Wednesday, September 25, 2013

Bila rumah wangi baru lah kena dengan tagline 'rumahku syurgaku'

Aku perasan kalau jalan-jalan, orang Malaysia ni bila lalu tempat-tempat busuk mesti cepat-cepat picit hidung. Aku rasa semua orang pon macam tu kot. Semua orang suka benda yang wangi.Siapa yang suka hari-hari bau benda busuk pulak. Ye tak?



Kalau dekat rumah,tong sampah lah area yang paling busuk. Laundry dan rak kasut (dalam rumah) pon boleh tahan bau nya. Macam-macam cara nak kasi area-area ni wangi,sebab tak selesa lah kan bau benda-benda busuk ni dalam rumah. Last solution,beli Ambi Pur Air Effects!



Mak aku suka betul beli Ambi Pur Air Effect ni. Tapi bagus jugak ada Ambi Pur Air Effect ni asal ada bau kurang menyenangkan dekat rumah, sembur je dengan kadar segera. Terus hilang bau-bauan yang menyakitkan hidung itu





Ambi Pur Air Effects Sweet Citrus & Zest ni wangi gila nak meninggal bau nya! Sangat refreshing! Bila bau benda ni rasa tenang je,macam berada di alam lain yang penuh dengan buah citrus pastu rasa macam tengah baring berguling-guling di laman yang penuh dengan buah citrus. Gituww. Tapi Ambi Pur Air Effects ni bila kita sembur bau nya tak lah melekat macam kita sembur perfume dekat badan tu. Benda ni cuma menghilangkan bau je. Contoh nya ada ahli keluarga yang tetiba kentut bersepah ada di dalam rumah. Pastu sembur kan saja Ambi Pur Air Effects ni dengan kadar segera.hahaha  serta merta dah tiada bau kentut. Bau Citrus & Zest ni je yang ganti kan bau kentut itu. 





Dekat dapur lepas masak kailan ikan masin,asam pedas, ayam masak lemak cili api ke apa. Boleh je sembur Ambi Pur Effects ni. Serta merta dapur anda bertukar menjadi bau buah citrus yang harum :D


Kalau untuk hilangkan bau memang bagus lah Ambi Pur Air Effects ni. Fungsi nya memang untuk hilangkan bau yang kurang menyenangkan dekat rumah kita pon. Bukan wangikan rumah ye.Yang wangikan rumah, itu tugas perfume. Jangan confused pulak. Tapi best lah Ambi Pur Air Effects ni,asal ada bau pelik-pelik dekat rumah ni cepat-cepat aku sembur benda ni. Tak payah dah nak tahan napas atau tutup hidung kalau ada bau pelik-pelik.Rumah wangi,otak tenteram,hati senang,hidung pon nyaman. Baru lah sesuai dengan tagline 'rumahku syurgaku'. Gituww :D


Harga satu Ambi Pur Air Effects ni RM11.90 je. Motip sangat tak nak beli. Murah dah tu dan boleh dapat dekat pasaraya yang berhampiran dan berjauhan rumah anda :P


By the way, Malaysia perlukan perubahan! Lagi-lagi dekat tandas awam,pengangkutan awam dan lain-lain.Tempat-tempat macam tu lah yang kita nak kasi wangi kan? Korang boleh pergi dekat Ambi Pur Facebook untuk vote tempat apa yang paling busuk yang korang boleh fikir dan Ambi Pur akan tukar top 5 tempat yang busuk itu kepada wangi. Mari lah kita menjadikan Malaysia daripada "Smelly to Smiley". Mari ambil langkah pertama untuk perubahan. Boleh vote dekat SINI sekarang! 





Video ni kelakar. Lagi-lagi part #potongstim dan #banyakstim . Cer tengok :D




Jadilah sebahagian untuk mengubah Malaysia :) .Aku dah vote, korang bila lagi? Jangan lupa vote tau tempat yang korang nak ubah daripada "smelly to smiley" dekat SINI ! :)


ok bye!

2 comments: