Sunday, November 24, 2013

Cameron Highlands 2013

Dah lama rasanya tak menjejak kaki dekat Cameron Highland ni. Last pergi pon time sekolah rendah kot. Satu yang tak menahan nya bila pergi Cameron Highland ni adalah nak melalui jalan yang macam ular kena palu ni. Hadoiii sangat hazabedah melalui jalan-jalan di sini. Asyik dengar hon je tak berhenti. Pening kepala aku. Nasib baik pergi dan pulang aku tak muntah sebab time jalan pening-pening tu aku tidur. Adik aku yang bongsu paling champion. Pergi dan balek pon muntah. Amende lah. Aku pergi minggu lepas ke dua minggu lepas tah. Around tu lah. Sejuk nya dekat Cameron Highland time ni,pastu musim hujan pulak. Nasib baik aku bawak jaket.


Tak menyabor nak tangkap gambar ber background kan ladang teh. Stop jap dekat Bharat. Tapi ibu aku kata dekat sini tak berapa cantik sangat. Ada tempat lagi cantik. Cameron Highlands ni kan memang penuh dengan ladang teh. 


Dekat Bharat,ada cafe jugak. Tapi tak singgah pon makan minum. Semua gambar tangkap guna camera iPhone je. DSLR malas nak bawak sebab malas nak mengangkut. Kalau guna DSLR mesti lagi cantik ni.


Pastu singgah dekat foodcourt tepi-tepi jalan tu. Makan nasi lauk ikan siakap 3 rasa,sotong goreng tepung,kailan ikan masin,telur dadar and etc. Makanan dekat foodcourt ni sedap-sedap gak. Minum air haruslah berasaskan strawberi. Ibu dengan ayah aku minum teh strawberi. Aku dengan adik-adik minum Jus Strawberi. Sedap! Lega tekak.



Pastu pekena durian goreng. First time aku jumpa durian goreng ni.

Rasa durian goreng ni macam cream puff. Kau bayangkan lah kau makan cream puff pastu letak isi durian dan cream. Haa cenggitu lah rasa nya. Tapi boleh lah. Sedap ler jugak.



opsss..


Pastu singgah Mardi. Nak masuk kena bayar rm3. Kalau bawak student card dapat ler lagi murah. Tapi bosan sikit dekat Mardi ni haha. Lagi pon time aku pergi ni hujan so macam tak best sangat nak berjalan sebab tu kot aku rasa macam bosan.


Haa tempat ni best. Dekat Big Red Farm. Sebab banyak dessert strawberry yang enak-enak dan lazat! Sepanjang nak masuk Big Red ni banyak je buah strawberry yang ditebuk lubang dekat tengah boleh letak muka. Merasa lah kejap jadi maskot strawberry :D


Ni satu family aku order. Perghhh memang terbaik dari kebun ni!


Ayah aku tambah lagi dengan scones. Aku tak sempat nak merasa scone ni. Tahu-tahu je dah habis tapi ayah aku kata sedap.



Memang penuh dengan strawberry woh. Ada waffle,pancake,aiskrim goreng bentuk love,dalam cup tu aiskrim jugak dan tepi sekali yang dalam mangkuk tu adalah yogurt.


Strawberry cicah coklat! Sedap gila hokayyy coklat dia. Buah strawberry pon semua nya gendut dan gebu.




Feeling kejap lah jadi dato' Siti Nur Haliza bila makan strawberi cicah coklat ni. Tapi tolonggg mak tak suka laki bermisai lebat nyah!



Suka lettewww ibu dengan ayah aku tu makan strawberi :D



Kitorang tidur dekat Hotel Equatorial. Tapi tidur dekat apartment. Masuk-masuk je bukak pintu,cecah lantai dekat bilik, mak aihhh terlompat-lompat aku. Hazabedah punya sejuk dalam bilik ni. Bilik memang tak ada aircond dan tak ada kipas. Memang dah sedia sejuk dah. Tapi bilik-bilik kat Cameron Highland ni memang tak ada kipas dan aircond pon katanya. 




Lepas check in, singgah jap dekat pasar sebelah hotel Equatorial. Aku pergi ni hari khamis. Orang kata pasar malam hari minggu yang best. Tapi tak pe lah window shopping dulu dekat pasar ni. Ni buah cinta. Apa ke pelik nama nya buah cinta. Tanya tokei tu,dia kata buah ni rasa masam dan manis. Macam kita bercinta kan kita melalui saat-saat manis dan masam. Begitu juga lah dengan buah ini. Sebab tu nama nya buah cinta. Tapi aku tak beli pon tak tahu rasa apa.

