan anda dengan keputusan kewangan yang betul dalam 3 langkah mudah: 

Langkah 1: Ketahui produk kewangan anda 
Tanya diri anda: Apakah jenis produk itu? Siapakah organisasi yang menjual atau mempromosikan produk itu? Macam makanan la jugak, takkan nak beli sebelum sahkan halal kan?

Langkah 2: Ketahui risiko kewangan anda 
Kenal pasti matlamat kewangan dan risiko, kemudian membangunkan rancangan untuk menguruskannya. Ingat, gagal merancang itu merancang untuk kegagalan!






Macam yang aku buat ni. Buat list untuk grocery shopping. Jadi tak lah 'risiko' kan duit aku dan tak ada lah boros nak beli barang yang tak ada dalam list shopping ni.


List grocery aku.




Walaupun nampak macam perancangan yang kecil,tapi memang berguna. Memang banyak aku jimat daripada pergi grocery shopping yang tak terancang.





Langkah 3: Ketahui hak-hak kewangan anda 
Melakukan kajian dan berhati-hati dengan penipuan/scam. Buat safety checks - Penting untuk mengetahui jika simpanan anda dan produk kewangan anda dilindungi. 









Aku memang dari dulu suka menabung. Menabung pon salah satu ciri pengguna kewangan yang bijak tau! hehe :D



Hati-hati. Jangan sampai kena tipu. Janganlah terpedaya dengan ‘duit cepat’. Jadilah pengguna kewangan yang bijak ok! Kalau anda ingin mengumpul maklumat mengenai langkah-langkah ini, sila layari MoneySmart123 untuk maklumat lanjut! =D







10 comments:

  1. Bagus cik epal merancang pembelian groceries....julia pun selalu buat mcm ni...senang duit pun tak membazir pada benda yg tak berfaedah

    ReplyDelete
  2. to do list ni boleh katekan reminder. At least kite tau ape yang nak kene buat, especially untuk belanja. tapi part pasal menabung tu saya suka :) sikit tapi berhasil, bila time terdesak. hehe~

    ReplyDelete
  3. comei tabung tue..klu saya tabung cm tu dok nmpk duit ja..hihi

    ReplyDelete
  4. Tq info yang sangat berguna ni ya...betul cik epal kalu tak list ntah pa2 kita bli ya......

    ReplyDelete
  5. bagus cik epal ni....i suka menabung duit syiling hehe maklum la en suami suka sepah2 kan duit syilling merata-rata... rimas mak...tu la kumpul tu hehe

    ReplyDelete
  6. groceries list tu mmg penting kalau x mmg abes kite tawaf satu mall hahaha nak beli mcm2. nampak je nak beli kang huhu bahaye2

    ReplyDelete
  7. yeayyyy.

    set sikit..hani pun suka menabung, lagi-lagi duit syiling..

    ReplyDelete
  8. selalu nak buat list shopping tapi selalu gak amik biskut coklat tu, gula-gula tu, snack tu kononnya sikit je pun ekekeke

    ReplyDelete
  9. Ala...comelnya tabung cik epal tu..sebenarnya memang bagus kalau kita ada perancangan kewangan, elakkan dari spontaneous spending kan?


    ReplyDelete
  10. yup sebelum shoppig wajib buat check list dulu kalau tak, ade je yang ter-shopping. ehe~

    ReplyDelete