Alhamdulillah tahun ni raya tak ada sesi tarik serkop,cucuk lubang hidung, tarik sideburn dengan laki dan sebagainya. Kami terhindar dari anasir-anasir itu. Tak ada lah gaduh-gaduh nak balek tempat siapa dulu. Mungkin belum tiba masa lagi gaduh gitu. Dah kata pon baru first time kawen khenn.Tahun ni raya memang raya belah aku. Tahun depan baru raya belah dia. hee.
Hari raya pertama beraya dekat Kluang,Johor dan memilih tema dusty pink. Tapi sebenarnya pink laki bini ni tak sama pon. Mana tak nya laki aku yang over cari kain baju melayu dia kemain awal. Belum puasa dah cari kain siap pastu tempah. Aku punya baju raya tahun ni sehari sebelum raya dan balik Johor baru cari. Punya lah last minit! Nasib baik jumpa warna seakan-akan walaupun tak berapa nak matchy-matchy pon but tak kisah lah janji hadooo. Nasib ada rupa baju raya juga walaupun cari last minit,kalau tak jumpa sehari sebelum raya haritu aku pasrah je ah first raya pakai baju hujan.
Dey! Selamat Hari Raya!
Dengan ibu aku yang sentiasa awet muda. Bila ibu aku ni muka dia nak tua pon aku tak tahu. Asal keluar,orang ingat dia kakak. Stress aku. Gambar dengan family tak ada pulak dalam handphone,dengan ibu je ada. Kira halal ah tu :D
Tapi gambar dengan husband banyak. muahaha. Biasalah baru kawen, over sikit. Ampunnn mak enon,mak jemah,mak renah sekalian alam.
Assalamualaikum. Bukak pintu please. Kami datang nak beraya.
Raya pertama,rumah nenek aku ni tetiap tahun buat open house,so pagi raya tu tak ada pergi mana lah duduk rumah je. Sebab sedara semua datang rumah nenek. Paling busy kerja yang aku buat pon adalah mengambil gambar. kehkeh.
Belah malam baru keluar beraya ke rumah sanak-saudara. Untuk sesi malam ni je gambar yang ada.
Esok nya raya ke dua tak ada buat apa. Dok rumah je goyang kaki tengok tv. Breakfast pula disajikan dengan lontong goreng. Korang pernah makan lontong goreng? Aku pernah makan pon bila aku balik Johor. Sedap gila lontong goreng ni! Dikhabarkan pada pagi itu ibu aku yang masak,patut lah lagi sedap.Nanti nak mintak resepi lah. heee
Raya ke tiga balek Taiping. Suka lettewww laki aku tu balek ke kampung halaman dia kat Taiping tu. Raya ke tiga masih semangat lagi ah nak raya pakai matchy-matchy. Ni tema purple lak. Punya lah payah aku nak cari warna purple macam baju laki aku ni. Last-last jumpa jubah warna dark purple camtu tapi warna tak sama sebijik ah dengan dia. Tapi ok lah dari takde :D
Laki aku memang poyo sikit bila tangkap gambar. Harap maklong
Dekat rumah mak mertua and rumah sedara-sedara laki aku dah layan rendang dengan ketupat palas. Pastu pergi jalan-jalan cari makan lagi.Best balik Taiping sebab husband mesti bawak tempat favourite makan black mountain ni! Aku suka abc ni, sebab kurang manis and just nice rasa dia. Lagi-lagi kalau tengah panas-panas tu,memang layan ahhhh.
Kuey teow goreng pon sedap! Masih teringat-ingat lagi kesedapan nya bila tengok gambar ni. Balik Taiping nak cari lagi ni! heee
By the way, Selamat Hari Raya! (macam boleh wish lagi kan? Raya sebulan kan? hee) Mintak maaf kalau selama berada di arena mem blog (arena mem blog macam pelik tapi harap paham) ada mengguris hati dan perasaan sesiapa sahaja yang membaca. Kadang-kadang mungkin tak tuju kat kau tapi yang kau pergi sentap dah kenapaa. eh?
Mintak maaf bebetul balek. Segala salah dan silap harap dimaafkan dari hujung shawl hingga hujung kaki. Mintak maaf zahir dan batin. Salam kosong-kosong, jom makan sotong!
ok bye!
selamat hari raya cik epal & husband...
ReplyDeleteselamat hari raya ...
ReplyDeleteawet mude btl laaaa muke ibu awk , mmg nmpk cm adik beradik ...
