Friday, October 25, 2013

Tips kurus daripada cik epal . (kurus ke kau masalahnya?) haha

Asal aku update gambar full dekat instagram (http://instagram.com/cikepal06) , orang dok tanya tips kurus,tips kurus dan tips kurus.


Masalahnya kurus ke? LOL


Aku tak rasa lah aku kurus lagi. Tapi bila aku timbang,agak memberansangkan jugak lah angka di penimbang itu. So bila tengok berat turun rasa macam happy dan nak lompat bintang patploh kali.

Ada yang tanya pakai korset ke? Minum benda kurus or etc? Sapu losyen kurus ke? and bla bla bla. Dulu pernah ah try semua benda-benda ni. Lagi pon semua sponsored, aku guna je lah kan. Tapi bagi aku tak berkesan mana pon. Tapi akak-akak or abang-abang yang jual produk-produk ni jangan lah hentam aku pulak. Ni hanya pendapat aku sebab aku pon pernah guna benda-benda ni dulu. Aku tak letak ler nama produk apa,pepandai lah fikir apa haha

Korset : Bila aku pakai korset, aku rasa macam lengan aku makin besar. Sebab korset tu kan dekat bahagian badan je kan. Kan best kalau ada korset sampai ke lengan sekali haha tapi penyudahnya bersidai je lah dekat almari aku tu. Memang tak usik dah sebab lagi satu macam leceh nak pakai. Kalau pergi mall,everytime nak terkucil or terberry sangat menyusahkan aku. Dan aku tak rasa korset boleh buat aku kurus,untuk nampak badan kemas YES. Untuk kurus NO.

Minum benda-benda kurus: Yang ni aku tak tahu lah berkesan ke idak. Minum ada lah turun. Tapi setakat minum,tapi bila time makan kau melantak macam bela jin dan tak exercise. Membazir je lah duit engko.Lagi satu benda ni mahal. Daripada setiap bulan aku nak kena ambil minuman ni. baik aku bayar membership bulan-bulan pergi gym ehehe

Sapu losyen kurus: Losyen-losyen kurus ni selalunya akan claim untuk memecahkan lemak. Disebabkan aku melayu,memang senang lah terpengaruh dengan benda-benda macam ni. Biasalah melayu kan suka ambil jalan shortcut je kalau nak buat apa-apa pon.Lagi-lagi nak kurus. muehehe Dalam kepala,sapu losyen je boleh pecah lemak. But seriously dengan losyen je boleh pecah lemak?? Fikir semula.


Disebabkan aku cheapskate dan malas nak perhabis duit dengan benda-benda gini,kesedaran dalam diri telah muncul. Even kau ambil produk-produk seangkatan di atas ni pon,kalau still tak jaga makan dan exercise. Memang tak jadi apa. So sama je. Apa beza kita ambil produk kurus dengan tak ambil produk kurus kalau kita tahu exercise dan jaga makan tu boleh kurus dan lose weight?


Nak lose weight, nak kurus,bagi aku tak ada jalan shortcut. Jaga food intake dan exercise jangan dilupakan. So aku dah lupakan benda-benda shortcut itu dan angkat punggung jangan malas. Apa yang aku buat?

Ni lah benda yang aku selalu buat dalam bilik. Tapi aku buat semua ni dalam sehari lah. Lagi satu search dekat youtube 'pump it up'. Aku download dari part 1-part 8. Kalau aku tak buat benda atas ni,aku buat 'pump it up' tu. 


Sebab aku malas nak jogging dan aku rasa jogging tu tak best. So aku tonggang tonggek je lah depan laptop hari-hari bersenam dalam bilik dan aku rasa benda tu best haha. Sebab bila kita buat benda yang kita rasa best, kalau selalu buat pon kita tak jemu. 



Tips lain yang aku selalu amalkan (pasal pemakanan) :

@ Minum air mineral setengah jam sebelum dan selepas makan.

@ Aku elak kan makan nasi putih. Nasi putih ni kadungan gula dan gluten tinggi. Pastu kita ni kalau dah makan nasi putih,aksesori nya memang tak nak kalah. Lagi-lagi dengan lauk yang berminyak,bergoreng dan bersantan bagai.

@Tapi dalam diet ni nasi tu tak bersalah pon. Kalau nak makan nasi,gantikan dengan brown rice. Banyak makan ulam,masakan steam and boiled.


@ Kurang kan minum minuman bergula. Kalau boleh elak kan lansung lah. Banyak kan minum air putih. Lagi pon air putih tiada kalori :)


@ Kalau keluar mall pon,aku selalu makan salmon atau dada ayam. Kalau dekat rumah,senang ler. Aku masak je lah benda-benda healthy. Selalu aku share dekat instagram (http://instagram.com/cikepal06) lah menu masakan sebab dekat situ macam mudah sikit kan boleh upload sekali lalu je.

@Dalam seminggu tu ada lah jugak satu hari tu 'cheat day'. Kira time 'cheat day' tu aku makan je lah apa-apa benda yang aku nak makan tanpa mengira kalori dan lemak yang terkandung di dalam makanan ituww. Satu hari dalam seminggu je lah 'cheat day'.Jangan hari-hari pulak 'cheat day'. Memang kelaut diet nya :D

@ Menu diet? Boleh tengok entry ni. Malas nak taip banyak kali hehe

@ Dah kata tak makan nasi putih tu jangan lah petang-petang pergi tibai makan pisang goreng. 4 ketul kecil pisang goreng tu dah sama dengan je kalorinya kau makan nasi putih dan lauk-pauk.


Sebenarnya kan lifestyle kita yang penting. Dah makan,jangan lupa exercise. Kalau nak makan nasi,control portion kita. Nak makan nasi sihat,pilih lah jenis beras-beras yang sihat. Banyak je sumber karbo yang lain. Bukan nasi putih je. Yang aku tahu orang Jepun depa banyak makan ulam dan makanan steamed/boiled. Sebab tu badan kurus walaupun makan nasi tapi portion depa very small lah.Dan diorang banyak berjalan. Sebenarnya gaya hidup yang penting. Nak kurus,kurus jugak. Tapi aku tak ada lah nak kurus macam papan.Nak kurus yang sexayyy lah haha.




Ni aku share benda-benda yang aku buat je lah.Aku pon tak berpuas hati lagi dengan berat aku now but aku cuba istiqamah lah buat benda-benda ni semua. Semangat juang kena tinggi dan kental hokayy nak lose weight. Aku bukan pakar nutrisi ke,health instructor or etc. Sebab sometimes orang tanya aku benda yang aku pon tak tahu nak jawab macam mana.  Setiap orang mungkin ada cara lain untuk depa jaga badan dan pemakanan. Kalau nak tahu banyak lagi benda-benda untuk lose weight ni .....







Cer google! Cer google! ok. muehehehehehe



You ONLY get one body to live in so make sure you take care of it. Make the right choices.



ok bye!




46 comments:

  1. hehe. cer google. comel la cik epal ni. kurus. :)

    ReplyDelete
  2. cik epal....."masalahnya kurus ke kau??" ....cik epal kurus gila okay!! yg sy jumpa kat burger bakar abg burn tu !! hehe. slim sangat2! lepas beranak ni pun sy nak workout n minum greens je. hehe. skang demok demok dah ni T_T

    ReplyDelete
  3. Cik epal kurus sangat. Comel plus lawa. Kite pena try buat macam cik epal. Then bile da kurus sikit stop. Jadi badan oppon da naek double dari dulu. Susa na berterusan buat bende nie. Ade tips ta cik epal? Btw, cik epal lawa laa.

    ReplyDelete
  4. ye
    yg penting cara hidup kite
    contohi org lain kan
    melayu ni suka lemah gemalai
    sume malas nak cepat
    lemak pon gemalai je nak dibuang

    ReplyDelete
  5. cik epal kurus lahhh. sumber inspirasi nak kurus nii.. :D

    ReplyDelete
  6. memang kurus pun kalau dari yang akak jumpa masa dekat event fair n lovely tu...

    ReplyDelete
  7. nak ubah dan kekalkan cara makn mcm tu yg sush tu sbb dr umor staun mommy dah suap nsi putih
    nk tuka nasi or xmkn nasi tu mmg payah skit
    tp kalau nk 1000 daya kan
    sbb kalau try mcm ni kesan dia lama skit tahan dari mkn somthg kne plak bergntung ngn bnde tu kalau x go back to normal ..huhu :)

    ReplyDelete
  8. agree sangat dengan cara CE...kadang kita ni memang suka jalan singkat tanpa usaha..actually jalan singkat tu lebih banyak mudarat dari manual way hehe

    ReplyDelete
  9. hahahahaha acer google..

    Kurus la dik epal.

    kak eka ni ada turun skit berat. berusaha nak slim skit sbb mejelis tggal sebulan lebih je lagi huhuhuhu

    tapi kekadang makan gak bukan2. hahahahaha

    ReplyDelete
  10. kurusnyaaaaaaaaaaaa cik epal ijau ! ;D

    ReplyDelete
  11. da kurus la tu,da okay sangat da badan tu.. heeee...

