Friday, November 1, 2013

Percubaan buat macarons menjadi. Yayyyy!! *lompat bintang namploh kali*




Aku suka memasak. Aku suka baking. Aku suka makan dan aku suka makanan! Makanan pon suka aku! LOL. Kalau orang rasa fashion itu satu art. Bagi aku makanan tu pon satu art jugak. Haritu aku try buat macarons. Aku pernah ah dengar macarons ni agak leceh nak membuatnya. Macarons ni ada 2 kaedah membuatnya. Ada kaedah French and Italian meringue macarons. Yang kebanyakan orang jual dekat luar guna French macarons kalau tak silap aku. Tapi hari tu aku try Italian method punya. Memang agak leceh ah jugak nak bandingkan dengan French Macarons. French macarons simple je cara buat dia. Italian method kena sukat suhu air gula bagai yang buat leceh. Tapi bila dah tahu buat,tak ada lah leceh mana. Cuma bila dah try buat,baru lah aku tahu kenapa orang jual macarons ni mahal.





Kan aku dah kata makanan ni pon satu art. muehehe. Ini macarons berkonsepkan warna-warni kehidupan gituww. Happy sampai pejam-pejam mata lah bila berjaya buat macarons. Ni aku buat perasa salted caramel. Macaron dah manis,filling pulak ada masin-masin sikit. Bila manis dan masin bergabung memang MELETOP! (cakap MELETOP gaya Neelofa sekarang!) . Tapi aku makan seketul je lah. Tengah diet konsepnya. Yang lain-lain aku sedekah dekat kawan-kawan dan jiran tetangga. Macarons ni kalori agak tinggi gak. Bagi yang berdiet,ini bukan makanan untuk anda. Setakat rasa-rasa tu boleh ah kan.







Ni batch ke dua. Ni buat kasi kecik comel molek sikit. heee.Petite macarons konsepnya. Ni mix flavour. Ada mocha,chocolate,strawberry,blueberry.







Macarons ni memang manis gila nak meninggal hokayyy! Tak ada istilah macarons kurang manis sebenarnya. Kalau kurangkan gula dalam macarons,macarons ni tak jadi. Omputeh kalau makan macarons ni, dia akan makan dengan teh tanpa gula atau kopi tanpa gula. Baru boleh pergi rasa dia. Jangan makan macarons sambil bersulam air coke pulak,itu memang sengaja meminta potong kaki. Orang ada kencing manis memang tak digalak kan lah makan macarons ni. Tertanggal kaki karang.





Aku memang suka buat benda-benda gini. Tapi buat macarons ni kena mempunyai kesabaran yang agak tinggi lah bagi aku. Nak keringkan lama. Nak bakar pon lama. Ye lah satu tray je yang boleh masuk oven untuk sekali bakar. Memang sabar je lah kan nak tunggu satu batch tu semua siap. Pastu banyak gak pantang larang nya. Ada juga pantang larang yang aku rasa macam auta dan propa je. Ada juga  pantang larang yang memang kena ikut sejibik sejibon. Kalau tak ikut,macarons tak menjadi. So lepas ni nak buat lagi macarons. Macam addicted lak nak buat macarons ni sekarang. Lepas ni nak bereksperimen buat bentuk-bentuk pulak. heee :)


Gambar adalah recycle daripada instagram aku ( http://instagram.com/cikepal06 ) .Malas hokayy nak transfer seketul-seketul gambar dekat laptop :D



========================================

Minggu ni belum ada cheat day lagi. Time cheat day nanti teringin pulak nak rasa KFC Crazy Crunch bila tengok video from fanpage Shaheizy Sam ni. Memang tak dapat digambarkan sangat ke rasa nya? Sedap bebeno ke? Sampai tak terkata lansung si Shaheizy Sam ni..










Post by Shaheizy Sam Samad.


Lepas tengok Shaheizy Sam post pasal KFC Crazy Crunch dekat facebook page dia. Tengok youtube, Joseph Germani pon post pasal KFC Crazy Crunch jugak.







Hmmm macam mana eh rasa KFC Crazy Crunch ni?? Ni yang teruja nak try ni sebab nak tahu macam mana rasa KFC Crazy Crunch baru ni. Tak sabar pulak nak try. Jom serbu KFC jom untuk rasa ayam Crazy Crunch baru! Ada siapa yang dah try KFC Crazy Crunch ni? Amacam rasa dia? Boleh pergi tak? :D











43 comments:

  1. Lama tak singgah sini tgk2 ko da macam kurus je epal. ahahhaa tahniahh berjaya buat, pasni leh wat bisnes laa. aku pestime makan pn rasa tak sedap. ahaha

    ReplyDelete
  2. NAK WESIPI CIK EPALLLLL HEHEHEHEHE ;)

    ReplyDelete
  3. kak epal, resepi plishhhh..; ) tq..

