Thursday, January 9, 2014

Tips kurus Cik Epal part 2

Hye uolsss! Harini rajin sikit nak menaip. Entri ni untuk yang selalu dok tanya tips dekat instagram ( http://instagram.com/cikepal06 ) . Sekarang ni blog macam diabaikan pulak sebab malas nak online guna laptop. Update apa-apa dekat phone je. Teknologi makin canggih memang buat manusia makin malas. haha :D


Tips kurus yang pertama, jangan banyak alasan. Orang gemuk ni memang selalunya banyak alasan (tak payah pergi jauh,aku pon banyak juga alasan nya dulu sebab aku pon gemuk). Antara alasan favourite yang orang akan guna:

@ tak pe lah. Esok lah exercise
@ ko genetik kurus,memang senang lah nak kurus
@ tak ada masa lah. kerja! mana sempat
@ dekat uni payah lah nak cari makanan berkhasiat
@ healthy food ni semua mahal!
@ Malas lah nak exercise. Telan je ubat kurus
@ Sakit lutut lah,lenguh lah badan,malas lah nak exercise

Dan macam-macam lah lagi alasan. Sebenarnya nak seribu daya,tak nak seribu dalih. Kalau dah memang betul-betul nak kurus,memang boleh kurus! Semua orang boleh. Nothing is impossible pon dalam dunia ni. Kalau dah tak nak tu, memang macam-macam lah alasan kan? Semuanya NAK atau TAK NAK je.


Orang zaman sekarang ni suka beli ubat kurus yang melambak dekat pasaran. Iklan ubat kurus pulak mesti tulis "tak perlu bersenam". Pastu dok lah depan tv,makan jajan,cheesecake,pisang goreng then expect akan kurus dan dapat kurang berat badan 10kg seminggu. Sebab tulah kot produk kuruskan badan ni sangat laku dekat pasaran sebab memang masing-masing dah malas nak bersenam. Nasihat aku tak payah lah makan ubat-ubat kurus ni. Kesan jangka panjang kite takkan tahu. Kang rosak buah pinggang mana nak cari? Exercise dan jaga makan lah paling berkesan sebenarnya :)



Meh layan gambar before dan after. Korang ni kang kalau tak tepek gambar mula lah cakap tips menipu lah,macam tak pernah gemok lah apa lah. haha





Jangan tanya berapa lama aku ambil masa or berapa berat aku dulu dan sekarang. Sebab aku malas nak timbang berat aku. Penimbang aku adalah CERMIN sahaja. Time gemok dulu memang lagi malas lah kan nak timbang berat. Sebab mula-mula aku tak expect untuk kurus pon sebenarnya,sebab bila aku fikir aku nak kurus,mesti tak jadi. Mesti gemok juga macam badak. So aku jalankan healthy lifestyle sahaja. Bila healthy lifestyle,aku rasa macam badan aku pon semakin ringan. Dah alang-alang turun berat, aku teruskan saja lah healthy lifestyle :)



Ni lah selalu tanggapan salah bila berdiet. Bila diet je tak makan. Jangan tak makan uolss. Tu dah menzalimi diri sendiri dah tu. Nak diet kena makan. Jangan tak makan. Makan makanan berkhasiat. Dont eat less. Eat right! Yang penting 'eatclean' . No fast food, no processed food, no junk food, no oily food and etc. 70% healthy food. 30% workout. It takes time. Bukan minggu ni jaga makan dan exercise, minggu depan dah boleh kurus uolsss. *pitam mak* 



Elak kan minum minuman bergula. Air gas memang tak payah ah minum kan. Kandungan gula dalam air gas memang kaw-kaw punya tinggi. Kalau aku makan dekat luar,selalu aku akan order air limau nipis tanpa gula atau air kosong. Dua air itu sahaja air yang aku akan order. Kalau makan tu, agak-agak bila aku dah rasa kenyang aku akan stop. Tak ada nak dah nak tambah lauk ke apa.

Rasulullah SAW pon ada ajar "Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang"

Maksudnya biar bersederhana. Bila kita makan dalam keadaan terlampau lapar tu yang menyebabkan kita akan makan dengan lahapnya. Ramai yang tahu pasal ni tapi tak ramai yang nak praktik kan. Padahal benda ni memang bagus :)



Setuju sangat!

Menu diet aku? Boleh tengok dekat entri-entri ini:
@ Menu diet cik epal part 1
@ Menu diet cik epal part 2
@ Menu diet cik epal part 3

Entri workout:
@ Tips kurus cik epal



Nak lose weight kena SABAR dan JANGAN GIVE UP ok! Buat cara natural (makan healthy food dan ecercise) lebih elok. Badan pon sihat. Ingat, kita ada satu badan ni je untuk kita guna sampai ke tua. Sayangilah body anda. Good luck! :)



ok bye!




33 comments:

  1. Fuiyoooooo great job cik epalss !

    ReplyDelete
  2. agree completely... dulu mmg cukup malas nak workout tp berangan nak badan macam Adriana Lima. Siap pergi London Weight Management and telan segala jenis pill. Skang da dekat sebulan eating healthy and workout everyday for 30 minutes. Even berat badan tak turun rapidly but the firs 2 weeks rasa badan ringan nak baju yang dulu ketat macam balut nangka, now da longgar.

