Friday, February 14, 2014

Hilang kan kemarahan dengan online shop penipu bila naik basikal hipster

First time aku kena tipu dengan online shop satu ni,tapi orang ni meniaga from facebook lah,tak ada website. Tapi memang tak leh blah ah akak ni menipu aku. Ok nak jadikan cerita aku beli barang from satu facebook ni,dalam RM100 jugak ah barang aku beli tu. Pastu dia kata dah pos,aku pon ok lah kan. Tapi barang nya dah sebulan tak sampai-sampai. Ni aku dah pelik ah. Selama ni aku beli dekat online shop (tak kira ah blog,facebook or instagram). Memang tak pernah ah sampai sebulan aku tak dapat barang.


Pastu aku whatsapp elok-elok tanya tracking number sebab dia kata dia dah pos. Dia tak reply. Esok nya aku tanya lagi tracking number,dia tak reply gak. Lusa nya aku tanya tracking number lagi. Ko rasa dia reply?? Nan hado! Tak reply jugak. Yang aku jadi hangin nya sebab whatsapp aku tu delivered. Aku kol tak angkat. Ok fine lah. Sebab masa aku bersembang dengan dia dekat whatsapp and pm facebook dulu dia kata dia ada kedai dekat Shah Alam. Kot-kot lah aku boleh ambil barang aku dekat kedai dia.Dengan alamat yang dia pernah bagi dekat aku,aku pon cari ah kedai dia dekat Shah Alam tu. Dalam alamat tu kedai dia tingkat 2.


Aku ajak si SS tu pergi sekali. Ye lah aku perempuan,kaum yang lemah (ecehh) kena lah ada yang protect. Takut jugak nak deal dengan penipu ni sebenarnya. Dah sampai Shah Alam dengan alamat tu,kitorang naik lah tangga sampai tingkat 2. Yang si SS ni tak menahan siap cakap "ish rm100 pon nak menipu,tak sabar nak belasah orang ni" . Cehhh dah habis gangster ah tu agak nya.


Naik je tangga. Jumpa satu kedai macam kedai kecantikan.Aku pon tekan ah loceng kedai tu,tunjuk alamat dekat dia. Betul ke ni alamat kedai dekat sini. Tapi yang keluar,chinese. Dia kata betul.Mungkin dekat tingkat atas. Sebab kedai ni tingkat 1. Aku tak rasa ah aku deal dengan chinese selama ni. Sebab akak tu melayu. So naik lagi satu tingkat. Dalam perjalanan nak naik tu,perghhhhhh bau nya satu macam woh. Memang menusuk nusuk lah ke dalam rongga hidung ni.



Naik je sampai tingkat 2 tu kau rasa aku berjaya tak jumpa akak tu?? Sebenarnya alamat yang dia bagi tu,alamat rumah sewa bangla!!! Perghh hangin betul dengan akak ni. Dah ah barang aku tak sampai,pastu alamat kedai,dia boleh bagi alamat rumah sewa bangla? Apa kau rasa kalau kau dekat tempat aku? Rasa oren?


Aku turun balek,jumpa owner kedai makan bawah tu. Tunjuk alamat dekat sorang abang ni.Kot-kot lah aku tersilap ke apa kan. Dia kata alamat betul dah.Tapi alamat yang aku tunjuk ni memang rumah sewa bangla dekat atas tu. Abang tu pon dah pelik dah apa ke hal nya aku sibuk nak datang rumah sewa bangla kan. Aku pon tunjuk gambar owner facebook tu. Abang tu kata dia tak pernah nampak lak perempuan ni.So memang confirm aku kena tipu ah ni.


Sebenarnya ni kali ke dua lah aku kena tipu dengan online shop. First time aku kena orang tu kata dah pos,tapi barang tak dapat. Bila aku mintak tracking number tak bagi,last-last owner tu refund. Sebab dia dah refund,aku rasa dia bertanggungjawab jugak ah. Yang kes aku cerita ni, agak tragis jugak lah sebab mintak alamat kedai tapi pergi bagi alamat rumah sewa bangla. Pastu barang tak dapat and tak refund. Mintak tracking number tak bagi-bagi sampai sekarang. Whatsapp tetiba pulak dah tak reply. Sebelum ni kemain peramah. At least reply lah bagi tahu apa reason kan? kot-kot lah sebenarnya barang tak hantar lagi ke apa.Tapi yang bagi alamat rumah sewa bangla tu memang aku tak paham ah. Motip?? Memang hazabedah betul ah.


