Friday, September 27, 2013

Cermin mata kanta biru dengan HOYA




Sekarang ni zaman teknologi berkembang kan? Kita asyik lah mengadap komputer,laptop, skrin televisyen,smartphone,tablet, GPS devices yang dah sah-sah semua benda ni keluarkan blue light. Bila mata kita banyak terdedah dengan 'blue light' ni,mata kita pon letih dan selalu menyebabkan ketegangan mata.



Sebab aku pakai contact lens (selalunya seharian memang kena pakai contact lens) , so mata memang penat. Tambah pulak selalu ngadap tablet dan gadget,memang mata kering dan pening kepala la jugak kadang-kadang.
Jadi penyelesaian terbaik adalah kita buat spek! Tapi spek ni bukan spek biasa tau. Sebab lens spek ni daripada HOYA blue control lens. 



HOYA blue control lens ni membantu meneutralkan 'blue light' yang selalu dipancarkan oleh LCD dan LED skrin. Lens spek ni boleh juga mencegah mata kita dari ketegangan mata. HOYA blue control lens ni memang bagus sebab dia jaga mata dalam keadaan yang lebih baik. Mata kita pon lebih selesa bila nak guna alat digital setiap hari.


Sebelum buat spek, cek mata dulu. Risau jugak sebab pakai contact lens kan,takut mata ada apa-apa ke.  Nasib baik mata aku memang tak ada masalah dan berada dalam keadaan baik. Alhamdulillah. 




Lens spek aku ni pon ada warna kebiruan sikit. Aku memang suka style spek besar ala-ala cikgu Zabedah ni. Bila spek besar,makin jelas kelihatan lah apa yang lecturer di depan tulis dekat whiteboard kata kooo. (Alasan ada spek baru mesti lah acah-acah ilmiah sikit) .Tak ada lah aku main candy crush dekat belakang nanti. ihikk :D




Untuk manusia yang selalu mengadap laptop dan smartphone almost everyday (macam aku). Boleh lah korang try buat spek dengan HOYA blue control lens ni. Mata sangat selesa uolssss. Pulak-pulak zaman sekarang ni ramai yang tak boleh hidup tanpa gadget dan tablet di tangan kannn.Lens spek ni memang terbaik! Mata pon sangat selesa tau :)



Nak lebih info pasal HOYA blue control lens ni boleh tengok sini: www.bluecontrol.eu

34 comments:

  1. sy taktahu knp tgk senyuman cik epal cantik gila... senyuman ikhlas :D

    ReplyDelete
  2. serious cantek..sebab nampak colour biru tuh..hehe

    ReplyDelete
  3. Memang tren skrg ni orang pakai cermin mata besar-besar kan..:-) Bagus kanta HoYa Blue tu.. Nice sharing..

    ReplyDelete
  4. cik epal buat di mane ye?? igt nak try jugak...

    ReplyDelete
  5. comell pulak cik epal ni dngn spec besar tu . hehehe .

    ReplyDelete
  6. cantiknya spek baru... bape power spec?

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Sy kerja kat optical shop . Kita mmg push product hoya . Mmg terbaik . Japan product . Heee . Ni produk baru launch . Best sgt . With new function n techology..

    ReplyDelete
  9. Hihii . Sye keje kat optical shop . Mmg ni product bru launch . Best . Hoya is the perfect vision .

    ReplyDelete
  10. wah.. menarik. kita pun pakai spek jgak tp xprnah cuba lens yg cik epal rekemen ni..

    thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  11. Rasa macam nak kena buat spek pulak bila hari - hari ngadap kotak cahaya ni (baca screen)

    ReplyDelete
  12. kat mana nak beli spec hoya nih ? paling dekat area mana ?

    ReplyDelete
  13. Kos dia berapa nak buat spec nih? kat mana paling dekat nak buat spec hoya ni?

    ReplyDelete
  14. kos berapa nak buat spec ni? kedai dia kat mana ?

    ReplyDelete
  15. mati mati ingatkan Hoya kumpulan Infinite hehehe

    ReplyDelete
  16. adusss,, baru je tukar spek tapi dah berkenan ni ngan hoya nih,, haissyyy

    ReplyDelete
  17. Saya pun hari-hari berjam-jam mengadap komputer. Harap2 mata tak cepat rosak. Kalau tak kena buat spek jugak la nampaknye. By the way, nice spek :-)

    ReplyDelete
  18. Kemahen Cik Epal spek baru. Ecece... :D

    ReplyDelete
  19. hai cik epal. berapa harga cik epal buat spec dgn lens HOYA ni.?

    ReplyDelete
  20. kalau yang tak rabun pun boleh eh???

    ReplyDelete
  21. cik epal, buka link tu tapi taktau mana nak search dealer/ distributor location.

    tulong tulong..i is minat ok..

    ReplyDelete
  22. Sekarang ni hoya lens ni tak available lagi. Tapi akan ada dekat all stores dalam mid October ni :)

    ReplyDelete
  23. Harga tu tak ada fix price. Kena check up untuk find out. Sebab lain orang lain keperluan :)

    ReplyDelete