Monday, March 17, 2014

Cousin's wedding and pregnancy test

Haritu pergi wedding cousin aku dekat Johor. Selalunya kalau balek kampung,adik-adik aku yang lain mesti ikut. Tapi tak boleh balik masing-masing. Aku sorang je lah yang datang ikut ibu dan ayah aku. Cousin aku ni pulak kawen dengan jiran belakang rumah. Harini majlis perempuan,esok nya majlis belah laki pulak.



Ni dekat majlis perempuan. Gambar pengantin tak ambil. Ambil gambar sendiri je banyak.  Dengan ibu aku. Ibu aku dah nampak macam rakan sebaya aku ni dah kenapa?? *stress mak enon*




Punya lah lama aku ni tak balek kampung. Dah besar dah anak-anak Bella (sejenis kucing,bukan orang) ni. Comel gila Tiger dengan Molly ni. Dok main-main dengan kucing,pastu cousin aku kata,anak Bella ada lagi 7 ekor dekat belakang. Ha?? 7 ekor?? Mantap gila produksi kilang si Bella ni. Asal balek kampung je beranak. Asal balek kampung je beranak. Ko dah tak ada kerja lain ke nak buat Bella?? haha




7 ekor budak nak keluar sangkar. Comelnya engkorang ni!! Semua sepesen je,sekor je warna lain.




Weh bunga manggar. Ko tak boleh tinggi lagi ke?

Tiba lah hari wedding belah laki yakni cousin aku. Time ni tak ada orang datang lagi,nak karok boleh ah karok. DJ pon dah sampai. Cantik sangat ah tu.



Dok pegang-pegang bunga manggar ni,habis tertanggal-tenggal benda rambu-ramba kuning hijau tu. Terpaksa letak balik dekat tempat asal. Karang pengantin sampai mahu togel bunga manggar ni,semua jatuh.




Sekali ada pulak yang kenal 'cik epal'. haha jarang aku balek kampung jumpa orang yang baca blog ni. 





Dengan cousin. Bakal doktor ni. Tak sure available lagi ke tak. Tapi macam tak. LOL




Adik-adik pengantin,cousin aku gak. Dua-dua pregnant dua bulan. Dua bulan ke berapa bulan tah,aku pon tak ingat. Ni ada harapan masa wedding aku nanti perut besar dah memasing. Tapi memasing kawen dengan orang Johor. Kira nya menantu paklong aku ni semuanya orang Johor.  Dari muda sampai tua menghadap orang Johor je.Tak berkembang betul generasi! haha


Ini lah pengantin. Pekerjaan pengantin lelaki adalah bonzer. Kau berani nak cari pasal dengan dia? Sekali dia hayun penumbuk,terus nyawa-nyawa ikan kau. Dan ini je lah gambar pengantin yang ada dalam phone aku. Nasib lah semua pejam mata :D


Selamat pengantin baru Abang Jip dengan Kak Nisa. Semoga kekal hingga ke syurga. Make a cute babies fast!! 






Dah habis majlis lapar lah pulak. Makanan semua dah habis. Depa beli dominos pizza. Menternak lemak lah di hari itu makan pizza. Dah lama gila kot aku tak makan pizza. Sedap jugak dominos pizza ni :D



Pastu sesi bukak hadiah. Ada satu hadiah yang paling unik bagi aku iaitu pregnancy test! haha. Ni adik pengantin laki ah yang bagi ni. Masa kitorang beli pizza,singgah jap farmasi beli pregnancy test nak bagi hadiah dekat abang jip katanya. Tak nak bagi kantoi,pregnancy test tu dia pi letak lak dekat dalam handbag aku. Masa dalam bilik mak aku nampak lak benda alah ni dalam handbag aku. Terjegil mata dia,dia dok ingatkan aku yang nak guna.haha. Pastu cakap,"ish bukan lah,ni Nor yang nak bagi hadiah dekat abang Jip"


Bila Abang Jip dengan Kak Nisa bukak hadiah ni,semua dok gelak-gelak ingatkan orang kampung bagi. Padahal cousin aku yang bagi. Tapi kalau Abang Jip baca entry ni,kantoi lah siapa pemberi hadiah ni sebenarnya haha.