Tengok ni mula-mula ingatkan ulat. Rupanya bukan. Benda ni untuk letak dalam sup. Ibu aku beli benda ni. Rasa nya rangup-rangup gitu lah.



Betul ke ni tahan 5 tahun?? Betul tak tipu? Jangan bawak turun balek tak sampai limpaploh hari dah layu sudehhh. Ni pon tak beli,tapi tengok macam lawa. Tahan 5 tahun tu aku ragu-ragu sikit hehe



Ibu aku lah kan yang syok tengok sayur-sayuran dan buah-buahan dekat sini. Aku dengan adik aku memburu makanan untuk dikudap-kudap :D

Ni paling menarik perhatian sekali. Kimcam goreng?? Apakah itu? Sebab perasaan ingin tahu tu sangat menebal setebal kamus dewan bahasa dan pustaka edisi ke lapanplohnam,aku pon mahu cuba try test ini kimcam goreng.



Brokoli goreng? = tak berminat
Cendawan goreng? = dah biasa dangat
Kimcam Goreng? = mahu! mahu! saya mahu cuba makan!


Ini lah kimcam goreng. Kalau tengok sekali imbas,memang ingat kacang panjang goreng kan?


Rasanya sedap! Manis-manis gitu rasanya. Kimcam ni adalah sejenis pucuk bunga. Lepas makan ni,ibu aku pon beli kimcam yang dalam paket tu bawak balek rumah. Tak tahu lah dia nak masak apa nanti tu.

Disebabkan kesedapan yang luar biasa (padahal jakun first time makan). Beli lagi kimcam goreng ni tapi this time drizzle dengan cili sos pulak. Nyum! Nyum!


Hari pertama ni tak beli apa-apa pon lagi sebab nak beli esok hari nya. Esok terus balik,kira sekali angkut lah kan beli sayur dan strawbery semua tu.

Hari kedua. Nak check out dah dari Equatorial Hotel ni. Hari ke dua ni masih sejuk. Keluar pagi-pagi pastu baru lepas hujan pulak. Memang feeling bercuti dekat oversea sangat tau.



Baru lah shopping sayur-sayuran ni semua. Murah ok dekat sini. Ada 8 paket rm10. 10 paket rm10. Sayur boleh campur-campur. Memang rambang mata lah mak-mak kalau datang sini kan.



Wahai anakanda-anakanda diluar sana,gembira kan lah hati ibunda mu dengan membawa nya ke Cameron Highlands untuk membeli sayur-sayuran,nescaya ibunda mu akan senyum ke telinga sampai esok hari.

Dah habis shopping sayur-sayuran semua tu, singgah jap dekat Sungei Palas. Tempat ni yang Aaron Aziz dan Lisa Surihani bergaduh dalam cerita Ombak Rindu tu katanya.



Haa nampak tak secoet bangunan di atas itu. Dekat situ lah tempat dorang shooting tu. Tapi nak pergi atas tu kena lah naik bukit ni dulu. Dah jalan kaki naik bukit sampai atas tu,pakgad dekat situ cakap boleh parking kereta terus dekat atas. Kecik beso kecik beso je aku pandang pakgad tu. Dah sampai atas ni baru lah kata boleh parking dekat atas.Ponek botingkek-tingkek daki bukit ni pagi-pagi,rupanya boleh parking je kereta dekat atas. Tapi tak apa lah. Exercise.


Disebabkan masing-masing lapar tak breakfast lagi. Order lah macam-macam dekat cafe ni. Nasi lemak rm4 engkooo. Merasa lah makan nasi lemak Cameron Highland cenonet itu rm4. Sandwich sedap. Kek dan pastry tu tak sedap. Keras gila. Kalau pakai gigi palsu,memang boleh tertanggal lah gigi palsu kekdahnya . 



