Sunday, October 26, 2014

RESEPI : Jeruk Mangga Muda Asam Boi yang senang dan sedap!

Hye! Siapa pernah makan jeruk mangga muda asam boi yang tengah letop sekarang ni? Tengok ramai gila orang jual tapi malas nak beli. So buat sendiri je ah. Lagi puas makan. Kebetulan jiran ibu aku ada tanam pokok mangga. Dah berbuah dengan pesat lak tu.Mula-mula dia saja ah bagi 3 biji dekat ibu aku. Aku saja menyinggah rumah ibu aku semalam. Ibu aku dok cakap aku pregnant and nak datang rumah lak dengan jiran aku tu. Lagi 15 biji mangga jiran aku topap sebab teruja aku pregnant. haha.


Perghh memang pesta mangga lah jawab nya. Terima kasih diucapkan kepada Cik Senah yang bagi mangga muda banyak-banyak ni. Semoga panjang umur murah rezeki. hee. Dah lah mangga dia kasi besar-besar and panjang tu. Jenis masam lemak-lemak pulak tu. Memang heaven ah!



Tadaaaa! Ni lah jeruk mangga muda asam boi yang letop itu. Ni dah pinggan ke tiga ke empat tah dok refill je manjang. Aku nak makan,laki aku pulak dok menyelit sama. Dia pulak yang over makan benda ni dari aku. Tah siapa yang mengidam lebih pon tak tahu ah.




Cara-cara nak buat jeruk mangga asam boi ni senang sangat. Ni resepi yang aku buat semalam lah. Campur punya campur,tetiba tersedap pulak. eh.
Nah resepi:

Mangga yang aku guna ni agak besar dan panjang juga. Aku guna 4 biji.

4 biji mangga muda (besar)
Sepaket asam boi
10 sudu besar gula
10 biji cili padi (cincang)
Garam (sikit je)


Ni je bahan nya. Simple sangat.


Mangga potong lah ikut suka bentuk macam mana pon. Ni potong tahap gelojoh ni. Tah hape pesyen pon tak tahu. Tak kisah lah. Sendiri makan.heeee. Janji rasa mangga jugak. Tak ada nya potong cecantik rasa macam durian pon khenn.


Dah potong, basuh mangga. Buang air.



Campak kan 10 sudu besar gula. Pastu gaul.


Pastu masuk pulak sepaket asam boi. Pastu gaulll lagi. Kalau tak jumpa asam boy,boleh masuk kan asam girl.


Tak kelako *bak kata RAMLI MS*



Seterusnya, masuk kan 10 biji cili padi yang dicincang kiut-kiut sebegini. Lepastu gaulll lagi.



Gaul-gaul lah semua tadi bagi sebati. Alaahaii senang je mak enon nak buat ni haa.



Dah masuk semua bahan-bahan tadi,kasi gaul sebati cantek punya. Pastu boleh masuk dalam peti ais lebih kurang 4-5 jam.Makan sejuk-sejuk ah baru layannnn. Oh ye TAK PAYAH TAMBAH AIR ye. Sebab gula yang kita letak tadi tu akan cair. Bila keluarkan jeruk mangga muda asam boi ni dari peti ais,automatik dia akan berair jugak. 


Boleh juga guna buah epal,jambu,mangga kuning ke apa ikut suka hati lah. Kalau selera guna ah buah durian. kehkeh. Tapi tu buang tebiat lah kan. Paling best guna mangga muda ah. Masam lemak-lemak. Sekali gigit,pasti nak lagi.



Semalam buat 2 round. 2 besen licinnn. Makan seisi keluarga



Refill lagi guna mangkuk lak. Dap nyaaa dapnyaa. Menjejeh airlio jatuh ke atas keypad laptop. haha.



Kalau siapa yang nak cuba, selamat mencuba!


ok bye!

37 comments:

  1. Sodapnye Kak Nonn... meleleh2 air liur atas keypad laptop :((((

    ReplyDelete
  2. memang tengah femes benda alah ni sekarang

    ReplyDelete
  3. banyak orang update pasal nie. .kat insta melambak. aissshhh. kecur liur nie hah.

    ReplyDelete
  4. Wah.. Cik Puan Epal dah pregnant.. Bestnya.. Tahniah ye..

    ReplyDelete
  5. mak aih...baca sambil kecur air liur..huhu

    ReplyDelete
  6. alaaaa tgk gmbo first je da mleleh air liur.. xsggup nak baca entry smpai abes. uhuk uhuk..

    ReplyDelete
  7. salam ck epal..mohon share resepi ya! tengok gambar dah cukup..:)

    ReplyDelete
  8. Ahaa! baru je tadi adik buat then send gambo kat whatsapp. Jilat screen fon je la nengok. Huhuhu

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap jer...malam tadi husben pun duk sebut2..pagi nie die cakap nak gie pasar borong selayang cari buah mangga...nak try buat jgk..mesti sedappp:)

    ReplyDelete
  10. Perghh memang nampak sedap ni ... lelaki pun dah makan dan suka jeruk mempelam ni ...

    ReplyDelete
  11. akhirnya!!! hahaha mcm susah je..rupanya senang jek..tq3..nasib tak ngidam

    ReplyDelete
  12. Mmg menelan air liuq... tahniah coz xlama lg jd mama

    ReplyDelete
  13. Terliur tengok.. Huhu.. Bole cuba ni.. Terima kasih share cara buat jeruk ni..

    ReplyDelete
  14. masa i pregnant dulu xmengidam lansung nak makan masam2 padahal memang suka sgtla makan tomyam , laksa sume tu...tp bila pregnant tak teringin lansung...hehe

    ReplyDelete
  15. Sedapnyer..dh bli mangga td alahai 2 biji je yg btl2 muda yg len sume dh kng mcm nk msk sebiji lg sy dh ngapp sbb da warna oren rs pn dh mns tp kulit ijau

    ReplyDelete
  16. hihi baru nk cuba buat...x mengidam pun tapi duk tgk org post kat fb berlambak.terliur gak kite...tq cik epal..mane tahu buat ni pregnant pulop jangkit dgn cik epal...hehehe

    ReplyDelete
  17. terlioq plak....apapun tq 4 resepi...^__^

    ReplyDelete
  18. Memang sedap jeruk mangga ni. sesuai untuk yang mengidam... :-)

    ReplyDelete
  19. wooo...terliur dibuatnyaaa,,..masalahnyaa mane nk cari mangga muda?? hurmmmm...

    ReplyDelete
  20. sedapnya. ayat2 penulis mmg kelako. sambil dpt baca resepi sambil gelak2...hehehe

    ReplyDelete
  21. suka!!!! terus teliuk katt sini.. :(

    ReplyDelete
  22. Saya tengah preggy & mmg mengidam mangga epal sbb masam dia sgt sedap. Kat KL nie susah cari, boleh poskan... hehhehe

    ReplyDelete
  23. Saya tengah preggy & mmg mengidam mangga epal sbb masam dia sgt sedap. Kat KL nie susah cari, boleh poskan... hehhehe

    ReplyDelete
  24. Saya tengah preggy nie, mmg duk mencari mangga epal sbb tengah mengidam.. Kat KL nie susah nk dapat... boleh poskan... hehehe

    ReplyDelete
  25. Anda boleh masuk maharaja..sy bg 5 bintang..haha

    ReplyDelete
  26. Memang heaven kalau dapat makan ni...

    Tik tik..

    Alamak! Tiris pulak mulut ni...

    Slurrpp...

    ReplyDelete