Online shop yang ada ni please lah kalau dah hantar barang dekat customer sila bagi tracking number. Kita as a customer pon kena lah tahu kegunaan tracking number tu jugak. Tracking number tu untuk kita cek barang yang online shop pos tu dekat mana sekarang. Kalau ada online shop yang tak bagi tracking number and barang kau tak dapat-dapat,memang sesuatu lah tu. Kalau yang jenis tak bagi tracking number tapi barang dapat tak apa. Ni barang sampai sekarang tak dapat. Ni aku kena rm100. Nasib baik lah bukan seploh ribu.Kalau tigaplohnam orang yang kena tipu dengan akak ni,tak ke beriban income yang dia dapat. Kalah Dr Rozmey hokayyy!


Ringan je tangan aku nak letak gambar owner dengan nama facebook dia ni. Tapi tak apa lah,harap nya akak tu hidup dengan tenang dan bahagia je lah dengan suami tercinta.


Dah alang-alang ada dekat Shah Alam ni,kitorang pon tak tahu mana nak pergi.Tapi macam dah lama tak pergi Setia City Mall. Masuk mall cam bosan,pastu pergi lah dekat taman depan Setia City Convention Centre. Sekali nampak benda ni.



Akak dan abang yang jual tu cakap ni basikal. Kalau nak naik,satu round rm5. Aku pon macam. "eh basikal? macam mana nak kayuh ni bang?"


Pastu abang tu tunjuk ah cara nak kayuh,nak gerak kan benda tu,kena ke kiri dan ke kanan kan kaki kita dekat paddle tu. Pastu aku pon try ah. Macam best je,macam seronok je .

Mula kan pecutan. Weee. Best memang best tapi lenguh gak kaki sebenarnya.Siapa nak exercise nak kecil kan paha tu boleh ah try! Ahak!


Weeee seronok nya. Seronok lah tetiba jadi kanak-kanak ribena ni.kihkih. Tapi part paling best bila turun bukit,sebab tak payah kayuh dan tak penat. Ada aku letak video dekat instagram aku time aku turun bukit.

Ni lah yang acah-acah gangster nak belasah orang tu cehhh


Tapi part naik bukit aku suruh dia kayuh. Dasar pemalas memang gitu. Nak part yang best-best je,part yang tak best dan memenatkan kita bagi lah orang lain buat. hakhak. Sampai dua kali ah aku patah balik turun bukit tu.


Aku nama kan basikal ni. Basikal hipster. Haha suka hati je bubuh nama basikal hispter. Sebab tanya akak dengan abang tu,dia pon tak tahu apa nama benda ni. Tapi akak dengan abang tu peramah ah. Layan je ah apa benda kitorang tanya. Boleh lah korang try naik basikal hipster ni pulak nanti.heee




Kalau ada sesiapa yang buat online shop yang baca entri ni. Jangan buat perangai pelik-pelik dan hazabedah ye. Kalau tak ada kedai,cakap je lah tak ada.Jangan bagi alamat rumah sewa bangla hokay! kihkih



ok bye!




35 comments:

  1. dik epal, bagi je lah nama fb dia..supaya org lain pun x tertipu lagi..berani dia tipu blogger femes...nak kena lempang ni!!

    ReplyDelete
  2. memang sangat berhati2 kalau nak membeli secara online ni...

    ReplyDelete
  3. hohoho...tak baik itu worang.baik lagi mujibur.hihihii

    mungkin dia rasa seronok makan duit tipu orang.huh!

    ReplyDelete
  4. kne bg tau online shop mne cik epal, kalau tak org lain akan jadi mangsa ... hangin jugaklah dgn org penipu mcm nie...

    ReplyDelete
  5. Moga akak tu sedar dan berubah dan tidak lagi buat macam tu..
    Basikal tu macam menarik.. eemm.. nak try lah nanti, bukan jauh mana dah pun tempat tu.. hehehe..

    ReplyDelete
  6. dulu rajin gak shopping online lani dah malasss...kawan sy kena tipu Rm1000.00 beli camera DSLR online langsung tak dapat apa....hanya mmpu wat report polis je la T__T

    ReplyDelete
  7. Sabar jelah cik epal..biar ALLAH bls perbuatan dia tu..hopefully,dia sedar lah nnt..amin :)

    ReplyDelete
  8. tak dpt gambaran lagi mcm mana cara kayuh huhu..

