Tuesday, October 22, 2013

Trip to Langkawi (Day 1) . Memang ponek botingkek-tingkek

Ni itu hari punya cerita. Aku rasa dalam bulan lepas kot pergi trip Langkawi ni. Ada lah dalam 10 orang blogger yang pergi and sponsored by LADA. Mula-mula naik Air Asia katanya. Pastu tukar pulak naik MAS. Lagi best ah naik MAS sebab boleh bawak balek barang banyak sikit nanti. Dah ler ramai kirim coklat pastu ibu aku suruh beli magik pan lah hape lah. Nasib baik tak suruh aku beli periuk, pinggan mangkuk bagai.





Time menunggu kapal terbang

Dalam kapal terbang dapat kacang masin dengan air oren jahh. Pergi Langkawi je pon kan. Tapi kacang ni memang masin! :D


Sampai je dekat Langkawi,terus kitorang di bawa ke Underwater World Langkawi.  Masuk je Underwater World ni kami disambut dengan haiwan ini

Ikan air tawar terbesar di dunia. Besar lah jugak. Kot aku masuk dalam akarium tu berenang dengan dia,dia libas ekor dia dekat muka aku,pasti aku pitam.




Hye cicak. Lawa kulit hang! Colour block lagi tau! Mengikuti peredaran fesyen semasa betul. Bagus bagus! :D


"kulit aku tak colour block ke?"



Tak tahu lah ini itik ke burung. Tapi rasa macam nak tolak je perut dia kasi dia jatuh. Bila jatuh mesti terkapai-kapaikaki dia nak meminta pertolongan supaya bangun kembali. Tapi nampak comel lah haiwan ni. 

Nama saintifik haiwan ni adalah Marmoset. Beliau adalah sejenis monyet. Makanan beliau adalah serangga,nyamuk,buah-buahan dan bunga-bungaan. Marmoset ni adalah salah satu monyet yang terkecil di dunia.

Nak tangkap gambar dia,terus dia tayang punggung dia. Kong asam tau kau ni. Cuba beradab sikit depan tetamu :D



oiii oiii bangunnnn. Membuta je engko ni..


Pastu tengok penguin


Ecehh bila dah ramai orang tengok dia,kemain banyak lah skill berenang yang dia nak show off.




Banyak penguin dekat sini.

Ni penguin jenis lain pulak. Agak montel dan ada aksesori rambu-ramba di bahagian mata nya. Nama saintifik dia aku lupa pulak.


Tak payah susah-susah diving nak tengok batu karang. Dekat sini pon boleh tengok macam-macam batu karang yang pelbagai rupa,warna dan bentuk.




Subhanallah cantik nya!


Obor-obor glow in the dark :D



Nama haiwan ni Ambystome mexicanum. Amboi berbelit lidah nak menyebut nama engko ni. Bila tengok lama-lama rasa macam iras pokemon haiwan ni :D



Dekat Underwater World pon ada shark tau. Jaga-jaga ada yang memeratiiiiiiiiiiiiiiiiii.



Banyak lah lagi haiwan dalam ni. Tak larat pulak nak letak semua gambar binatang-binatang ni haha. Dah pergi Underwater World,pastu kitorang naik cable car. Malangnya gambar dekat cable car semuanya hilang dalam camera aku. Dah balek daripada cable car,kitorang pi pekena Laksa Kaw Ikan Sekoq pulak.



Bihun Sup Teruna pon ada di sini. Abang-abang yang masih teruna je boleh makan tau muehehe. 


Makan sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.



Ini lah dia Laksa Kaw Ikan Sekoq. Memang bebetul ikan sekoq lah depa bagi. Bila makan camtu je rasa biasa je bagi aku. Tapi bila dah letak petis udang, memang sedap dan boleh pergi lah rasa dia. 



Dah habis makan Laksa Kaw Ikan Sekoq,kitorang dibawa pergi tengok gambar-gambar pulak. Cuba korang tengok gambar ni lama-lama, apa yang korang dapat rasa dan tahu makna tersirat di sebalik gambar ni?




Aku pon tak tahu apa maksud tersirat di sebalik gambar itu.kahkah. Sebab aku ni bukan reti pon nak tengok gambar dan nak tak tafsirkan gambar-gambar ni. Kalau pergi galeri bergambar ke apa,mesti aku rasa bosan sebab malas nak fikir apa yang gambar tu maksudkan. Tapi sebenarnya nak bagi tahu,gambar dekat atas tadi dan gambar ni dilukis dan diwarna dengan kopi je uolssss.



Tak main dah lah kaler-kaler buncho ni. Sekarang guna kopi je buat painting.

Yang aku pegang tu gambar gajah. Tak nampak lah pulak gajah nya. Tapi terasa macam gajah dan gergasi pulak bila bergambar dengan Yuyu Zulaikha ni. Alahaii kecik sangat engko ni Yuyu. Engko makan apa ni? hahaha :D




Lepastu pergi Dataran Lang. Nampak tak maskot Langkawi tu?? Dah pergi Langkawi memang wajib ler bergambar dekat Helang ni. Ye dak? Ni antara blogger yang ada,yang lain tah kemana-mana pergi bergambar.

Pastu balik hotel. Phewww hari pertama ni memang ponek botingkek-tingkek uolssss.Muka pon ponek tapi masih mampu memberi senyuman yang manis. muahaha



 Banyak jugak tempat menarik yang kitorang pergi dekat Langkawi ni. Kalau rajin,aku update ler untuk hari ke dua pulak. ok bye!







25 comments:

  1. x miss r jenguk blog cik epal nih.. hehe

    ReplyDelete
  2. langkawi ni kena pergi banyak hari baru syiokkkk..hahaha..

    ReplyDelete
  3. @shehan ismail: tu pon kalau rajin nak update.Sekarang ni rasa macam malas sangat nak update blog.Apahal entah hehe

    @Cnidaria: Laksa Kaw Ikan Sekoq ni dekat tepi pantai dekat-dekat dengan Airport Langkawi

    @husna zahidi: Trip ni 3 hari je :)

    ReplyDelete
  4. Wahhh. Bertambah2 rasa nak bawa anak g langkawi awl tahun dpn nak celebrate birthday dak musyuk akak yg ke 2 taun tahun depan. Heeee.

    ReplyDelete
  5. pos lagi cik epal.mau lagi..hehe

    ReplyDelete
  6. wah...syoknya bercuti kat langkawi... baru thn ni pergi.. rindu langkawi.. hiks

    ReplyDelete
  7. laksa kaw ikan sekoq. tak pernah test lg.. nk kena cuba jgk ni...

    ReplyDelete
  8. nak update hari kedua plak.
    hehehe

    langkawi best kan. weeee~

    ReplyDelete
  9. Eh..kita nak pegi jugak..tapi masih kutip2 inpo,,bagus2.post lagi

    ReplyDelete
  10. obor2 tu ade muke orang! haha

    nak gambar mknn!

    ReplyDelete
  11. kalo x nk mkn ikan tu boleh pulang balik x.hehehe

    ReplyDelete
  12. gempak2 jugak haiwan2 kat underwaterworld ni....

    ReplyDelete
  13. Wah banyaknyer gambar, kalau filem kopak duit. Nasib baik ada kamera digital sekarang ini kan!

    ReplyDelete
  14. saya yang dekat ni pon Langkawi langsng tak pernah pijak.

    ReplyDelete
  15. lama x singgah.uishh makin kuruih..apa rahsia??

    ReplyDelete
  16. haa update lagi hari ke 2 ke 3 .. nanti nak g Langkawi senang.. rujuk je entri nie.. gctew

    ReplyDelete
  17. Ikan sekoq?? Menarik...tk penah jumpe lg tu....

    ReplyDelete
  18. Ikan sekoq?? Menarik...tk penah jumpe lg tu....

    ReplyDelete
  19. wah..cik epal...da slim la...msti disiplin gler jg pmkanan..bgus2..emm..pnt2 pun still cntik jgk

    ReplyDelete
  20. best nyedapat trip kat pulau Langkawi dengan geng2 nuffnang,

    ReplyDelete
  21. wahh underwaterworld dah ada mcm2 laaa..lama qasanya tak pergi sana.

    ReplyDelete