Friday, September 6, 2013

Mari cantik bersama Fairy Whitez and Fairy Blossom !

Hye! Harini nak review produk lagi. . Haritu aku dapat 6 kotak minuman Fairy Beauty. 3 kotak Fairy Whitez dan 3 kotak Fairy Blossom. Macam-macam benefit boleh dapat bila minum dua benda ni.Nak cantik kena lah jaga kecantikan luaran dan dalaman kannn :D




Boleh tengok results dalam masa 4 minggu je! Wow! Ok mula-mula,meh sini nak cerita pasal Fairy Whitez ni



Semua perempuan nak kulit yang muda,licin dan berseri kan? Fairy Whitez ni adalah minuman segera yang sedap,awet muda dan mencerahkan kulit.Padat dengan kebaikan dari peptides marin dan ekstrak tumbuhan yang memulih seperti mulberry dan lingonberry. Tapi bukan perempuan je yang boleh guna Fairy Whitez ni tau. Lelaki pon boleh tahu! Tak kan ah perempuan je yang nak cun kan. Lelaki pon nak handsome jugak :D




Suka botol dia. Nampak classy dan elegan sangat! :D




Apa yang korang boleh dapat bila minum Fairy Whitez ni?


-Mengurangkan kedutan dan garis halus
-Menegangkan kulit
-Menggalak kan pembaharuan sel dan tisu membaiki peredaran darah
-Memulihkan keanjalan kulit dan mengecilkan pori-pori
-Menjadikan kulit gebu dan licin
-Mencegah jerawat
-Mencerahkan kulit dan mencegah pembentukan pigmen gelap
-Mengurangkan lingkaran gelap bawah mata
-Menguatkan sendi dan meningkatkan daya leneturan
-Menggalakkan pertumbuhan rambut lebih lebat dan kuku yang sihat
-Ciri-ciri antioksidan menentang radikal bebas yang memudaratkan.
-Menyuburkan badan dengan khasiat vitamin,zat galian, asid amino dan antioksidan

Waaa banyak gila kan benefit kalau minum Fairy Whitez ni! Memang best! :)





Fairy Whitez tu je lelaki dan perempuan boleh minum. Fairy Blossom ni tak sesuai untuk lelaki.Perempuan je boleh minum sebab:

-Menjadikan payudara montel dan berisi (kalau lelaki minum ni,parah!)
-Menegangkan dan menaikkan payudara yang kendur
-Menganjalkan pinggul
-Memulihkan pelinciran vagina dan menambah kepuasan seks (untuk yang dah kahwin lah)
-Menambah kecergasan dan tenaga
-Melegakan ketegangan sebelum haid dan masalah haid
-Mengurangkan dan melengahkan gejala putus haid (menopaus)
-Membaiki kualiti tidur dan mencegah kepala angin
-Membaiki kesihatan tulang dan sendi
-Menyuburkan badan dengan khasiat vitamin,zat galian,asid amino dan antioksidan




Ambil sekali sehari. Tak recommend untuk ambil sekali serentak. Kalau nak ambil dua-dua botol sehari kena gap kan dalam 6 jam macam tu. Ambil sebelum sarapan dan waktu malam. Ibu mengandung tak sesuai minum ni. Tapi umur 16 tahun ke atas dah boleh start minum dah :)




Rasa minuman ni macam minum minuman beri,masam-masam manis gitu rasa dia. Rasa macam minum air kurma pekat pon ada.Agak pekat jugak lah tapi botol ni kecik (22ml) je. Sekali slurp memang habis dah. Letak pulak dalam peti ais,memang sedap lah minum.Personally, dari segi rasa aku suka Fairy Whitez (yang warna kuning) ni lagi daripada Fairy Blossom sebab Fairy Blossom rasa dia agak strong sikit.Tapi masih lagi di tahap boleh telan lah bagi aku. Kalau korang tak boleh telan,tutup lah hidung baru gulp gulp masuk tekak. muehehe




Kalau minum berterusan dalam masa 4 minggu memang kesan nya akan nampak dengan cepat lah.So far aku minum,rasa pipi macam ada natural blush. Pink-pink gitu pipi aku. Eye bag pon berkurang. Tang dada tak tahu lah apa beza. Tak ukur lah pulak makin mengembang dengan pesat ke tidak hahahaha.Tapi rasa macam makin firm lah.Kulit pon makin cerah dan ada natural glow gituww.Best tau minum dua benda ni. Rasa macam makin bertenaga je lately dan badan tak lesu :)




Satu kotak adalah rm89. Setiap kotak ada 10 botol (22ml). Minum sekali sehari. Fairy Blossom yang warna merah tu untuk bentuk badan yang menarik. Yang Fairy Whitez warna kuning tu pulak untuk kecantikan kulit. Kalau minum dua-dua ni memang marvelous dan meletop lah kesan nya :D



Masa umur 20an ni lah nak jaga kecantikan luaran dan dalaman ni. Time muda-muda ni lah elok merajinkan diri menjaga kulit dan badan. Kalau dari muda dah rajin,mesti sampai ke tua pon rajin nak menjaga kecantikan diri. Ye tak? :D




Untuk pengguna Android dan iPhone lagi syok woo. Sila lah download apps Fairy Beauty ni sebab dorang ada buat promosi beli 5 percuma 1 sekarang ni.Dah beli boleh dapat kan cop. Cukup beli 5 kotak dapat free sekotak. 





Cara-cara macam mana nak dapat cop dan detail product semua ada dalam apps ni. Ada banyak testimonial daripada customer jugak.Boleh lah kelebet satu-satu testimonial dorang semua ni kalau nak tahu keberkesanan produk ni .


Produk Fairy Beauty ni korang boleh dapat dekat Caring Pharmacy, AEON Wellness Pharmacy, Farmasi Alpha dan farmasi di seluruh negara. Dekat Watsons pon ada jugak. Boleh lah cari produk best ni sekarang! :)



More info: 


7 comments:

  1. cik epal, kalau macam b4 breakfast amik fairy whitez, malam amik blossom boleh ke? :) macam berminat pulak.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. cik epal, kalau pagi amik whitez and malam amik blossom boleh ke?

    ReplyDelete
  3. @Akmar: boleh je. Memang macam tu pon sepatutnya :)

    ReplyDelete
  4. nanti start keje boleh la kot start try all these beauty stuff.. sekarang tak leh lagi,, tengah menahan sabar,, hehe

    ReplyDelete
  5. macam menarik.....ajar camne nak buat boleh ?

    ReplyDelete