Sunday, October 20, 2013

(RESEPI) Shepherd's Pie yang senang dan sedap !

Siapa pernah makan sheperd's pie? Kalau dekat restoran acah-acah omputeh memang ada lah jual sheperd's pie ni. Tetiba tekak teringin nak makan sheperd's pie. So buat je lah seloyang


Ini lah sheperd's pie aku. Presentation adalah sendu.Tapi ada aku kesah? muehehe



Nak buat sheperd's pie ni senang gila je uolsss. Gila pon tak senang macam ni. Resepi dekat blog aku ni semuanya senang-senang sebab yang susah aku malas nak buat.hehe.Resepi semua ada dekat sidebar sebelah kanan blog ni ha. Semua resepi dalam blog aku ni berkonsepkan user friendly and easy to digest belaka. Gituwww.  Meh sini nak ajar cara-cara nak buat Shepherd's pie ni.




Untuk potato layer bahan-bahan nya adalah:

10 biji kentang (aku punya kencang kecik cenonet jah sebab tu guna sepuluh biji,kalau kentang korang besar,5 biji je dah cukup kot)
1/4 cawan fresh milk
3 sudu besar butter
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam secukup rasa



Mula-mula buang kulit kentang dulu. Kasi kentang tu togel begini.  :D



Pastu rebus sampai empuk begini. Dah empuk, toskan kentang-kentang itu.



Pastu pukul kentang-kentang itu sampai lunyai. Dulu aku ada beli benda yang untuk mash kentang tu,tah mana tah mak aku letak. Guna lah senduk ni jap.

Masuk kan butter,lada sulah dan garam. Pastu mash lagi



Masuk kan susu segar 1/4 cawan pula


Tapi masuk kan sedikit demi sedikit ok.



Disebabkan geram guna senduk macam lembap jahhh kentang tu nak lenyek. Aku guna stand mixer je haaa. Senang kerja haku.




Memang lenyek habis. Ok, mash potato dah siap. 


Now kita buat layer daging pulak. Ni bahan-bahan nya:


1 labu bawang besar (dicincang)
5 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji tomato (dipotong dadu)


1 botol kecil tomato puree. (Tak kesah lah jenama apa Kimball ke,Prego ke,Pak Mat tempe ke)
1 tin cendawan butang (dicincang)
1 paket daging cincang (aku guna ayam)
Serbuk black pepper dan oregano
2 sudu besar sos cili
Daun ketumbar
Sedikit garam


Cara-cara nak masak inti nya lagi lah senang.Di sebabkan aku baik hari ni, aku tunjuk lah. muehehe



Cair kan butter.

Masuk kan bawang

Masuk kan ayam cincang. Kalau guna daging cincang,masuk lah daging cincang itu. Kalau guna arnab cincang,masuk kan arnab cincang itu. 


Masuk tomato puri,sos cili,black pepper,oregano dan daun ketumbar sesedap rasa. Dan kacau sehingga sebati dan mesra seperti bob mesraaa.

Masuk tomato dan cendawan.

Kacau sampai sebati. Dah siap!


Ambil loyang. Tak kesah lah loyang bentuk apa. Bentuk love ke,bentuk teddy bear ke segi tiga ke. Tak kesah lah apa-apa loyang dan bekas pon. Semua boleh. Malaysia kan boleh.

Letak lapisan mash potato dekat bawah sekali. Tapi ni letak nipis je. Jangan pergi habiskan pulak.Sebab nanti kita nak letak dekat layer atas sekali.

Letak inti daging/ayam yang dah masak tadi

Then layerkan balik dekat atas sekali dengan mash potato.

Kuning telur dan sedikit pewarna kuning telur untuk ditepek kan di atas mash potato

Sebegini. Sapu di seluruh permukaan Shepherd's pie ini

Dan garis-garis kan ia seperti tikar nenek kita dekat kampung tu. Guna garfu pon bolehhhh. Masuk dalam oven dengan suhu 180C dalam 25-30 minit. Kalau tengok bahagian atas tu dah bertukar keperangan,tu kira dah masak lah tu. Sebab mash potato dengan inti daging/ayam tu kan kita dah masak. Bila topping dah masak dan keperangan,so boleh lah keluarkan daripada oven.





Tadaaa! masak sudah.



Senang je kan nak buat Shepherd's Pie ni?

Begini lah ghupenyer bila dipotong.

Close up sikit..

Close up lagi..


Ok senang je kan mak-mak jemah sekalian? Kita berjumpa lagi di lain entry. Selamat mencuba bagi sesiapa yang nak cuba.Di kesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Makan lembu biarlah berpada-pada.



ok bye!



p/s: Kalau nak baca blog cikepal06.blogspot.com tanpa loading yang lama. Boleh search dan follow dekat imotiv (dulu nuffnangX). Apps baru,pastu nak baca blog memang laju gila loading. Boleh download apps ni dekat phone! :)




54 comments:

  1. Sangat senang dan mudah. Semudah ABC dan 12345678.. hahaha. Cik epal yg lelebih tu hantar ke rumah ruby kat tmn melati ni ye. Hahaha.

    Dari ruby.my

    ReplyDelete
  2. Sangat senang dan mudah. Semudah ABC dan 12345678.. hahaha. Cik epal yg lelebih tu hantar ke rumah ruby kat tmn melati ni ye. Hahaha.

    Dari ruby.my

    ReplyDelete
  3. senang gile nak buat.. nak juga lah hehehe..