Ini lah nasi lemak rm4 itu. Tapi sedap hokayy. Sambal nya sedap. Nasib baik sedap tau. Tak ada lah nak komplen sangat. Walaupun dah komplen jugak sebenarnya sebab mahal :D




vanilla milk tea ni memang THORBAIK! Sedap sangat rasa manis dan lemak secukup rasa. Disebabkan sedap,semua order vanilla milk tea :)



Dapat lah gambar ber back ground kan filem Ombak Rindu. kihkih


Itu saja lah penggambaraan aku sekeluarga ke Cameron Highland kali ni. Sebab hujan,banyak tempat menarik yang tak boleh nak pergi. Bertemu kita lagi di lain entry.


ok bye!




p/s: Kalau nak baca blog cikepal06.blogspot.com tanpa loading yang lama. Boleh search dan follow dekat imotiv (dulu nuffnangX). Apps baru,pastu nak baca blog memang laju gila loading. Boleh download apps ni dekat phone! :)



59 comments:

  1. wahh bestnye...durian goreng cam sedap je cam sedap je....cik epal dah kurus... #eatclean ye? hehehe... jemput singgah blog saya yg xseberapa... =)

    ReplyDelete
  2. Best kan cameron. rasa nak pegi hanimun sini. Tapi nak naik tu cam riso plak kalau cuaca tak brape bahek.

    Kimcan tu mmg sedap. Suh ibu tumis kimcan tu ngan udang. Sedap meletop2 dalam molot.

    ReplyDelete
  3. lame gila x pegi sane..last pegi thun 2000-2002 kot....pegi time ujan mmg sejuk sgt....setiap mase nk brkepit ngn jaket....hehe

    thestoryofayna.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Cameron Highland memng best... rasa nakp lagi.. :)

    ReplyDelete
  5. Cameron highland skang dah tak sejuk macam dulu....

    ReplyDelete
  6. Cameron skang dah tak sejuk macam dulu...

    ReplyDelete
  7. Semuanya nampak sangat sedaaaaap. Dah lama tak pergi cameron highlands. Rindunya nak tengok pokok teh. Asyik tengok hampas teh je kat rumah. Haha

    ReplyDelete
  8. Ahhhhhh rindu nak pi Cameron Highlands !

    ReplyDelete
  9. durian goreng tu jual dkat area mane ek? pnah makan skali masa dlm pantanggg... teringin nak makan lagi... hihi

    ReplyDelete
  10. teringat zaman undergraduate dekat tempat maskot strawberry tu..dgn arwah BFF.. T_T
    btw teringin nk g cameron lg..bln 5 pegi x sempat nak enjoy abes sbb bawak student..pergi bercuti ngan kawan2 or family mesti lg best!hehe

    ReplyDelete
  11. macam seronok je macam seronok je......

    ReplyDelete
  12. bestnya Cik Epal, kita pernah g zaman sekolah ja.. tapi rasanya nak g lagi lah.. tak g taman bunga ka ?

    ReplyDelete
  13. wahhhhhhhhhhh.....sedap tu pi cameron highlands.
    rasa nak pi je
    rasa nak pi je
    rasa sedap je
    rasa best je
    rasa2 nak kena pecahkan tabung dlu la kot...hehehe

    ReplyDelete
  14. Ya Allah, rindunya nk prgi Cameron Highland. Family saya hantu juga dgn Cameron ni. Dah nak masuk 9 kali pergi Cameron ni. Baca entry Cik Epal ni, terus teringat momentwdlu. Bila lah ada rezeki nak pergi lagi ke Cameron ni yaaa ^^

    ReplyDelete
  15. bunga tu memang la boleh tahan 5 taun, sebab dia bunga kering.

    hihihi :P

    ReplyDelete
  16. bunga yang tahan 5tahun tu mmg xleh caya..siyes my ipar beli lavender..kekonon 2tahun tahan..xsampai 2minggu dah layu kekeringan

    ReplyDelete
  17. nyum nyuummm nyuummm..rindu nasi lemak 4 hinggit tu.. mahal pun tak pelah janji sodapppp

    ReplyDelete
  18. rindunya kat kameronnn highland hehe

    ReplyDelete
  19. Sis,yg bunga tahan 5 tahun tu betul..tapi kita kena keringkan dia secara terbalik..so nanti walaupon dia dh kering,masih tegak berdiri..umah mak sy ada satu...hihi...

    ReplyDelete
  20. teringat balik kenangan pi sana hari tu, hehe.

    kat situ dah sejuk, memang xyah guna kipas or aircond, nanti jadi ais. abg ipar siap nak suruh tukar bilik sebab bilik xde kipas, haha. bila terangkan baru dia faham.

    ReplyDelete
  21. kimcam tu nampak macam bendi pon ade heheh

    ReplyDelete
  22. Best kan...Rindunya nak kesana lagi,nak mkn strawberry segar,minum tea sedap2... huhuhu.

