Tuesday, September 9, 2014

Tips menjaga rambut bagi wanita bertudung

Aku memang suka bersukan. Dari sekolah lagi memang aktif bersukan. Dekat sekolah dulu aku pernah ah jadi olahragawati sekali. Dulu lumba lari memang aku champion ah lagi pon time sekolah dulu badan keding sebab tu lari laju macam Watson Nyambek. Lompat tinggi pon aku terror gak dulu. Kalau hari sukan, memang acara lumba lari dan lompat tinggi ni memang aku wajib masuk ah dan selalu menang nombor 1. Semua jenis lumba lari aku masuk. Acara lain tak minat sangat sebab tak terror. Yang dua ni ah paling terror kalau sukan sekolah. haha. Setiap tahun, game netball and bowling mesti aku wakil sekolah. Aku pernah main netball and bowling sampai peringkat negeri Selangor. Sekarang ni netball dah lama tak main, tapi bowling ada lah gak main kekadang bila keluar dengan husband. Pendek kata aku memang suka benda-benda sukan ni dari zaman sekolah lagi.



Satu masalah bila suka bersukan ni,kita kerap berpeluh. Bila badan berpeluh, kepala pon memang confirm ah berpeluh kan. Kalau perempuan free hair takpe.Aku syak senang sikit jaga rambut.  Tapi kalau perempuan berhijab ni memang kena jaga rambut betul-betul. Aku memang dah pakai tudung dari zaman sekolah lagi. Kalau aku bersukan or keluar untuk hari-hari biasa. Memang ni je tips yang aku selalu buat dan amalkan:



@ Bilas rambut guna AIR SEJUK. Kulit kepala akan jadi segar bugar. Aku memang tak pernah syampu dengan air panas,mesti kena air sejuk.

@JANGAN MENGGOSOK RAMBUT DENGAN KASAR.Kalau nak keringkan rambut dengan tuala. Cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Boleh buat banyak kali dan biar rambut kering sendiri.



@ Kalau nak pakai tudung,pastikan rambut kering dahulu. Sebab nanti rambut sangat senang nak ada masalah kelemumur,rambut berbuah,atau rambut berbau bacin. Lebih malang lagi,nanti ada kutu khinzir pulak beranak-pinak dekat rambut. muahaha


@ Kalau nak bagi kelemumur hilang. Gosokkan kulit kepala dengan potongan limau purut yang telah dihangatkan. Then,bersihkan rambut dengan syampu anti kelemumur.



@SIKAT RAMBUT BILA PERLU SAHAJA. Kalau terlampau kerap menyikat rambut, kulit kepala nanti akan jadi panas dan meransang penghasilan minyak yeng berlebihan. Jangan sikat rambut dengan kasar dan belailah rambut kamu dengan lembut selembut sentuhan bayi.weeee.


@ Kalau boleh,jangan gunakan ALAT PENGERING RAMBUT. Nanti rambut mudah kering dan kusam. Sebaiknya,keringkan rambut secara semulajadi.









@ Pilih syampoo yang bersesuaian dengan rambut. Aku suggest guna syampu Sunsilk Lively Clean & Fresh ni. Aku dah lama guna syampu ni. So far memang tak ada masalah dengan kulit kepala aku. Bila pakai rasa fresh je sentiasa. Sunsilk Lively Clean & Fresh diperkaya dengan Vitamin Citrus Complex dan memang sesuai untuk wanita yang memakai hijab. Ia memberikan rasa segar,bebas dari kegatalan dan kulit kepala pon berbau wangi je even seharian memakai hijab. Bahan-bahan khas dalam syampu ini juga membantu untuk membuang sebum kulit kepala yang berlebihan untuk memberikan wanita kulit kepala yang bersih dan segar.


@ Kalau rambut berminyak. Pilihlah syampu yang boleh digunakan setiap hari. Faktor faktor yang menyebabkan rambut menjadi berminyak ialah hormon tak stabil,STRESS,cuaca panas dan amalan pemakanan yang tidak seimbang.


Sebenarnya kan rambut orang bertudung dengan tidak lebih baik dan bagus kerana tidak terdedah dengan pancaran UV dan sebagainya. Dan itu salah satu HIKMAH BERTUDUNG =)



Btw, nak menang RM20,000 tak? Dalam berhijab ni ada yang mudah dan ada yang payah. Korang share lah korang punya perjalanan hijab bersama Sunsilk serta apa saja impian yang korang ingin capai.  Share your hijab story https://apps.facebook.com/sunsilkmenemanimu now! Kalau menang, Sunsilk akan membantu korang mencapai impian tu! Impian korang akan tercapai dan korang akan menang RM20,000 juga. Banyak tu woh.




More info: https://apps.facebook.com/sunsilkmenemanimu


4 comments: