Thursday, October 10, 2013

Review movie botingkek-tingkek. 10 movie aku review terus. Senang! :D



Review movie time!! Aku memang gila tengok wayang. Kalau bosan tak tahu nak buat apa hujung minggu, memang boleh marathon 3 movie sekaligus dalam sehari. So nak review sesikit lah pasal movie yang aku dah tengok untuk minggu ni (yang still ada dekat cinema). Tapi ni mengikut selera aku je lah. Kalau tak sama pendapat, jangan marah. Nanti kena cubit.




ABOUT TIME

Cerita ni pasal Tim yang ada kebolehan boleh pergi ke zaman bila-bila yang dia nak. Yang best nya dia boleh ubah masa silam dia kalau dia buat silap. Tetiba aku rasa Tim ni macam doraemon sebab sesuka hati dia je nak pergi zaman apa-apa pon masuk laci suka hati. Cerita ni bagi aku tak ada lah best sangat dan tak ada lah tak best sangat. Tapi boleh lah layan untuk santai-santai. Cerita ni agak slow tapi ending nya macam sedih sikit lah.



RUSH


Tengok cerita ni sebab mamat Thor ni berlakon. Tak expect pon cerita ni best. Permulaan cerita ni agak slow. Tapi masa awal-awal je slow,lepas-lepas tu best gila! Aku suka gila cerita ni. Bila dah habis cerita ni  baru tahu cerita ni based on true story. Cerita pasal James Hunt dan Niki Lauda pelumba kereta formula 1. Dua-dua ni ada karektor berbeza. James Hunt macam keras kepala sikit,happy go lucky, hidup tahu nak enjoy jah,pempuan keliling pinggang and etc. Niki Lauda ni pulak semangat juang dia tinggi gila,seorang yang serious,setia dengan isteri dia,ada tujuan hidup dan dia tahu apa yang dia nak dalam hidup dia lah senang cakap.


Agak kagum jugak lah dengan pengarah cerita ni sebab boleh cari pelakon yang iras-iras James Hunt and Niki Lauda. Storyline pon best. Bagi aku cerita ni banyak pengajaran dalam hidup. Habis cerita ni,terus aku google siapa James Hunt dan Niki Lauda sebab dorang dua ni cambest je. hehe. Isteri Niki Lauda in real life cantik sangat. Highly recommended lah kalau korang nak tengok cerita ni!



RUNNER RUNNER

Cerita pasal pelajar kolej yang selalu main online poker dan bercita-cita untuk jadi kaya. Cerita ni sangat lah tipikal omputeh. Biasa saja bagi aku. Jalan cerita yang memang boleh diagak apa akan jadi. Heroin dalam cerita ni tak hot. Macam tak sesuai je dengan Justin Timberlake yang muka keanak-anakan. Macam budak muda couple dengan makcik. Anak-anak ikan sangat tau. Choyyy .


Biasa-biasa saja cerita ni. Tak ada lah bombastik pon.





PRISONERS

Tengok sebab Hugh Jackman berlakon. Anak Hugh Jackman ni hilang,pastu dia ni nak cari ah siapa yang culik anak dia. So dia sanggup buat apa-apa je lah untuk nak tahu dekat mana anak dia ada sekarang. Cerita ni agak saiko dan meleret sikit. Cerita ni unexpected. Aku sangka orang ni jahat,sekali rupanya orang lain yang jahat. Walaupun cerita ni agak saiko tapi aku suka je. Cuma kalau tengok sorang-sorang tu macam takut jugak :D






KL GANGSTER 2

Sejujurnya aku dah tengok yang leak punya. Sorry abang SOL. Tapi aku baik aku tak ada lah sebarkan.Tengok senyap-senyap je. hehe. Tapi aku pergi jugak tengok dekat wayang. Sebab yang leak punya warna kuning-kuning sikit so macam tak puas. Cerita kalau tengok dekat laptop dengan wayang kan feeling nya lain kan.Gituwww. Untuk budak-budak sekolah aku rasa cerita ni macam tak sesuai lah nak bagi depa tengok. Tahu je lah budak-budak zaman sekarang ni. Cepat nau terpengaruh dengan tv/media.


Zizan kelakar ah dalam cerita ni tapi suka sangat menyampuk. Memang padan lah muka kena tumbuk hidung nya dengan abang Jai Ho. hehe Aku suka watak Jai (Adi Putra) dalam cerita ni. "gua tak hisap rokok,nanti mak marah". Comel dan rasa macam nak lempang je haha


Untuk cerita melayu,best jugak lah cerita ni.



BENCINTA

Kalau perempuan yang tengok cerita ni mesti akan terdetik dalam hati "tak guna punya jantan". Mana-mana perempuan pon aku rasa tak sanggup nak ada suami macam dalam cerita ni. Panas baran boleh tahan lagi,ni sampai belasah sepak terajang bini.Buat bini macam punching bag yang tak menahan tu.


Tapi cerita ni macam sama jalan cerita nya dengan cerita ENOUGH. Cerita omputeh J LO berlakon. Tapi ok lah. Boleh layan jugak ah cerita ni.



ESCAPE

Cerita pasal seorang lelaki ni yang boleh cari jalan keluar dekat mana-mana penjara pon. Campak je dia dekat penjara mana pon,semua penjara dia boleh escape. Penjara terakhir yang dia dicampak tu je yang dia payah sikit nak keluar. Tapi dia ni bukan banduan. Dia memang dibayar buat kerja-kerja begini.


