Wednesday, October 30, 2013

(Review) Makeup Remover PIXY

Perempuan memang suka nampak cantik dan bersolek untuk kelihatan cantik jelita. Dah bersolek calit segala mekap dekat muka memang best,tapi bab nak tanggal mekap tu rasa macam leceh je kan? Macam nak terus tidur je dengan mekap, malas nak bersihkan. Tapi kena juga bersihkan semua mekap dekat muka. Karang pori-pori tersumbat,tak pasal-pasal menternak jerawat dekat muka pulak. Nak tahu apa jadi kalau tak bersihkan mekap sebelum tidur? Cuba tengok artikel INI . So nak tak nak jangan malas hokayy nak bersihkan mekap.



Kalau tak tahu nak tanggal mekap pakai make-up remover apa. Meh sini aku nak suggest make-up remover from PIXY! Alaaa jenama PIXY yang famous dengan bedak 'two-way cake' tu. Untuk gadis-gadis sunti yang lemah-lembut,sopan-santun dan ayu (seperti aku. ahak!) , mesti korang familiar dengan jenama PIXY ni kan? Now PIXY ada launch produk baru. Bedak 'two-way-cake' dia pon best,make-up remover pon best!




Muka dengan mekap. Smokey eyes sangat mata engkoo. kihkih.

Nak remove kan mekap ni, tuang kan PIXY Gentle & Moist cleansing lotion ni dekat kapas.



Pastu letak kapas tadi dekat mata dalam 10 saat cenggitu. Pastu lap. (runcing tak jari ahkak? LOL)

Haaa semuanya terkeluar dengan sekali lap je.





Mekap belah kiri dah diremove kan guna PIXY cleanser lotion ni. Yang kanan tak usik lagi. Memang bersih semua mekap aku dekat bahagian muka belah kiri tu. Hilang terus smokey eyes ahkak. Bau cleansing lotion ni wangi! Aku suka bau dia.



Makeup remover ni sesuai sangat dengan semua jenis kulit. Ada 2 jenis iaitu:

PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion 

Cara pakai: Tuang lotion dekat kapas muka dan lap dengan lembut ke seluruh muka dan leher sampai bersih.Settle! Tak payah bilas dengan air lepas penggunaan pon tak apa. (Macam gambar aku dekat atas tu) Aku suka guna yang ini! Bau wangi macam bau baby heee





dan PIXY Single Step Liquid Foam For Makeup.



Cara pakai: Gosok cecair dengan sedikit air sampai berbuih. Pastu urut dekat muka dan leher. Macam kita cuci muka tu. Pastu bilas dengan air sampai bersih.








Dua-dua ni bagus dan senang nak tanggal kan mekap. Tapi ikut yang mana korang selesa lah. Nak cuci muka atau nak lap pakai kapas muka.Untuk wanita yang busy dan nak tanggal mekap dengan pantas,aku suggest guna PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion ni lah. Sebab PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion ni sesuai sangat dengan wanita aktif yang kena tanggalkan mekap selepas hari yang panjang dekat tempat kerja atau sebelum nak bersenam dekat gym. Kalau rajin nak mencuci muka,boleh pakai PIXY Single Step Liquid Foam For Makeup ni. Sebab produk ni 2 in 1. Boleh tanggal mekap dan kotoran dekat muka dan secara tidak lansung menyegarkan wajah jugak.



Jangan risau, makeup-remover PIXY ni tak keringkan kulit. Produk ni tiada alkohol dan menggunakan madu asli sebagai ramuan utama,so secara tak lansung akan melembapkan kulit wajah selepas digunakan.Bila pergi jalan-jalan dekat shopping mall tu,bila nak solat memang mudah lah guna PIXY ni. Kalau kita guna berulang kali (sama ada time Zohor,Asar dan Maghrib) pon,kulit kita still lembap dan tak kering. Yang paling best sebab PIXY makeup remover ni tak berminyak! Sebab pernah guna makeup remover yang lain sebelum ni,bila pakai dekat muka jadi berminyak-minyak so macam tak selesa.


Make-up remover PIXY ni senang je nak cari. Boleh dapat dekat semua kedai runcit,rangkaian farmasi dan hypermarket berhampiran dan berjauhan dengan anda.hehe.  Harga pon sangat affordable! Yang kecik 50ml tu rm7.90 dan yang tinggi 100ml tu rm13.90 sahaja. Murah je kan? Motif tak nak beli? hehe.  :)



More info
Website:  www.pixy.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/PixyMalaysia



17 comments:

  1. Dah beli.sbb tgk iklan.. Mmg best pakai.make up tanggal smua.pastue sejuk jeeee muka. :)

    ReplyDelete
  2. Motif taknak beli?

    Tak pakai make up. Ahahaha

    Untungnye la cik epal banyak sponsorrr. Kawen nnt mesti senang. ><

    ReplyDelete
  3. nice review. cik akak cik adik boleh la try buka pixy makeup remover ni

    ReplyDelete
  4. makeup remover tu mmg menggoda....tgu gaji je nih....hehe

    ReplyDelete
  5. awesome ! selalu saya guna biore nyer remove makeup .. lap jeee , hahah .. btw , comel lah akk .. akk pakai produk ape ekkk ? hehe ,, :)

    ReplyDelete
  6. best pixy makeup remover ni! xberminyak!

    ReplyDelete
  7. sis, klu nk guna tu memang kene beli 2 jenis tu ke ikut suka kite?

    ReplyDelete
  8. @Along Suri Dahlilah: Ikut suka kita nak beli yang mana satu.Nak beli dua-dua pon boleh :D

    ReplyDelete
  9. macam bagus je produk ni..thanks for sharing! ;)

    ReplyDelete
  10. wahhh tertarikkk kabooomm!!!!! macam best jeee sekali wipeee hehehe

    ReplyDelete
  11. mcm best je..kena cuba nie..:)

    ReplyDelete
  12. ai guna bedak pixy. best...
    makeup remover tak pernah cuba lagi..

    ReplyDelete
  13. Sy pn guna pixy ni, tp skrg ni bila dh habis cari dh xda dh pixy ni. T_T

    ReplyDelete