 Pastu maklong aku sound setepek "Ni buat test je,dah test nanti jangan letak dekat instagram ke facebook ke apa-apa pulak. Jangan excited sangat. Eee tak paham kenapa budak-budak sekarang ni tak senonoh sangat nak letak ujian air kencing dekat facebook dengan instagram. Kan kotor benda tu. Tu pon nak tunjuk dekat orang"


Tudiaaa statement maklong aku.Makan dalam. Sentap hati mak enon! haha



ok bye!




36 comments:

  1. salam kenal...alahai,tomey kucing2 tu na...lawak betullah...boleh plak bagi prenancy test...hahahaaa....jemputlah singgah blog cik nat...destinasi cinta blog...tq

    ReplyDelete
  2. memang makan dalam statement maklong cikepal....hehehhe

    ReplyDelete
  3. Nor dah pregnant ye! Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  4. kurusnye cik epal..share rahsia please

    ReplyDelete
  5. Nak pilih calon isteri tengoklah maknya dulu so confirmlah pilihan yang betul sebab mak comey je lagi haaa...

    ReplyDelete
  6. pm harga anak kucing yang kaler lain tu. thanks cik epal merah !

    ReplyDelete
  7. ada betulnya cakap maklong tu. pesan orang tua2 ada baiknya. ikut je lah... takut ramai yg sentap nanti...he3

    ReplyDelete
  8. haha. idea yang bagus ni hehehe :P
    http://notamanjaku.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. hahha . idea yang bernas. boleh la kalau nak buat nakal bila kawan kawin hehe
    http://notamanjaku.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. lawak je tang pregnancy test tu...

    ReplyDelete
  11. creativenya wedding gift tu heheheh

    ReplyDelete
  12. hahahaha..pregnancytest tu tak tahan..nasibaik orang terdekat yang bagi..kalo orang tak dikenali apa la perasaannya..hihihihi
    http://halimatussaadiah-itus.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. Memang ada btulla ye gak. Orang dulu-dulu selalu ingatkan awal pregnancy jangan excited sgt. Skrg ni mmg budaya ske bgtau. Lagi satu ske upload gambar susu yang dah siap dipam .. adehh ..

    ReplyDelete
  14. hahaa..lawakk..tp akak cantikk..

    ReplyDelete
  15. Dah dpt idea nk bg org hadiah ape lps ni.. hehe...

    ReplyDelete
  16. Dah dpt idea nk bg org hadiah ape lps ni.. hehe...

    ReplyDelete
  17. btul2 .. takpayah nak show off .. huhu

    ReplyDelete
  18. cik epal,cousin awk yg bakal doc tu,kwn sekolah rendah kita lah..nasih sakinah kan nama dia?hehe

    ReplyDelete
  19. pregnancy test dengan susu hasil perah.
    memang akak takbleh blah orang show off ni kat laman sosial.pehh.

    ReplyDelete
  20. betul gak kan psl pregnancy test tu.. so better letak gambar scan baby kan.. :D

    ReplyDelete
  21. perghhhhh stetmen membunuh hahaha

    ReplyDelete
  22. hahahaha. boleh try bagi nih hadiah cenggini kawen abg nanti. hahaha.

    ReplyDelete
  23. comey rupanya cik epal ni..first time singgah sini...

    ReplyDelete
  24. bha.. hadiah satu tu sangat-sangat lain dari yang lain. wakaka..

    ReplyDelete
  25. Hahaha.kawan aku lagi bodo.
    dia nak beli vibrator.bodo nak mampus.

    ReplyDelete
  26. harap2 pengantin tu tak ingat benda tu termometer... heeee

    ReplyDelete
  27. betul tu sangat memalukan actually. tp ramai yang buat sampai tak kesah jer.

    ReplyDelete
  28. Tak terfikir la pulak hadiah pregnent test tu..tp bernas jgk..sblm nie mmg png hadiahkan lesung batu..tp nie lg best hadiah dia..menarik nie..hehhe..ikhlas dari www.tepakku.com

    ReplyDelete
  29. hahaha... lawak... nasib baik tak bagi tong gas.. ada yg pernah bagi tong gas pulak tuu...

    ReplyDelete
  30. hehe...baju cantik la cik epal oiii...pasal pregnancy test tu mmg idea yang best...nnt pengantin bukak hadiah mesti gelak besar...hahaha...

    ReplyDelete