Tuesday, July 30, 2013

Sungkey (Iftar) with Media Prima

Haritu berbuka puasa dengan Media Prima. Majlis buka puasa ni pulak dekat KL. Kena lah bertolak awal sikit. KL ni bukan betul kan,manjang je jem.Pening kepala kalau dok dalam kereta lama-lama time jem ni.Stresss. Untuk mengelak kan tekanan,bertolak awal lah kita.



Pukul 5.30 petang aku dah sampai dah. Punya lah cepat kan. Makanan pon tak ada hidang lagi. Melepak lah dekat situ jap tengok orang lalu-lalang. Nak berbuka ada lagi 2 jam. Dalam masa 2 jam menunggu tu macam-macam bau makanan lah keluar. Bau kambing panggang paling menusuk hidung sekali. Nasib baik aku tak puasa (orang perempuan,biasalah special case setiap bulan kehkeh). Kalau tak makruh puasa haku bau makanan macam-macam :D


Tak puasa pon tak malu kan nak makan dengan orang puasa.ngehngeh Tapi aku tak puasa pon tak makan and tak minum macam orang puasa.Rasa sama je. Time azan baru makan, So aku feeling macam berpuasa jah hari tu walaupun karang kena ganti puasa jugak.  :D





Tengok! Sorang pon tak ada lagi. Kemain cepat aku sampai. Nasib baik Encik Fuad from Media Prima rajin berborak dengan aku hari tu. Borak punya borak, rupanya senior uni. Kemain semangat Encik Fuad tunjuk matrik kad dia. Siap cerita dok mahalah apa,lecturer hape semua.Rindu zaman UIA katanya :D




Pejam celik pejam celik kedip kedip mata. Dah tiba lah masa nya untuk berbuka puasa. Seksi nau kambing panggang ni. Nasib baik kau sedap wahai kambing



Aku ni bukan lah penggemar kambing sangat. Tapi kambing ni sedap gila nak meninggal. Rasa daging dia juicy dan lembut je. Sos pon sedap. Yang hijau-hijau tu amende tah tapi benda tu lah membuatkan kambing ni bertambah lazat :D



Aku suka betul soto yang ada begedil ni. Pulak-pulak boleh suka hati aku nak bubuh berapa bijik begedil yang aku nak pon. Kadang-kadang frust hokayy makan soto ayam tak ada begedil.Tapi soto ni memang sedap dan terbaik dari kebun!




Dessert pon sedap. Puding karamel dan pisang apa tah tu. Banyak lagi dessert yang ada tapi ni yang paling menarik tekak aku untuk rasa. Pendek kata semua makanan dekat Flora Restaurant ni memang sedap belaka lah. Banyak lagi side dish.Tapi ni je lah yang aku makan. Nasi dia pon macam-macam lauk ada. Sebab aku malas nak makan nasi,aku makan je lah benda-benda lain.



Lepas berbuka puasa,pengarah urusan Media Prima bagi ucapan. Rupanya "SUNGKEY" tu makna dia buka puasa. Sungkey tu bahasa brunei katanya. Tu pengarah urusan tu lah kata bahasa brunei. Kalau dia tipu aku,makna nya aku tipu lah korang haha tapi betul lah kot Sungkey tu makna dia berbuka puasa. Cuba tanya orang Brunei betul ke tidok. Tapi betul lah tu,wat mende pon pengarah urusan ni nak tipu pulak kan di bulan Romadhon yang mulia ni :D




Sungkey,iftar,buka puasa tu semua sama je lah maksud nya. Sungkey bahasa brunei. Iftar tu bahasa arab. Dulu sebelum aku masuk uni, memang haremm aku tak pernah dengar amende iftar tu. Dari kecik sampai zaman remaja memang sebut buka puasa je lah kan? Masuk UIA baru aku tahu iftar tu hape. Sebab ustaz/ustazah,lecturer,kawan-kawan selalu sebut iftar,ye lah bahasa arab kan. So bila dah dewasa ni rasa macam urban pulak bila buka puasa sebut iftar. Urban sangattt kata kooo.hahahaha. Bahasa arab pon boleh nak feeling urban.Tak faham haku dengan diri sendiri.