Boleh lah layan cerita ni. Best jugak.



GRAVITY


Aku tak tahu nak review camner cerita ni. Aku tengok 15 minit terawal dan 15 minit terakhir je. Sebab minit-minit yang lain aku membuta dalam panggung muahahaha. Cerita ni agak slow. Tapi partner dekat sebelah layan je cerita ni dari awal sampai habis. Dia kata pelakon dalam cerita ni ada lah 2-3 orang je. Memang cerita pasal si Sandra Bullock ni je lah dari awal sampai akhir nak survive dekat angkasa lepas.


Bagi aku tak best ah cerita ni sebab aku tak suka genre camni kot. Bila cerita tak best, baik aku tidur lagi best haha



3096 DAYS

Ni international movie. Selected cinema je yang ada cerita international ni. Time ni aku tengok dekat GSC One Utama.Cerita ni pasal budak Natascha Kampusch yang kena kidnap dari kecik sampai lah ke besar. Dalam 8 tahun jugak lah dia di kidnap. Duduk dengan lelaki saiko. Kesian sangat Natascha Kampusch ni tau. Sebab cerita ni cerita betul dan memang berdasarkan hidup Natascha Kampusch.Cerita ni agak slow lah jugak. Alaaaah cerita based on true story kan memang macam slow sikit.Tapi boleh layan gak ah cerita ni.



2 GUNS


Banyak-banyak cerita yang aku dah tengok for this week. Cerita ni paling best lah bagi aku untuk cerita yang still tengah ada dekat panggung now. Cerita ni memang sempoi gila,banyak aksi,kelakar ilek ilek selamba je. Selalu tengok cerita lain yang Mark Wahlberg ni berlakon rasa dia macam takbest sangat dan biasa je. Tapi bila tengok 2 Guns ni rasa macam 'tasty' pulak dengan Mark Wahlberg ni. muahaha Bye Channing Tatum. Uols dah turun carta di hati iols.


Rate: 4 bintang 1/2 daripada 5 bintang. Memang terbaik dari kebun cerita ni.



=============

Ini je lah cerita best dan tak best bagi aku untuk cerita yang still ada dekat panggung now.Pilihan di tangan anda. Selamat menonton :D





p/s: Kalau nak baca blog cikepal06.blogspot.com tanpa loading yang lama. Boleh search dan follow dekat imotiv (dulu nuffnangX). Apps baru,pastu nak baca blog memang laju gila loading. Boleh download apps ni dekat phone! :)

19 comments:

  1. Yang first tu cam sekuel wife travelers dulu rachel adams lakon dengan Eric Bana .

    ReplyDelete
  2. kesimpulannya mana yang patut di download dl.. ;p

    ReplyDelete
  3. baru sempat tengok 2 guns je :) memang best

    ReplyDelete
  4. bencinta tu mmg copycat enough! sbb same sgtlah. mencik!

    ReplyDelete
  5. satu ape mende tah tengok lagi
    kemain free gila masa si epal ni
    haha

    ReplyDelete
  6. OOo.. semua diatas kite tak tengok lagi.. tggu masuk tv jelaa.. Hahhahah!

    ReplyDelete
  7. HAH AMIK..BANYAK SEKALI REVIEW...TERROR R CIK EPAL.........

    ReplyDelete
  8. Gravity tak best~sandra bullock pelakon utama, george colleny sebagai penampilan istimewa..lain2 pelakon hanya suara tanpa wajah.

    ReplyDelete
  9. tq cik epal..pasni leh tau nk tgk wayang citer ape... :)

    ReplyDelete
  10. thanks buat review kak ^^

    about time: poster dia x berapa attractive so fae x tertarik nak tgk the movie hehehe.
    rush: since akak cakap best cerita ne maybe i shall watch it nanti hehe walaupun poster dia kureng. oh my, kenapa fae suka sgt judge based on poster. aigoo~
    runner runner: cerita ne fae dah psg niat nak tgk.
    prisoners: cam thrill je hehe.
    kl gengster 2: dah tgk yg leak haha tapi fae rasa cam something is lacking dalam storyline cerita tu. anyway, well done syamsul :D
    bencinta: ramai ckp cerita ne similar ngan Enough.
    escape: whoaaa sounds best je sinopsis cerita ne. nak tgk nak tgk.
    gravity: err ada yg bagi rating 9/10 for this movie..
    3096 days: fae jrg nak tgk kalo movie based on true story ne. i am a bit selective hehe.
    2 guns: wow! another movie that i wanna watch hehe.

    ReplyDelete
  11. Thankyou cik epal sbb buat review pasal movie2 nie. Lpsnie dah tau dah cite mana nk tgok kat wayang :)

    ReplyDelete
  12. wah banyak nyer mivie budoxe x tgk lg. kene cari nih

    ReplyDelete
  13. Tengok iklan bencinta tu pun dah agak, sama cerita dgn JLo berlakon tu, film enough tu kan. Tapi depa cakap depa tiru film korea. Entahlah :I

    ReplyDelete
  14. mak aii...banyak tu cik epal review..:)

    ReplyDelete
  15. teringin nak tengok k.l ganster..ramai ckap best..:))

    ReplyDelete
  16. amboi, sukenye deme nengok wayang, ambe da lame tak p huhu,,,

    ReplyDelete
  17. 2 guns memang meletop, runner-runner...tu...rugi je tengok...

    ReplyDelete
  18. Thanks sbb review...sbb ada movie yg nak pegi tgk....leh wat panduan...

    ReplyDelete