    ReplyDelete
  23. seronoknya tgk kak epal and family gi cameron. saya sekali je lah pegi. tu pon rombongan skola time thn 5 dlu :(

    ReplyDelete
  24. KALAU KAT CAMERON NI,WAJIB MAKAN SWEET POTATO (GOGUMA) , STROBERI CEKELAT,DENGAN MINUM TEA SAMBIL ACAH2 HONEYMOON KAT BHARAT TEA.BARU LENGKAP XD

    ReplyDelete
  25. wah best giler..bestnyer dpt bercuti dgn family.. =)

    ReplyDelete
  26. paling suka makan sweet potato kat pasar malam...kompem tido kekenyangan

    ReplyDelete
  27. Berkenan pulak dengan skirt u tu..hahaha. cantiknya. bli kat mana?..Bhahaha

    ReplyDelete
  28. Looks fun! Lama tak pegi sana. Now reading your entry and photos ni, buat terasa nak pegi sana jer :)

    ReplyDelete
  29. nak pergi jugak cameron... hujung bulan ni kena pergi la.. lalala..

    ReplyDelete
  30. Salam sis...tengok gambar sis mengimbau kembali kenangan di Cameron...selain menikmati strawberi segar..paling sedap n yummy bg saya adalah sup mashroom di ladang tea BOH...seriussss sedap sgt......hehe

    ReplyDelete
  31. Nice2! Tp tak mahu dah nak naik. Hahaha.

    ReplyDelete
  32. mcm tinggi lak nampak cik epal ke paki heels ?
    seri nk kwen la ni berseri je nampak muka tu :)

    ReplyDelete
  33. wafer tu paling sedap!!!!!!
    baru je makan last week
    serious terbaik

    ReplyDelete
  34. Jagung bkr kat ch sedap sangat manis...

    ReplyDelete
  35. wah.. ada durian goreng.?? ala... nak jugak... belioq yaya tgk ..

    ReplyDelete
  36. dah lama tak singgah blog cik epal..skang dah kuruss and cantik!!maklumlahh seri bakal pengantin

    ReplyDelete
  37. sis..kimcam goreng tu lily bud..kat giant ada jual yg dah kering punya..selalu mak kite masak letak dalam sup sooh hoon...

    ReplyDelete
  38. sedapnya strawberry... alahai seronoknya kalau dapat pergi sana. dah lama tak ke sana laa

    ReplyDelete
  39. Wahh...bestnya cameron,nxt time i'll fly there...sabah jauhh..:)

    ReplyDelete
  40. Mmg nipu tau bunga yang leh tahan smpai 5 tahun tu..aku terkena beb..mmg hangin..cm nk patah blk dri penang ke cameron highland utk baling kat muka org yg jual tu..tp aku xmampu wt gitu..huhukk..redhoo je..

    ReplyDelete
  41. Mmg nipu tau bunga yang leh tahan smpai 5 tahun tu..aku terkena beb..mmg hangin..cm nk patah blk dri penang ke cameron highland utk baling kat muka org yg jual tu..tp aku xmampu wt gitu..huhukk..redhoo je..

    ReplyDelete
  42. Mmg nipu tau bunga yang leh tahan smpai 5 tahun tu..aku terkena beb..mmg hangin..cm nk patah blk dri penang ke cameron highland utk baling kat muka org yg jual tu..tp aku xmampu wt gitu..huhukk..redhoo je..

    ReplyDelete
  43. Mmg nipu bunga yg tahan smpai 5 thun tu..aku trkena beb.. mmg klu ikutkan hti nie nak je aku ptah blk dri penang ke cameron highland tu semata2 nk p baling bunga tu kat muka penjual tu..tp aku xmampu wt gitu..huhukk..redhoo jela..huwaaaa

    ReplyDelete
  44. Mmg nipu tau bunga yang leh tahan smpai 5 tahun tu..aku terkena beb..mmg hangin..cm nk patah blk dri penang ke cameron highland utk baling kat muka org yg jual tu..tp aku xmampu wt gitu..huhukk..redhoo je..

    ReplyDelete
  45. Mmg nipu tau bunga yang leh tahan smpai 5 tahun tu..aku terkena beb..mmg hangin..cm nk patah blk dri penang ke cameron highland utk baling kat muka org yg jual tu..tp aku xmampu wt gitu..huhukk..redhoo je..

    ReplyDelete
  46. bestnya..tengah servey cameron skrg nie... makanan mmg sana kan...

    ReplyDelete
  47. aida terlanding sini time google.
    very good review... done follow cikepal :-)

    ReplyDelete