Wahhh cantiknyaaa baju raya akk... happy nyaaa bila beraya dengan suami tercinta.. tak sabar lak nak kahwin.. hahahahaha
ReplyDeleteselamat hari raya cik epal..:)
ReplyDeleteBila lah turn kita pulak nak beraya sebagai isteri. Hihi
ReplyDeleteorang johor memang suka ketupat goreng. tp org negeri lain pelik je bila dengar. tapi lim cuba belum tau kan. sekali da cuba, mau berkali-kali lagi
ReplyDeleteselamat ari raya cik epal n hubby
bila dah kawin and ade anak espcially
ReplyDeletemmg time beraya blik kampugn masing2 la time tuk jenjalan and mecekik/foodie hunting
mcm kami, orang umah setahun cuma boleh cuti 2 kali setahun (CNY dgn AIDILFTIRi je )
so itulah masa nak holiday jugak and spent masa dengan anak2
so sementara tak terikat dengan komitmen keje and keperluan anak2, enjoy la time spend as newly wed.
salam aidilfitri dik
Wahh!
ReplyDeleteCik Epal kluang tinggal kt mne..kte kt taman Intan.. :) Selamat Hari Raya Cik Epal... Sweet ngn husbie thun nie...
ABC tu memang menarik ni... yum yum yum....
ReplyDeletecantik.... thumb up..
ReplyDeleteCantikkk dik epal. Samelah kita. First time beraya as husband and wife. Tapi tahun ni giliran umah somi. Hihi.
ReplyDeleteCantiknyaaaaa dik epal pnya bju raye
Sweet lah pengantin baru ni. Tengok gambar kat ig masa majlis belah lelaki pun cantik sangat. Selamat hari raya akak.
ReplyDeletetang tak tuju tapi dah terasa kenapa. itu cute. minx maaf betul2 balik. comey je cik epal. *baju raya semua cantik2. org cantik pakai apa pun cantik tak gitu? Selamat Hari Raya Aidilfitri Cik Epal. Maaf Zahir dan Batin. :)
ReplyDeleteteringat cite uols time blom kawen... org kata jodoh tak ke mana ek. tahun ni raya laki bini dah korang.. alhamdulillah
ReplyDeletecomelll..
ReplyDeletelaki bini homeyyy cik epal ngn sesebend die ni..
suke2..slamat hari raya!!!
lontong goreng? mmg xpenh dgr pun..huhu..mudanya mak cik epal..serius mcm hakak kot..slamt hri rya utk cik epal & family!
ReplyDelete2-2 muka baby facee.......... dah lama tak komen dekat page cik epal...
ReplyDeletecik epal dah cantik and slimmmm!!
mudanyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee mak awk.....cantik2 laa baju ghaye awkkkkkkkkkkkkkkkkk...sukeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
ReplyDeletenak tanya baju melayu husband tu tempah/beli kt mana ye?cantik la cutting die sbb nmpk slim dan fit elok je
ReplyDeletebaju raya epal cantik..:)
ReplyDeleteOkay..nak tau mana beli baju gold tudung tekois ni.
ReplyDeleteSerios ahkak nak beli ni....
wow..dua2 menarik tertarik ko mmg daBOMMM
ReplyDeletedusty pink lawa jugak yerp.. boleh lah try next year punya raya.. heee
ReplyDeletebtw cik epal lawa lah baju belah malam tu.. selamat hari raya ! =D
biar betull mak c.epal...mudanya nya...dah macam adik beradik..cantik baju n selamat hari raya to c.epal n family..
ReplyDeletewaaaa pengantin baru melompat di awangan tu.. hahaha...
ReplyDeleteCik Epal dah kahwin? Weeeee.. Alhamdulillah dan tahniah ye! Moga kekal sepanjang hayat dan di kurniakan cahaya mata pejuang Islam sebenar.
ReplyDeleteTahniah dah kawen.mak cik epal mmg awet muda
ReplyDeletecantik bj cik epal...suka!
ReplyDeleteSerasi-nya....
ReplyDeleteCantik dan ganteng
Sebenarnya kite org kluang cik epal. Apa nama kampung cik epal? lepas ni boleh la jumpa. hehe
ReplyDeletecantik baju cik epal.. :)
ReplyDeletekaGUM tgk cik epal skang. macam mimpi pun hado. dulu 1st time jumpa cute mute je orangnya. skang dah slimmeli..arghhhh..cantikkknya
ReplyDeleteselamat hari raya cik epal....cantik baju....
ReplyDeleteAaaaaaa ABC tu kat area mana? Menggiurkannnn.
ReplyDeleteNanti p Taiping boleh suruh kawan bawa p sana. Hikhok