Monday, August 26, 2013

Natural makeup with Vacci Luxe Collection

Hansaegee Nature (jenama kecantikan Korea yang banyak mask best tu) dah ada rangkaian baru mineral make up iaitu Vacci Luxe Collection. Mineral make up ni bagus untuk kulit tau sebab mineral make up ni diperbuat daripada mineral semulajadi seperti ekstrak tumbuhan.Kalau korang ada kulit yang sensitif,boleh cuba mineral make up sebab mineral make up tidak menyumbat pori dan boleh melegakan kulit yang sensitif. Best kan?

Selalu tengok retis-retis Korea punya make up mesti tak over. Light je.Kulit muka pon nampak sehat. Glowing-glowing gituww. Kalau nak make up tipis macam ni,meh lah kita try produk make up Korea ni. Mana tahu bila pakai,terus muka berubah jadi macam Song Hye Kyo pastu boleh join SNSD cukup kan seploh orang ahli depa. Ahak!



Untuk make up harian, aku guna 3 benda ni je. Senang,cepat dan mudah. 5 minit je tepek-tepek dekat muka,dah siap dan boleh pergi keluar jalan-jalan atau pergi kelas.




Ini produk Vacci Luxe Collection:


1) Vacci Luxe Collection Make-up Base (Beige)
2) Vacci Luxe Collection Stick Foundation (Natural Beige)
3) Vacci Luxe Collection Lipgloss (Milk Brown)


Make up base ni adalah trick yang mudah untuk nampak kulit sihat tanpa memakai lapisan foundation yang  tebal setebal kamus dewan bahasa. muehehe. Make up base ni juga untuk samakan tona kulit kita bagi sekata.

Ada 3 warna make up base yang boleh dipilih.

Green-Kalau kulit ada kemerahan dan jerawat,boleh guna make up base green ni untuk meneutralkan nada merah dekat kulit

Violet- Untuk menormalkan kulit berwarna kuning seperti lebam kuning. Ia juga boleh membantu menyembunyikan lingkaran hitam di bawah mata

Beige- Untuk lingkaran hitam di bawah mata dan nada merah ringan di muka





Aku guna Beige! Bau dia wangi sangat. Texture pon light. Suka sangat make up base ni sebab dia bagi full coverage dekat muka :)



Punya lah senang nak make up guna Vacci Luxe Collection ni. Sampai tertidur-tidur mak jemah. Ahak! Cara pakai make up base ni senang je. Dot dot kan je dekat bahagian muka dan bawah mata. Pastu blend kan kasi sekata.



Dah apply make up base,pastu guna stick foundation pulak. 





Cara guna stick foundation ni pon senang je. Letak dekat bahagian T-zon (dahi dan hidung),dagu,bawah mata dan lain-lain.Pastu sapu je guna jari-jemari anda bagi rata.Nak guna puff ke brush ke suka hati. Guna jari pon bolehhh.Aku guna jari je :)



Bahagian muka siap dah! Pastu boleh calit lipgloss pulak dekat bibir. 



Bibir aku pulak jenis kering. Memang sesuai sangat lah pakai lipgloss ni. Suka tekstur lipgloss ni.Berkilat dan melembapkan. Ni warna Milk Brown. Warna lipgloss ni sangat natural.Selain bahan-bahan mineral semulajadi yang ada dalam lipgloss ni,ia ada vitamin E jugak tau dan sebenarnya memang bagus untuk bibir kita semua :)







Tadaaa! Wink! *kenyit mata* (bajet dah macam gadis Korea letteww. Berangan je lah kau jah.Muka melayu totok,tetaplah melayu totok.Berhentilah dikau mengelamun entah kemana-mana) 



Siap dah mekap paling simple di dunia.Senang,cepat dan ringkas! Mekap 5 minit je pastu dah boleh keluar jalan-jalan.. Nampak nipis,natural,ringan,tak over dan kulit muka pon nampak sehat jahhh. Patut lah kulit retis Korea  cantik-cantik sebab depa pakai mineral make-up. Memang sesuai sangat guna 3 benda ni untuk mekap hari-hari. Stick foundation dengan lipgloss tu pon boleh simpan dalam handbag. Boleh bawa kemana-kemana.


 Kalau korang berminat nak beli Vacci Luxe Collection Mineral Make up ni boleh beli dekat web ni http://hansaegee.com/shop/

Selamat membeli-belah :D


11 comments:

  1. cantik! natural je.. klu song hye kyo tgk sure dia jeles pulak. he3..

    ReplyDelete
  2. vouge sangat cik epal ni...kan dah jd mcm korea...cantik!!

    ReplyDelete
  3. Salamm,, mesti kencang misnez nihh..masyukk

    ReplyDelete
  4. Kalu warna rambut ikut stail korea lagi umpshhj kan

    ReplyDelete
  5. wah..banyaknye alat make-up..best2..TQ tutorial picture untuk pakai make-up ni..hehe ^^

    Nice sharing

    ReplyDelete
  6. @Ersalina Kim : dekat entry ni ada bagi link. Klik link tu dan boleh beli dekat situ. Beli online je yang boleh setakat ni :)

    ReplyDelete
  7. hi cik epal..boleh bgtau hrga each product ni tak..tq

    ReplyDelete