    ReplyDelete
  4. entry kali ni macam garang sikit sebab terlalu hiperbola. hehe. tapi sedap tu kak epal.

    ReplyDelete
  5. makan lembu ? hehe..


    SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA CIK EPON.

    ReplyDelete
  6. slm perkenalan...! wah mmg senang... leh la try nti.. thx for sharing... :)

    ReplyDelete
  7. nampak sonang je nak buat, nak buat tp oven xde lahh , sedih jaa

    ReplyDelete
  8. I'm gonna try this later, thanks! :D

    ReplyDelete
  9. nyum..nyumm..kang ada jugak yg raya makan shepherds pie nih..muahahaha..

    ReplyDelete
  10. senang tapi haisssyyy diserang penyakit M,,, haha

    ReplyDelete
  11. telan air liur je lah tgk entry ni pepagi buta.. erghhhh

    ReplyDelete
  12. Sedapnya. Pandai cik epal terangkan. Senang je nak faham.

    ReplyDelete
  13. wow cik epal best nyer..nk wat la..resepi cik epal yg simple dan sgt paham biler baca hehehe..i follow u

    ReplyDelete
  14. nampak mcm senang & sedap.. lps nie nak try buat pulak,, thanks cik Epal ! :)

    ReplyDelete
  15. Macam sedap sherped pie ni. cam nak buat tapi disebabkan tengah meng ON diet, memang tak aaa nak buat skang.. Hahahahahahaha

    tahan perut ni.. nak buat bulan 1 nanti.hahaha

    ReplyDelete
  16. wow, macam best jee ^^ mesti cuba ni :D

    ReplyDelete
  17. nampak sdp je. rajin cik epal masak~

    ReplyDelete
  18. cik epal... share lah entry psl diet. gaya hidup sume spi cik epal bole jd kurus spi mcm ni.

    ReplyDelete
  19. cik epal, share lah psl gaya hidup masa tgh berdiet. menu diet, gaya hidup sume. tips

    ReplyDelete
  20. Yummmyyyy .npk sedap! I'll try after spm karang. Haha xD

    ReplyDelete
  21. tengok orang masak, teringin nak masak....

    ReplyDelete
  22. cik epal selalu buat sy tersenyum dgn resepi yg sgt memudahkn..tq cik epal

    ReplyDelete
  23. cik epal punya resepi mmg memudahkn dan amat menghiburkan..tq cik epal..i suka follow resepi u

    ReplyDelete
  24. cik epal selalu buat sy tersenyum dgn resepi yg sgt memudahkn..tq cik epal

    ReplyDelete
  25. saya dah beli bahan2, ingat esok pagi nak try buat...

    ReplyDelete
  26. first time masuk blog ni sbb carik resipi. . menarik, tertarik kau mmg debomb... :)
    tenkiu krn memeriahkan suasana. . :))

    ReplyDelete
  27. first time masuk blog ni sbb carik resipi. . menarik, tertarik kau mmg debomb... :)
    tenkiu krn memeriahkan suasana. . :))

    ReplyDelete
  28. I love u cikepal. Dah bagi instructions with humour. Haha nanti nak cuba ni. Pasti best!

    ReplyDelete
  29. Benda ni kot saya makan ari tu..sedap kemain..sbb suka mash potato tu...tp xtau apa nama. So..nk try bt la...harap2 jd

    ReplyDelete
  30. Benda ni kot saya makan ari tu..sedap kemain..sbb suka mash potato tu...tp xtau apa nama. So..nk try bt la...harap2 jd

    ReplyDelete
  31. Nk try..benda ni la yg makan hr tu..tp xtau apa

    ReplyDelete
  32. Benda ni kot saya makan ari tu..sedap kemain..sbb suka mash potato tu...tp xtau apa nama. So..nk try bt la...harap2 jd

    ReplyDelete
  33. yay!! dah cuba..sedap sangattt... thx sebab sudi kongsi mudah ini.. :)

    ReplyDelete
  34. mcm menarik .. tak penah mkn pun sherpard pie ni

    ReplyDelete
  35. I loikkeee le resepi ini cik epal weh....

    ReplyDelete
  36. Saye dah buat cekadak ni. Memng best letak banyak susu lagi besh kat potato dier tu. Sebab letak ssusu lebih....dia jd lembik sket. Dah siap turipa memang hodoh. Tapi sedap. Saya tak letak cendawan pon. Letak sayur campur aje.. cekadak nih memang best. Cubalah.

    ReplyDelete
  37. Hehe saya dah buat cekadak nih. Memang best. Mak bonda pon kata sedap.saya buat letak sayur campur aje. Takde cendawan pon.pastu...potato dia saya taruk susu lebih.best woooo... tapi lembik la sikit. Itu yang bestnye. Bila dah siap tu rupa dia memang hodoh tak bleh stand dan potong betul2 sebab mash potato lembik sikit tu la. Walau apa pon rasa dia memang best. Ingat kali ni nak buat asing2 la. Bila nak makan main scoop jer one by one. Nak banyak mana ha cedok jer.

    ReplyDelete
  38. nyumm2..cam sedap je dan mudah je cara buat.. boleh la try jd juadah berbuka puasa ni..hee.. thanks share ye cik epal..

    ReplyDelete
  39. Resepi u mmg senang giler...ofkos i kene try! Tq cik epal (",)

    ReplyDelete
  40. Dah buat, mmg terbaik..n ore klate kato sene smesek! Haha

    ReplyDelete
  41. Nmpk sedap nti nk try la..tenkiu cik epal

    ReplyDelete