    Lelama working out and eating healthy dah jadi habit. Rasa if sehari missed workout rasa tak complete.Im very pleased with your transformation. Do keep it up.. My highest respect for you on making a massive change in your life and i hope you will inspired others too... :)

    ReplyDelete
  3. woowww . macam tak caye dkt healthy life dapat badan macam ni . tapi tu lah reality nye kan . thanks for sharing .

    ReplyDelete
  4. nampak lah perubahan ketaranya =) cik epal makin cantik ^__^

    saya nie nak berisi sikit, tapi berat makin turun pulak T__T memang selalu gunakan alasan favourite yang cik epal senaraikan tu.. selalu sy ckap sy nie jenis genetik yg kurus susah nak tambah berat just like my father before he got married. lepas kahwin barulah dia berisi.. jadi sy selalu assume sy akan berisi lepas kahwin..

    makan sy tak pernah skip, dan sy selalu makan jauh lebih banyak drpd kawan2 sy yg lain.. tp berat tetap kat situ jugak, ada tu siap makin turun berat lagi.. haihhh penat sy deal dengan berat badan sy..

    dan sy pon xfaham kenapa sy luahkan kat sini -___-
    maaf cik epal..

    ReplyDelete
  5. Nk kurus,kena minum air masak byk2 supaya ia blh wash out ur body..try stop take minuman yg bergula..minuk air masak je..InsyaALLAH akan berjaya ;)

    ReplyDelete
  6. Alahaiii nak kurus jugak mcm cikepal. Thanks for the info ;)

    ReplyDelete
  7. cik epal. runcing nya jari awak haha

    ReplyDelete
  8. serius kurus!! tapi dulu pun bukan gemuk pun cikepal, comel jgk.

    ReplyDelete
  9. Dah cun melecun lepas kurus. ^_^ tahniah

    ReplyDelete
  10. comel jer tgk..huhuhu...bab nk bsenam mmg byk alasan...huhu

    ReplyDelete
  11. Cantik cik epal...
    Nakk kurus juga....
    Skrg duk diet.... Tpi jap diet jap tak...omg....
    X leh tgok kfc....wajib mkn!! Hihihi...
    mcm mna nk diet...huhuk

    ReplyDelete
  12. huhuu.. skrg sy umo 21, bdn sy naik mndadak bla umo 17, dlu keding je but skrg bdn sy mcm jmbu, besar bhgian bwh. apa yg sy perhati, dlm msa 3 thun, berat sy naik 7kg. skrg nk trun sgt susah, menyesal sgt..

    ReplyDelete
  13. good luck... :-) yang penting dapat kurus n sihat ye

    ReplyDelete
  14. waa..che epal getting slimmer n even healthier...congrats! i realy love reading ur blog.

    ReplyDelete
  15. this is so inspiring, orang yang memang dah kurus pun boleh apply dalam hidup to have a healthy lifestyle. Congrats! :D

    ReplyDelete
  16. Cantiknya cik epal dah kurussssssssssssssss :D

    ReplyDelete
  17. ok..satu je nak ckp..aku memang kagum dengan cik epal...kurus ok skrg..dan makin cantik...pas beranak ni, memang nak follow menu diet2 tu sume...

    ReplyDelete
  18. congrats berjaya kurus kan badan.... bila usaha kita terbayar memang bahagia...makin chumels...hhee

    ReplyDelete
  19. thanxx for the tips! pasni nak kuruihhh jugaakk ahh.. ct nye bentuk badan mcm buah pear! xsuke..xsuke.. haha.. =D boleh jadi inspirasi cik epal kite nih! =D

    ReplyDelete
  20. tips yang menarik akak :) kadang kadang, bila kawan kata kita gemuk rasa give up sangat. thank you.

    ReplyDelete
  21. lama tak melompat2 blog.. tetiba teringat kat cik epal... berapa lama nak mencapai perbezaan macam dalam gambar before and after tu? thanks sebab upload gambar menu2 sihat.. sangat cantik!

    ReplyDelete
  22. dulu cam comey je haha... btw cik epal please jgn kurus sngt nanti nmpk xcantik. skrg neh just nice okey =) keep it up

    ReplyDelete
  23. Thanks cik epal for the tips! bila majlisnya?? macam tak sabaq je nak tengok cik epal pakai wedding dress..ngeee

    ReplyDelete
  24. Cik epal, mind to share, how u lose inch for lower body esp peha? body u nmpk balance.. upper n lower body.. i ada prob mcm u jgk sblm ni, right now dh lose weight byk tp utk bhgn peha tu susah sgt..pleaseeeee share.. nk kawen lg few months ni.. :'(

    ReplyDelete
  25. Zumba dance db bt diet yg betul...mmg laju berat trn...

    ReplyDelete
  26. Zumba dance dn diet yg betul ...mmg laju berat trn....

    ReplyDelete
  27. cik epal, nanti share la cara makeup gaya cik epal..cantik laa..natural je..ke dah memang natural lawa cenggini?

    ReplyDelete