Wednesday, January 22, 2014

Taman Layang-Layang dan Che Ta

Dah lama tak pergi Taman Layang-Layang ni,padahal selalu je lalu-lalang sini tapi jarang ah nak masuk. Ada sekali tu tetiba rasa nak masuk,kita pon masuk ah jap.


Sekali nampak orang jual sengkuang calit! Terus beli tanpa berfikir nambelas kali. Beli yang sebesar saiz muka terus baru puas! kihkih. Dah lama gila tak makan sengkuang calit ni. Dulu time kecik-kecik bila balek sekolah mesti beli sengkuang calit dengan satay ikan hari-hari. Sekarang ni dah jarang ah nampak orang jual. Kalau nak pon,selalu beli sengkuang dan celet sendiri kuah rojak Mak Bee.Tu kalau dekat rumah ah. Tapi kalau makan sengkuang calit dengan kuah/sos merah-merah ni baru feeling lebih sikit :D



Aku upload gambar ni dekat instagram aku (http://instagram.com/cikepal06) .Pastu ada yang kata "tak main giant bubble ke dekat situ?"


Laaa ada giant bubble ke dekat sini? Tak perasan pon. Tak apa,esok pergi lagi ah nak main giant bubble pulak. Esok nya public holiday pulak hari tu.


Merata cari giant bubble tapi tak jumpa pon. *hampa hati mak jemah*


 Orang jual layang-layang banyak ah. Jumpa bubble pon yang jenis budak-budak kecik selalu main tu je.Sebab kempunan nak main giant bubble tak dapat,beli je ah bubble ni.




Hmm main je lah. Janji bubble!



Tak ada lah GIANT bubble sangat. Ni versi NOBITA bubble barangkali.



Last-last tak larat nak main. Letak je mende alah tu dekat angin. Biar angin je mengeluarkan bubble tu semua sendiri. Serious rasa macam kanak-kanak ribena je main bubble ni. Last-last ada nampak budak kecik lalu lalang. Aku sedekahkan aje bubble ni dekat budak itu. Dah nak habis separuh buih dalam tu,baru terasa segan nak main.kihkih


Habis dah cerita pasal Taman Layang-Layang. Aku balek rumah haritu,tengok si Lilo Tonggek ni dah beranak dah. Tah sapa-sapa tah laki dia. Baru nak kacuk dengan kucing parsi kawan aku, tapi dia dah gelojoh cari laki sendiri pulak. Asal nya ada 3 ekor anak dia,tapi si Lilo Tonggek ni macam bengap-bengap sikit. Anak dia dah tersimpul tali pusat nya dan tersangkut-sangkut,dia bukan nak gigit. Dia buat dekk je. Tapi ibu aku lah tolong bidan kan,potong tali pusat.Tapi tak berjaya juga diselamatkan. Tinggal lah sekor dalam gambar ni.


Anak Lilo Tonggek ni betina. Nama dia adalah CHE TA. Nama dia aku yang bagi.Bab bab bagi nama kucing dekat rumah aku ni,memang kerja aku lah.Kalau bab buang tahi,tu aku tak nak sentuh.Aku serahkan kepada ibu dan adik-adik aku je kerja membuang tahi ni. kihkih. CHE TA ni pon boleh tahan juga tonggeknya. Macam si Lilo tu lah. Anak beranak begitulah kan. Mana lah tak tumpahnya kuah bolognese kalau tak ke spagheti. Gituwww.


Harap CHE TA ni dah besar menjadi anak yang solehah. Semoga bertemu jodoh dengan kucing caucasian. Baru lah omputeh dan kembang sikit bulu-bulu anak engko ye. hehehehe :D



ok bye!








23 comments:

  1. ingat dulu tempat first dating dgn encik hubby dekat taman ni la..sambil tgk orang main layang2..heheh

    ReplyDelete
  2. Lama tak makan sengkuang calit. hehe
    Wahhh, giant bubble o.O Amazinggg.! Hihi. Dekat Kulim,tkde pun mcm tuu. :(
    Teringin pulak bila tengok akak main. Hehe :D

    ReplyDelete
  3. WEE...meriah..mcm dah kurus je cik epal ni..hehe

    ReplyDelete
  4. cousin saya buat wedding dia kat taman tu..dtg la serbu malam sabtu nie nanti hehe

    ReplyDelete
  5. ahahaha che ta sangat comelllllllllllllllllllllll

    ReplyDelete
  6. Mcm best jerr...lately x smpt nk cuti...life for work only
    Saya blogger baru...nice to know u CIK EPAL

    ReplyDelete
  7. Taman layang2 ni dekat ngan rumah akak...tp x pernah singgah pun...hehehe...apapun kamu nampak cute main buble macam tu...gelak guling bila akmu namakan si anak kucik tu che ta...hahahahahahahaha

    ReplyDelete
  8. best apa main bubble.. lagi best dapat bubble gun.. pergh.. nikmat kot main bubble.. mcm budak kecik?? lntak ar.. hehehe..

    ReplyDelete
  9. laa.. igtkan jumpa cik ta btoi .. bwu nk soh kimsalam .. hihi..btw.. nice entry :D

    ReplyDelete
  10. kakak cantik banget.
    eh, kenalin kak aku readers from indonesia. salam kenal :D

    ReplyDelete
  11. amboi nama..che ta erk... mesti seksi cam che ta kan

    ReplyDelete
  12. Pegi taman layang2 x main layang2 ke? Hehehe, dulu masa dok area sini hari2 lalu tak tringin pun nak singgah. Sekarang dah pindah jauh baru gedik2 teringin nak pi.

    ReplyDelete
  13. Hahaha, cmane le rupa dia tonggek tu.

    ReplyDelete