Tuesday, August 13, 2013

Di Hari Raya Pertama

Raya setiap tahun macam biasa. Memang aku akan balik Kluang Johor lah. Ada orang Kluang tak dekat sini? :D





Pagi-pagi raya macam biasa. Mesti lah ada sesi bersalam-salaman, mintak maaf nangis-nangis,habiskan tisu sekotak lap air mata dan air hidung. Part ni memang aku excited sebab dapat duit raya! muehehe. Part mintak maaf,dialog yang aku ungkapkan memang sama je lah tiap-tiap tahun. Ni tengah salam nenek.Nenek aku pon memandang aku dengan penuh hiba je tau. Power tak power lah aku mengayat nenek aku. kehkeh.



Kamera DSLR malas nak bawak sebab berat sangat. (macam lah kamera dslr tu seberat lesung batu je kan bila bawak sampai nak terputus tali handbag kekdahnya, ngomel berat). Pakai lah camera phone. Bila keluar flash,muka semua pon bercahaya sesuci lebaran gituwww. Raya tahun ni tema mustard. Tapi macam carca marba je family aku ni. Janji ada kuning sikit-sikit tu masuk tema lah jugak tu.




Yang penting, shawl aku pon dah sama warna dengan langsir rumah nenek aku.Nenek aku nak sabotaj lettewww.





Dengan ibu ku yang comel. Orang selalu cakap ibu aku nampak macam adik beradik. Ibu aku lah ni muka nak awet muda sangat. 




Ibu dengan maklong aku. Ewahh nenek aku dekat tengah tu. Senyum sampai ke telinga tau.



Nenek dan sebahagian cucu-cucu nya. Tengok nenek aku. Over tau senyum nampak semua gigi. Orang lain semua senyum kepit sorok gigi.




Ok ni nenek aku yang suruh pose macam ni. muehehe




Raya tahun ni aku bawak haiwan peliharaan aku beraya sekali dekat kampung. Dia adalah sejenis kucing yang makin lama makin gemok dan gebu gebas. Nama dia adalah Lilo. Tapi aku panggil dia Lilo Tonggek sebab dia berjalan tonggek-tonggek macam model runaway. Lilo Tonggek baik sangat dekat kampung tau.Diam je,orang pegang pon nak walaupun muka macam cencorot.Lepastu selalu lah nak manja-manja dengan semua orang,baring atas badan orang lah,mintak dibelai dagu nya lah. Kemain manja kau kan dekat kampung. Propa sehhh Lilo Tonggek ni. Kalau dekat rumah,punya lah sombong nauzibillah.Nak pegang sikit ngiau,nak pegang sikit ngiau. Tampar gak kang.





Gemok nya kau ni Lilo Tonggek. Tu lah orang suruh puasa,tak nak! Tapi disebabkan kau sejenis kucing,kau gemok memang akan nampak lagi comel lah.Sila lah gemok lagi. Malam raya dia yang over nak memunggah bunga api dan mercun. Dengar bunyi mercun berdentam dentum, lari menceceh ceceh macam tak cukup tanah dia. Haa tahu takut.






Di hari raya pertama pada waktu malam. Baju disponsor oleh bakal ibu mertua ku. hakhak. Dah habis beraya rumah sedara malam tu,ada sepupu ajak tengok wayang midnight. Pergi lah kitorang ke Kluang Mall beramai-ramai pakai baju kurung. Nak tengok The Conjouring untuk kali ke dua sebenarnya. Sekali dekat Kluang Mall cerita The Conjuring tak ada. Hazabedah betul! Dah sedara yang kanak-kanak ribena nak tengok The Smurf 2. Layan je lahh




Last-last dalam mall,sedap aku membuta. Cerita start 1.15am,memang tidur lah jawab nya kan dalam panggung. Adik aku je kemain gelak terkekeh kekeh tengok The Smurf tu.Tah apa yang lawak nya pon aku tak tahu sebab tidur lagi best. 




Btw, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada pembaca blog ini yang mengenali diriku di dunia nyata dan kenal melalui blog ni je. Mintak maaf ye kalau ada entri yang terkasar bahasa dan terkecik kan hati sesiapa. Kadang-kadang menaip ni sesedap rasa je. Tu kadang-kadang terbabas jugak tu.So harap diampunkan lah kalau ada yang terover tu.



Salam Aidilfitri :)





p/s: Kalau nak baca blog cikepal06.blogspot.com tanpa loading yang lama. Boleh search dan follow dekat imotiv (dulu nuffnangX). Apps baru,pastu nak baca blog memang laju gila loading. Boleh download apps ni dekat phone! :)

46 comments:

  1. Lawa baju Cik Epal ! Beli kat mane ?

    Selamat Hari Raya. ^_^

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Cik Epallllllll.. ;)

    ReplyDelete
  3. Cik Epal lawanya baju raya awak! Beli kat mana tuuuu

    ReplyDelete
  4. cantik baju ibu mertua sponsor tuh .. hihik .~
    selamat ari raya ..