Btw thanks Encik Fuad dan Media Prima sebab ajak buka puasa. Tahun-tahun depan ajak lah lagi hehe 




Terasa macam hari raya pulak pakai baju kurung peplum ni.Dah lah feeling puasa,pastu feeling raya pulak hari tu. Over tau haku. Baju cantik from WE LUV PEPLUM. Thanks we luv peplum! Tapi lupa nak ambil gambar berdiri. Ada gambar duduk je. ngehngeh.



Baju kurung peplum ni warna yellow mustard + black border lace + black pearl. Kalau sesiapa nak cari baju raya boleh lah order dekat WE LUV PEPLUM dan  facebook page ni ye.
.


Ok tu je nak cerita. bye!





p/s: Kalau nak baca blog cikepal06.blogspot.com tanpa loading yang lama. Boleh search dan follow dekat imotiv (dulu nuffnangX). Apps baru,pastu nak baca blog memang laju gila loading. Boleh download apps ni dekat phone! :)

25 comments:

  1. Serius baju cik epal omeiiii gilossssss

    ReplyDelete
  2. nmpk sedap2 la makanan dye..apatah lg rasa dye kn..

    ReplyDelete
  3. bahasa sarawak jgak. kami panggil berbuka tu sungkey~

    ReplyDelete
  4. yup..sungkey atau sebutan tepatnya sungkai memang bahasa brunei..hehe

    ReplyDelete
  5. sedapnya makanan kt situ.. baju peplum tu cantik :D

    ReplyDelete
  6. Org swk pun panggil sungkei :-)

    ReplyDelete
  7. Org swk pun panggil sungkei :-)

    ReplyDelete
  8. cantik peplum tu sis baru nk usha agak2 lg tak utk raya...hehe

    ReplyDelete
  9. Sungkey tu bahasa sarawak laaa cik epal. kalau brunei dia sebut "Sungkai". Hampir sama ja pon~

    ReplyDelete
  10. Sungkei (sung-key) tu common term untuk berbuka puasa for local Sarawakian. Sungkai (sung-kai) untuk sebutan orang Brunei.

    ReplyDelete
  11. cik epal,'sungkey' tu bahasa melayu Sarawak.kalau brunei,sebutan dia 'sungkai'..btw,makin cantik cik epal ye...

    ReplyDelete
  12. sedap rope kamben tu dik epal. terliur.

    tapi cik eka tak makan kamben le plakss. tapi teringin. acaner tu. kahkahkahkah

    baju dik epal kanmain lawo lagi.

    ReplyDelete
  13. misis berbuka arini : carik kambing!!!! ko la punya pasal ni cik epal.... hehe

    ReplyDelete
  14. perkataan sungkey turut digunakan oleh org sabah dan sarawak..heehhe

    ReplyDelete
  15. Dlm bhsa sarawak cakap iftar pun "sungkey" :) hihii

    ReplyDelete
  16. owh...
    sungkey tu pkataan org brunei..
    cantik baju cik epal..

    ReplyDelete
  17. cik epal ni makin hari makin cantik..!!

    ReplyDelete
  18. Kambing tu memang seksi benau! Huhu. Terliur dah tengok makanan ni.

    Selamat berbuka kak moon. :)

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah.. Syukur... Sempat promot baju nmpk..

    ReplyDelete
  20. lupa nak kabo kat dik epal. Kat Perak ni ada satu pekan namanya Sungkai. Hehehehe. Kalau nak ke Utara ikut jalan lama, mesti lalu pekan Sungkai

    ReplyDelete
  21. Baru tau apa itu sungkei..ingatkan Sungkai Perak..cik epal cantik!

    ReplyDelete
  22. sarawak guna sungkey tapi kat sabah,kami bangsa brunei guna sungkai..

    ReplyDelete