    ReplyDelete
  9. haha, nasib baik setakt ni tak pernah tipu. minta dijauhkan.

    ReplyDelete
  10. Cara yang baik untuk lepas tension....Good for you cik epal..(^_^)

    ReplyDelete
  11. betul betul. nak beli barang online ni kena berhati hati. btw omeynya tengok cik epal naik basikal hipster. tak pernah cuba lagi. :)

    ReplyDelete
  12. bg je pic kakak tu, takde la org lain pulak kena tipu lepas ni cik epal :D

    ReplyDelete
  13. salam jumaat :) syira singgah sini :)

    ReplyDelete
  14. hahahaha.. mula2 baca entri ni rasa geram dengan org yg menipu tu, tapi bila baca tang akhir2 ni pulak.. rasa kelakar n comel lea pulak cik epal naik hipster tu.. hik3.. hipster lea sangat yea.. hik3.. pandai2 jea dia yea.. ki3..

    ReplyDelete
  15. saya pernah kena RM700 lebih kurang, beli dari online shop macam groupon/lazada macam tu. tapi tak ingat apa nama sebenar website tu. RM700 untuk stroller quinny zapp extra, kurang separuh harga, sapa taknak?? walaupun ada ragu2, tapi try, tapi kena tipu..terasa bod** pun ada, tapi masa tu baru berjinak-jinak beli barang online, jadi tak berapa berhati-hati sangat..saya tak doakan dia hidup bahagia cik epal. saya doa hari2 dia mimpi duit RM700 yang dia tipu. hari2 mimpi boleh gila tu. dah gila, tak boleh dah menipu orang. heh heh heh...terasa kejam..tapi padan muka.. hahaha gelak syaiton!

    ReplyDelete
  16. geramnya rasa peniaga gitu.....

    ReplyDelete
  17. hmm memang hampeh ye the owner of the online shop tu >.<

    nampak comel je basikal hipster tu hehe

    ReplyDelete
  18. Tunjuk je gambar dia.entah2 sekarang dia tengah sakan dok menipu lagi.

    ReplyDelete
  19. kak macamana akak jaga muka & apa jenis cream & pencuci muka apa akak guna?

    ReplyDelete
  20. Sy pun pnh kne tipu beli wideshawl rm57 Kat instagram ardourofficial..8k uolls followers dia..tu yg rase sakitnye hatiiiii

    ReplyDelete
  21. Sy pun pnh kne tipu beli wideshawl rm57 Kat instagram ardourofficial..8k uolls followers dia..tu yg rase sakitnye hatiiiii

    ReplyDelete
  22. memang hazabedah btol. Bangla lagi bagus berniaga kalau mcm tu gaya. :P

    ReplyDelete
  23. sedih melayu tipu melayu niiii

    tak pe kak. dengan duit yg tak berkat tu tak kemana dia tuu
    sabarrrrr eh. Allah ada..

    ReplyDelete
  24. hazabedah b tul....kalu dpt wajib maki sikit....hukhuk

    ReplyDelete
  25. saya pun pnah.siap bg no tracking palsu n beria kata mlm tu jugak dia pack.tp 2 minggu contact n msg brg xsmpai.jual al quran tp hati busuk

    ReplyDelete
  26. saya pun pnah.siap bg no tracking palsu n beria kata mlm tu jugak dia pack.tp 2 minggu contact n msg brg xsmpai.jual al quran tp hati busuk

    ReplyDelete
  27. bestnya... sya g setia alam sebelum ni x nampk pun.. dkt area mana eh...

    ReplyDelete
  28. lawak.tapi stress management Cik Epal sangat successful :l

    ReplyDelete
  29. RM100 pun banyak jugak tu..anyway, macam best je basikal tu..hehe

    ReplyDelete
  30. lbh baik bg gmbar skali & sumber FB dia utk elak org lain kne tipu...

    ReplyDelete
  31. nak marah baca cerita tapi tersenyum bila tgk gambar

    ReplyDelete
  32. Sakit hati baca pasal on9 peniaga macam ini menjatuhkan maruah peniaga2 on9. Semoga orang orang yang menipu on9 diberi hidayah. Jangan nanti terkial2 di padang masyhar nak cari orang yg buat dia telah aniaya utk mintak maaf.

    ReplyDelete