Thursday, August 1, 2013

Panacea Beauty - Serum yang boleh disapu dan dimakan!

Selalu dengar serum untuk sapu dan tepek dekat muka je kan? Kali ni ada satu produk Serum Biowhite Collagen daripada Panacea Beauty yang boleh sapu dan makan jugak tau! Gulp! first time dengar serum boleh di makan. Serum boleh makan? Biar betik? Tertanya-tanya macam mana lah rasa serum ni ye. Rasa betik ke? kehkehkeh



Ini lah dia Serum Biowhite Collagen daripada Panacea Beauty yang boleh disapu dan dimakan itu.Serum ni dah complete semua khasiat sebab ada air suling, madu, ekstrak aloe vera,seaweed,marin kolagen,sarang burung walid dan pati oren yang sememangnya memberi kesan yang baik terhadap kulit sebanyak 5 kali ganda keberkesanan nya.


Cara nak guna nya senang je.Ambil beberapa titis serum ni pastu sapukan dekat muka atau kawasan kulit yang bermasalah. Bukan boleh guna dekat muka je, dekat siku atau badan pon boleh.Kalau siku kering ke,boleh juga sapu serum ni kasi lembap.


Ni part yang paling best aku nak try. Nak tahu rasa serum ni macam mana. Adakah pahit seperti ubat,tawar pelesir tak rasa apa-apa,atau sedapnya hingga menjilat jari?? Mari kita cuba try test!!



 Kalau nak makan,cara nya ialah makan satu sudu kecil sebelum sarapan (sebab ni bulan puasa makan lah sebelum sahur) dan sebelum tidur. Boleh makan macam tu je. Kalau rasa takut nak makan macam tu je boleh campur dengan jus buah-buahan lalu minum.Mula-mula macam geli dan takut jugak nak makan. Ye lah tak pernah-pernah lah pulak sebelum ni aku buang tebiat nak makan benda yang boleh ditepek dekat muka macam pencuci muka ke,ubat jerawat ke apa.Mana lah tak seram kan. Tapi bila rasa serum ni,eh tersedap lah pulak. Rasa nak makan lagi 5 sudu. Hehe rasa serum ni macam madu tapi tak manis sangat lah. Memang sedap di makan begitu sahaja. Kalau korang jenis yang malas nak sapu-sapu benda dekat muka,haa korang makan je. Settle! :D





Ni antara khasiat lain Serum Biowhite Collagen ni :


-Mencantikkan kulit wajah agar lebih berseri dan lembab sepanjang hari
-Melambatkan proses penuaan dengan menambahkan keanjalan kulit
-Menghilangkan parut jerawat, parut pembedahan, dan kesan regangan kulit
-Menghasilkan kulit yang licin dan mengecilkan liang-liang pori
-Mencerahkan kulit dari dalam dan meratakan tona kulit
-Membaiki sel-sel kulit mati dan pembentukan sel-sel baru
-Memulihkan kulit kering dan Nyahhidrat.



Pengasas produk Panacea Beauty ni pon comel lote belaka :)




Soalan-soalan yang mungkin ada dalam kepala korang sekarang

Lelaki boleh guna ke produk ni?
Boleh jahhh.

Start dari umur berapa boleh guna?
Umur 16 tahun ke atas pon dah boleh start guna

Harga?
60ml- RM95.00 (Semenanjung Malaysia) RM105.00 (Sabah dan Sarawak)

Kalau korang ni jenis yang makan supplement dan sapu macam-macam produk. Boleh lah gantikan dengan Serum Biowhite Collagen Panacea Beauty ni sebab produk ni ALL in ONE. Kira dah pakai produk ni tak payah dah nak makan madu ke atau sapu produk lain dah.Kan dah jimat tu. Sebab produk ni ALL in ONE, RM95 untuk 60ml tu kira affordable lah jugak kan ? :)




Ni video time Majlis Pelancaran Serum Biowhite Collagen

Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal produk ni boleh LIKE FACEBOOK PAGE PANACEA BEAUTY ni.

Produk ni tengah mencari stokis/pengedar/dropship bagi setiap negeri. Siapa yang nak dapat side income lebih tu boleh lah PM dekat facebook page atau call di talian Hotline : 013-4449531 / 019-7300105


ok bye!



13 comments:

  1. Laaa manis ke cik epal? Kalau sapu muka agak-agak semut datang tak? >_<

    ReplyDelete
  2. @ailyl rozanna: rasa manis tu tak ada lah manis sangat. manis light-light je. InsyaAllah semut tak datang :P

    ReplyDelete
  3. baru pertama kali tgk product sapu kt muka n bole mkn

    ReplyDelete
  4. Wahh..beshnye..bley jd dropshipper ker cik epal?

    ReplyDelete
  5. Wahh beshnye..bley jd dropshipper ker cik epal?

    ReplyDelete
  6. @Fieza Ramli: Boleh. contact number tu :)

    ReplyDelete
  7. KITE PUN BRU TRY . HEHEHE .. OK . ADE PERUBAHAN :)

    ReplyDelete
  8. menarik. boleh makan mmg selamat la. tapi kalau 60 ml buat makan terasa rugi. sebab klu mkn berapa hari je dah habis. 60 ml kecik je kan but untuk sapu kat muka berbaloi la

    ReplyDelete
  9. Boleh simpan dalam room temperature ke? Sebab duduk asrama xde fridge.

    ReplyDelete