Monday, July 14, 2014

Minat menulis memang sejak duduk dalam perut ibu konsepnya





Hello! Berapa ramai yang tengah baca entri ni sebenarnya adalah seorang blogger? Aku pon tak tahu siapa and golongan mana yang baca blog aku. Yang aku tahu aku suka tulis apa yang aku suka dan apa yang aku rasa aku nak tulis. Aku memang suka menulis. Writing has always been one of my passions. Waa cakap omputeh pulekk. Dulu masa zaman sekolah,subject paling aku suka adalah Bahasa Malaysia and Matematik lah. Subjek Bahasa Malaysia and matematik aku tak pernah tak dapat B tau,mesti akan dapat A punya. (eh ter riak pulak.LOL). Memang spesis kalau menulis tu suka beno lah tulis panjang-panjang. Part karangan paling aku suka. Memang panjang berjela cecah lantai aku boleh tulis. Kalau karangan nak 250 patah perkataan, memang kemain laju aku tulis. Ha? Hape? 250 patah perkataan jerrr? Saya up sikit cikgu! Kasi 500 patah perkataan! Weh. Nak panjang-panjang tulis nak kemana? Dan cikgu pon up pelempang doblas das.


Tapi selalu aku dengar arahan ah. Dah mintak 250 patah perkataan. Kita bagi 250 patah perkataan. Dah mintak. Kita bagi. Kita bagi.


Eh buku terbang lah. Power tak aku?

Selain hebat menulis karangan pada zaman-zaman sekolah dulu,aku sangat suka membaca. Tak kisah lah apa-apa jenis buku,semua aku suka baca. Tapi dulu zaman sekolah aku memang ulat buku lah. Memang suka gila membaca segala jenis buku yang ilmiah. 


Time sekolah rendah dulu aku tak suka baca novel dan aku sangat pelik kenapa lah ada orang yang sanggup baca novel yang beribu-ribu lemon muka surat tu. Sewel ke apa baca novel tebal-tebal.Sungguh tak ada life. Tapi bila aku masuk sekolah asrama penuh,terpengaruh gak ah dengan dak-dak asrama ni.Dah aku pulak ikut sewel kehkeh. Novel first yang aku baca novel "Bicara Hati'.Layan gak ah novel tu. Sebab novel tu lah,aku dah ter sangkut suka baca novel.


 Dewasa kini, (eceh) aku dah kurang baca buku,mungkin sebab pengaruh media sosial juga. Dunia di hujung jari sekarang ni membuatkan aku suka juga membaca. Tapi baca facebook,twitter dan blog lah. Bukan baca buku. hehe. Tapi kalau baca benda-benda yang ilmiah,memang berguna juga laman sosial ni sebenarnya. Tapi sambil baca benda ilmiah,kena selitkan baca gosip-gosip juga supaya mata tidak mengantuk.hehe. Selalu ustaz cakap bila baca benda ilmiah ni mata mengantuk ada setan bergayut dekat mata. Tapi di bulan Ramadhan ni setan confirm-confirm kena ikat punya kan? Habis tu mengantuk pasai paaa. Aku pon tidak mengerti.


Sebenarnya dekat atas aku bebel-bebel ni mukadimah je.Suka menulis lah katakannn. Minat menulis memang sejak duduk dalam perut ibu hokayy. kehkeh. Disebabkan hari ni aku baik,aku nak kongsi satu contest ni dekat korang semua. Hadiah contest ni sebanyak RM12,500 dan akan dikongsi kepada 10 orang pemenang! 


Siapa yang ada bakat menulis novel,short stories, puisi, artikel (non-fiction) dan sewaktu dengan nya korang memang sangat dialu-alukan masuk MyCreative Writers Unleashed competition ni! Hadiah nya memang sangat lumayannnn. Dapat cash and manuskrip yang korang tulis tu akan dapat peluang untuk diterbitkan! Serta-merta korang boleh pemes emes dengan bermaruah. hehehe




Tapi apa-apa manuskrip yang korang nak hantar tu kena original korang yang buat ye. Jangan ciplak atau plagiat hasil kerja orang lain hokayy. Kantoi karang buat malu je. Keluar rumah nanti kan dah susah kena cover kepala guna tin biskut. Takmo takmo takmo tiru hasil orang ok!



Ni details pasal contest ni:

Pertandingan MyCreative Writers Unleashed: Pencarian Manuskrip Terbaik
Pertandingan MyCreative Writers Unleashed diadakan untuk menggalakkan dan meraikan kreativiti penulis-penulis Malaysia.

Objektif utama pertandingan adalah untuk:
• Memartabatkan industri penulisan tempatan dan sekaligus menggalakkan lebih banyak penulis menghasilkan karya-karya kreatif.
• Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada karya penulisan terbaik Malaysia.
Tarikh tutup Pertandingan MyCreative Writers Unleashed adalah pada 5 Ogos 2014. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan manuskrip akibat proses penghantaran.


Cara-cara untuk menyertai pertandingan
Penyertaan hendaklah disertakan bersama-sama:
1. Borang penyertaan pertandingan yang telah lengkap diisi (Borang boleh dimuat turun melalui laman sesawang MyCreative di www.mycreative.com.my ).
2. “Softcopy” manuskrip dalam bentuk PDF dan Word format.
3. Gambar terkini penulis (dalam bentuk “softcopy” dengan saiz tidak melebihi 1 Mb).
4. Biografi pendek penulis tidak melebihi 200 patah perkataan.
5. Rumusan manuskrip tidak melebihi 200 patah perkataan.
6. Salinan MyKad penulis.
Untuk penyertaan sila emel ke: writersunleashed@mycreative.com.my
Untuk sebarang pertanyaan sila emel ke: enquiry@mycreative.com.my


Siapa yang ada bakat terpendam menulis tu,jangan lupa join contest ni tau! Mana tahu rezeki korang untuk menang dan dengan hasil penulisan boleh menjana pendapatan juga kan? :)



17 comments:

  1. cik epal masuk .. nampaknya Nat xde peluang r

    ReplyDelete
  2. Menarikkk contest ni! Btw, maybe Disebabkan umoq sama, kita samalah baca first novel đź“– bicara hati..B-)
    Zaman sama.. Suka Sangat novel tu.. Suwwwiiittt sangattt.. Pastu dok carik karya Aisha Sofea ja.. Hihi..

    ReplyDelete
  3. gituhhhh.. entry baik punya introduction!! kelas kakak!!!

    ReplyDelete
  4. intro dy punye wow..last2 ade contest..huhu

    ReplyDelete
  5. Assalam...lama tak mai sini....huhuhu..

    ReplyDelete
  6. Saya pun minat gak menulis nih. takpe takde la sampai tulis novel. tulis thesis yang seciput ni pun rasa macam berpinar biji mata dah..haha

    ReplyDelete
  7. alamak....
    aida x suka baca novel!!!

    ReplyDelete
  8. Assalam... thanks sharing info ye.. :)

    ReplyDelete
  9. samalah kita kak, novel pertama saya pun novel bicara hati, first time baca novel tu tahun 2005. Sampai sekarang ingat lagi ceritanya.

    ReplyDelete
  10. amboi dalam perut lagi tu yg tak tahan..

    ReplyDelete
  11. Mrs. A suka...baca novel ada juga collect sesikit.
    Menulis??!!.. huhuuu.huu tak kot.

    ReplyDelete
  12. Dulu masa.sekolah menengah rajin juga bahan novel,cerpen.skrg.dh keje kene baca buku ilmiah,parenting dan motivasi plak.

    ReplyDelete