    ReplyDelete
  4. fui terernya..akak baking hampeh langsung..apatah lagi nak buat Macaroon ni...

    ReplyDelete
  5. comel lah macarons nie... pandai cik epal buat.. nk try buat jgak lah.. hehee.. ^_^

    ReplyDelete
  6. nakk sikit macarons tuu hehehehe colorful! ^^

    ReplyDelete
  7. Cik epal, share lah resepi macaron tuh hihi nak try jugak ;)

    ReplyDelete
  8. aaa! geramnya macam sedap je. Share la resipi hewhew :3

    ReplyDelete
  9. suka lettew kan..hehehe.. tahniah ye cik epal..=)

    actually tak pernah rasa pon macarons nih..>.<

    ReplyDelete
  10. wah...sedapnya..nyum nyum nak siket :D

    ReplyDelete
  11. wah sedapnyer... hihik, penah jugak rasa. memang manis.. hihik

    ReplyDelete
  12. Cik epal nnt letak resipi macaroon step dgn pantang larang dia eh.. supaya jd sebijk can cikepal buat! Kebabow gila ah. Blh jual sgt ni

    ReplyDelete
  13. Camne wat bagi dia jadi 3 color mcm pie chart gitu?? Cantek laa... Nak try wat jugak laa... Ade link from youtube ke, share plis...

    ReplyDelete
  14. semalam baru makan KFC Crazy Crunch dgn my sis.. ok gak la.. boleh pergi ;)

    ReplyDelete
  15. wah... kagumnya awk boleh buat macaroon...
    ya mmg manis rasanya... gila manis tak terkata.. patutlah mahal sbb letak gula byk hehe...
    gulakan dah naik harga hehe...

    ReplyDelete
  16. BTULLAH,TAKLEH TELAN LGSG MACARONS,MANIS YG AMAT,TERUS ADA DM PASTU HIHI..TPI TERINGIN NK TRY KFC BARU TU,CAMNO NK DIET HUHU

    ReplyDelete
  17. nampak sedap :) i like the colourful ones. boleh buat business lepas ni hehe

    ReplyDelete
  18. wow wow ohsem giler kot yg warna-warni tu...!!!

    ReplyDelete
  19. camne buat macarons ni eh?haritu try buat xjadi.mase bakar tu die jd kembang and xde naik jd kembung pon.leper semacam je.pastu tros frust xnak buat dh

    ReplyDelete
  20. macarons nmpk sgt inviting, cute jer ,,tp manis giler..mmg xleh pegi..tapi KFC tu mmg blh pegi sgt! haha..

    ReplyDelete
  21. wah.. bestnya... yaya selalu tengok menda bulat-bulat nih dalam gambar je.. alalala.. suke tgk sbb comel-comel.. bestnya cik epal! nak jugak!

    ReplyDelete
  22. wah bestnyer..xpenah rase lg menda nie...comey2..

    ReplyDelete
  23. AARGHH SERIOUSLAH MENJADI CUTE PULAK TU ? ASAL KITA BUAT HANCUR LEBUR MCM BUBUR CACAR DAH ? T_T

    ReplyDelete
  24. JUAL LERRRR DAPAT DUIT LEBIH SIKIT.KEKEKE

    ReplyDelete
  25. sedap nyew, semua resepi cik epal best2 !

    ReplyDelete
  26. sedap nya.. resepi cik epal semuanya best2 ...!

    ReplyDelete
  27. Alamak terbayang manis dia..hihi..mmg berseni macaron tu

    ReplyDelete
  28. Alamak terbayang manis dia..hihi..mmg berseni macaron tu

    ReplyDelete
  29. Alamak terbayang manis dia..hihi..mmg berseni macaron tu

    ReplyDelete
  30. mcam sedap jew.. macam enakk jew.. macam comel jew. hehehe

    ReplyDelete
  31. Tak minat macaroons, tp suka tgk rupa comel nya itu

    ReplyDelete
  32. Cik epall .. Awat sedap sgt tgok pic niee .. Hihihi... Nnty nk try buat jugaa :)

    ReplyDelete
  33. Mcm sedap jaa cik epal :))) .. Nnty nk try buat jugaa ..

    ReplyDelete
  34. wah tertarik tengok combination colour dia...adeh...lecur ayo lio le plak ..tengok macaron nie...

    ReplyDelete
  35. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  36. macaron ni mmg nmpk marvelous n meletop..bole share the resipi cik epal..

    ReplyDelete
  37. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  38. Alololo. Comeynya macaron cik epal, sjke tgk yg wrna pelangi tuh

    ReplyDelete