Thursday, September 19, 2013

Rindu lah dekat nenek ku yang comel dan kelakar ni

Banyak betul benda nak cerita pasal nenek aku ni. Ni sumber dari cousin aku yang HOT. sebab dia duduk serumah dengan nenek aku. ni dia lah yang cerita pasal nenek aku ni. Cousin aku nama dia NOR



scene 1


Nenek: Nor.. dulu kau makan LOKSO tu dekat mana Nor? Sedap tak Nor? Mak teringin pulak nak makan


Nor: LOSKO? LOKSO apa tu mak? mana ada Nor makan LOKSO

Nenek: alahh LOKSO yang kau makan dengan mak kau tu Nor

Nor: bila masa ni mak? LOKSO apa tu?

Nenek: yang daging tu nor. Tapi mak rasa mak tak boleh makan lah nor sebab ada daging. ada tak yang ada ayam?

Sekali Nor ni dah dapat tahu lah apa mak aku nak ni. dia ingat LAKSA rupa rupanya

Nor: laaaaaaaaaaaa tu BAKSO mak. Bukan LOKSO. BAKSO lahhh

Nenek: alaa sama lah tu. SO SO jugak bunyik dia (buat muka tak bersalah)


Scene 2


Time ni mak (nenek) baru habis tengok berita. Dia cerita lah dekat cousin aku si Nor ni


nenek: Nor tadi mak tengok berita, ada lelaki ni tipu perempuan. dia kata umur dia 60 tapi menyamar cakap umur dia 30 dekat SHEKBOK nor

nor: SHEKBOK apa pulak ni mak?

Nenek: tu lah lelaki tu tipu perempuan tu. dia tipu duit. Banyak jugak duit perempuan tu dia tipu. alaa dia kenal dekat SHEKBOK tu Nor

Nor: SHEKBOK tu apa mak?

Nenek: alaa yang boleh taruk muka tu. Tapi dia tipu muka dia. dia pakai gambar lelaki muda hensem hensem

Nor: oohhhhhhhhhhhhh tu bukan SHEKBOK mak. tu FACEBOOK lah mak. apa jauh sangat bunyiknya

Nenek: alahhh sama lah tu (again muka tak bersalah)


Scene 3

Nenek: Nor, ayah kau dulu kan selalu beli barang WELL WELL nor. sekarang dia beli lagi ke nor?

Nor: WELL WELL apa pulak ni mak?

Nenek: mak selalu sebut WELL WELL tu depan kak Enon (kawan nenek aku) lepastu Kak Enon selalu gelak kan mak. cakap mak salah sebut


Nasib baik nor ni bijak. dia pon dah dapat agak dah WELL WELL ni apa. sebab dia mention pasal ayah dia

Nor: laaaaaaaaaa mak. AMWAY lah mak. mana datang WELL WELL. patut lah Kak Enon gelak kan mak. Memang salah pon mak sebut. muahahahaha

Nenek: alahh sama je lah tu bunyik dia

Time ni Nor tengah pegang fon. Main mesej dengan balak dia . tapi nenek aku nampak. dia cakap

Nenek: haaa tu nak bagi tahu cik epal lah tu mak salah sebut

Mak: hahaha mana ada mak. orang mesej dengan boyfriend ni mak


muahahaha tahu tahu je mak aku ni yang cucu cucu dia selalu pedajalkan dia. muahahahahaha. nasib badan lah mak dapat cucu cucu tak makan saman macam ni.sila REDHA. tapi walaupun mak selalu salah sebut. tapi saya tetap sayang mak. * saja bodek. Duit raya tahun ni TRIPLE ok mak ea ea ea ea


nenek (mak) dan ibu aku

Comel kan depa dua-dua ni? muehehehehehe =)


Siapa yang tak pernah baca kisah nenek aku time part 1 punya boleh KLIK SINI. nak baca entri SAIPOL, boleh baca dekat SINI. Pesyen pesyen macam ni jugak lah. pesyen salah sebut . tapi dia konfiden je apa dia sebut tu betul :D

Entry re-post. Saja nak post lagi sebab kiteww rinduwww lah dengan nenek kitewww (bahasa rempit)


eh ok bye!



p/s: Kalau nak baca blog cikepal06.blogspot.com tanpa loading yang lama. Boleh search dan follow dekat imotiv (dulu nuffnangX). Apps baru,pastu nak baca blog memang laju gila loading. Boleh download apps ni dekat phone! :)

25 comments:

  1. alamakkk...lawa mak cik epal..hehe:)

    ReplyDelete
  2. Hahahaha. Lawak lah nenek cik epal. SHEKBOK pun boleh. Hehe..
    Muka cik epal sejibik ikut muka mak. Comel! :D

    ReplyDelete
  3. Ha..... Memang kelak kan.. Teringat kat arwah nenek saya yang selalu je kena buli kat cucu2 dia

    ReplyDelete
  4. heheheh kenangan yang tak mungkin dilupakan bersama nenek tersyg kan? hehe

    ReplyDelete
  5. lar tgk skali imbas td mati2 ingat mak cik epal tu cik epal..rupanya salah org..mmg muka cik epal ikut mak cik epal la ni..sejibik..nak2 tang senyum..

    ReplyDelete
  6. hahahahahaha
    comel nenek cik epal :D

    gelak guling2 tau

    ReplyDelete
  7. Ahahahhaha xD lawak betul.
    Same with my dad, orang kata sinki, dye kta shink LOL LOL xD ape punya pronounce mana belajar ntah Wwwww xD

    ReplyDelete
  8. haha..lama akak tunggu CE cerita pasal nenek CE ni...

    ReplyDelete
  9. seronoknya ada nenek,yg boleh bermanja2 gitu...sporting pulak tu..

    ReplyDelete
  10. Bestny ad nenek. Saya dua2 nenek dah xad.

    ReplyDelete
  11. Betul tu cik epal. Hargailah Nenek semasa beliau masih hidup ni. Kan? Teringat plak kat nenek aku, bila cucuk kat pinggang je mesti latah, Opocot Mak kau Meletop!!! Mak aku jugak yang meletop keluar! Muahahaha :D

    ReplyDelete
  12. Betul tu cik epal. Hargailah Nenek semasa beliau masih hidup ni. Kan? Teringat plak kat nenek aku, bila cucuk kat pinggang je mesti melatah, Opocot Mak kau Meletop!!! Mak aku jugak yang meletop keluar! Muahahaha :D

    ReplyDelete
  13. aloloo.. cute nye nenek cik epal.. ^_^

    ReplyDelete
  14. NENEK ALWAYS COMEL <3 HEHE SAYANG MAK AKU JGK. IBU SAYANG MAK SAYANG <3 HEHE

    ReplyDelete
  15. terus teringat wan ngan tok di kampung hu

    ReplyDelete
  16. hihi mcm2 hal kan nenek2 ni. baru nk kenal perkataan kita skg

    ReplyDelete