    ReplyDelete
  5. cantiknya baju rayer cik epal..

    ReplyDelete
  6. cik epal ., lilit selendang tu cemana ? :)

    ReplyDelete
  7. cik epal , lilit selendang tu cemana ? :)

    ReplyDelete
  8. La kg kt kluang ke.. AKak pun sama, tmn matahari :-)slmt hari raya cik epal.

    ReplyDelete
  9. lawa baju raya CIk Epal ;)
    Cek Epal pun cantik!! hehee..

    ReplyDelete
  10. Canteyk baju Cik Epal....
    Selamat Ari Raye.....
    Banyak dapat duit raye?

    ReplyDelete
  11. selamat hari raye cik epal ! :D

    kemanakah hilangnya gigimu ketika bergambar???
    La ni,dah nak kawen,bkn main ayu lagi posing ek..sampai gigi pun disimpan rapi.. hohoho

    ReplyDelete
  12. Selamat hari raya buat cik Epal dan keluarga.. ;)

    ReplyDelete
  13. wahhh cantik baju.untunglah bakal mak mertua sponsor..hehe

    ReplyDelete
  14. cantik baju raya cik epal. weewiit! kemain pose! haha. :D

    ReplyDelete
  15. cik epal, cantik baju peplum awk yg ada lace tu... huhu...

    ReplyDelete
  16. Selamat hari raya cik epal yang makin kurus dan cantik...hehehehe :P

    ReplyDelete
  17. amboiii,, sakan dia beraya,, yang paling cantik pada hari itu,, of course la si nenek yang sedang tersenyum lebar :D

    ReplyDelete
  18. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin Cik Epal. :)

    ReplyDelete
  19. Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin :-)

    ReplyDelete
  20. @cik syera: lilit selendang macam biasa je ni. Labuhkan depan dan belakang :)

    ReplyDelete
  21. Baju raya warna mustard tu tak tahu lah beli dekat mana. Ibu yang beli kan :)

    ReplyDelete
  22. Selamat Hari Raya AidilFitri kepada Cik Epal :-)

    ReplyDelete
  23. eh cik epal !! sama la tema kita. tiru eaaaa. bhaha btw, selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  24. cantiknye baju raya cik epal (^_^)

    ReplyDelete
  25. Cantikkkkk! Kucing tu COMEL!!!

    Selamat hari raya maaf zahir batin cik Epal! :D

    ReplyDelete
  26. saya orang kluang jugak ! hehe.. Selamat Hari Raya cik epal.. =)

    ReplyDelete
  27. cik epal takmo lah senyum mcm tu, ce nampak gigi mesti cantik =) lagipon gigi cik epal kan cantikk =D

    btw, salam aidilfitri cik epal =)

    ReplyDelete
  28. cik epal gojessss... hbt btl cik epal py diet smpai cun cenggini.. mohon tips diet.. mcm yg cik epal sllu tunjuk tu kena blend buah2 n etc kan.. yg tu klo kt uma ok la. klo kt kolej... mcm mana cara cik epal diet utk turunkn berat??? jogging bp kli smggu? mkan macam mana? klo x mkn nasi ganti apa?? ni kalau kt kolej tau.. nk tau sesangat. sbb kita klo xmkn nasi kt kolej x turun pn berat.. mungkin slh ganti mkn kot? ce cte cik epal

    ReplyDelete
  29. selamat hari raya Cik Epal ^^ anyway cantik-cantik mak dan adik badiknya =)

    ReplyDelete
  30. tang nenek suruh posingtu akak suka.. baguih nenek cik epal... memang mak cik epal nampak sangat muda... macam adik beradik...

    ReplyDelete
  31. sis...yang gmbar first laki pkai baju ijau spek tu sape ye? mcm kenal jela..mcm bos kite dulu..hehehe

    ReplyDelete
  32. @ziera leyah: tu pakcik. Kerja dekat mana eh? :)

    ReplyDelete
  33. vavavaa.

    so canteks lahh. dah alang2 tu menari agogo 1 pliss~~ hihii :)

    ReplyDelete
  34. cik adik epal.. kat mana borong tudung2 tu eh?? elok je labuh depan labuh blkg :)

    ReplyDelete
  35. kt risda johor sis. tp skg dgr citer da pindah ke risda plantation kat kl klu xslh. hehe tgk dr tepi cm sama. tak tau la sme ke x.

    ReplyDelete
  36. kita pun johor gak..sebelah jek kat Batu Pahat

    ReplyDelete
  37. kampung sy Batu Pahat,
    asal JB,
    ada dkt Kluang juga
    :)

    ReplyDelete