    ReplyDelete
  12. Cik epal..kurus tu ok dah tp baju pulak superman.. memang super la kan..hihi & lubang hidung tu (-..-)

    ReplyDelete
  13. Oh thank you so much dak epal.
    Akak mg tengah nak turunkan berat badan nih. Huuuuuuu.
    Sempoi as usual lah u dik.
    Hehehe.

    ReplyDelete
  14. cik epal dah kurus laa.....thanks sbb sudi share.... lpas ni blh la buat...majlis kawin pn x lame dah ni....perut buncit ni kne sorokkn.... hehe

    http://thestoryofayna.blogspot.com/

    ReplyDelete
  15. aku rasa aku dah kurus
    tapi lengan aku besor gedabak ah
    mcmane aku nak buang lemak2 yang bersarang ni eak?
    takkan aku nak buang lengan plak???
    stresss

    tp ko dah kurus laaaa,.....................

    ReplyDelete
  16. lepas nih nak kena pump it up jugak lah.. hehehe..

    ReplyDelete
  17. mmg ketara sgt dri dulu..wah jeles sgt

    ReplyDelete
  18. thank for tips, insyaAllah akan di gunakan hehe =D

    ReplyDelete
  19. i loike gambar yg last tu..hehe..btw good info

    ReplyDelete
  20. sebelum ni aku try jgk losyen mujarab la apa la paling panas pon aku try tapi aku cuba losyen yg aku jual skg, baru aku tgk lengan aku susut. mungkin jgk aku tak makan malam and tak amek nasi also aku amalkan air mineral . disiplin kene kuat. tu je yg penting . aku ikhtiar jgk cara tu n bkesan plus aku pakai jgk losyen yg aku pcya ni :') tq epal for this. dapat pahala share dgn smua org hehe!

    ReplyDelete
  21. terbaik la cik epal! serious salute sebab pakai cara natural.
    nak tanya satu soalan boleh?
    selalu cik epal buat berapa minit/jam sehari workout pump it up ni?

    ReplyDelete
  22. yang gambo last tu terbaik...hahahaha..

    aduhai..klako la CE ni.. :P

    tapi kite akui CE mmg selim..sebab pernah jumpa..hoho..

    ReplyDelete
  23. @EMIMARDHIAH: Selalunya buat selagi larat. Bila rasa dah penat sangat tu stop. Jangan paksa diri,karang pitam pulak karang. Tapi paling sekejap pon dalam setengah jam sebab satu part tu 10minit. Kalau larat buat je sampai habis. Sebab ada part 1-part 8 tu.Setiap video lain-lain movement nya :)

    ReplyDelete
  24. Tengs coz sharing CE..yup nk kurus kn exrcise coz if u cnsume calories (what we eat) then burn them thru exrcise...

    ReplyDelete
  25. kurus okey cik epal =)

    biasa perempuan selalu akan ckp diri sendiri gemok sedangkan kurus melidi je.. perempuan sangat insecure about their weight. kadang ada sampai yang ikat perut xnak makan.. saya pon tak faham..

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. Terasa sgt2 motivated lepas baca entry ni. Pernah try diet for month and lose weight bout 4kgs within 2 weeks tp lepas tu x snggup sbb bergantung dgn minuman tu. Lepas ni nak try buat cara cikepal. Hehe. Thanks 4 sharing. :)

    ReplyDelete
  28. penah buat pump it up tu.mmg semputtt.

    ReplyDelete
  29. yang google tu mmg nampak kurus..hehehe

    nizamijam.com

    ReplyDelete
  30. kurus dah ni,,, at least thinner than me,,, confirm kuat stamina cik epal nih,, huhuu

    mujadafewa.my

    ReplyDelete
  31. serius cik epal. tang google tu nampak terserlahnye cik epal dah lost weight. nahai jeles ok!!!

    ReplyDelete
  32. a'ah.. betul...

    diet seimbang dan senaman paling penting even makan ubat kurus ke apa ke...

    suplemen hanya bantu untuk kurus

    ReplyDelete
  33. Anyonyo...Kurus sesangat niihh...! Mcm kene compress je...emm...kulit Cik Epal memang lawa ke ade pakai produk ape-ape? Kalau tak keberatan, mohon share! Like lah org-org istiqamah dalam berdiet nie. Respek gred A.

    ReplyDelete
  34. perkongsian yang sangat menarik, kadang-kadang ada sesetengah orang sanggup menguruskan badan di pusat rawatan yang mahal, padahal kalau ikut tips asas untuk kurus, sebenarnya lebih menjimatkan..

    ReplyDelete
  35. Pump it up tu best, esk lusa buat belly dancing pula..

    ReplyDelete
  36. Cik epal nak tnya selalu cik epal rajin buat yg mana antara 1 hingga 8 tu?

    ReplyDelete