Sunday, July 7, 2013

(RESEPI) Cheesecake biskut ! Cheesecake paling senang nak buat. Tak perlu bakar pon :D

Nak up lah satu entri resepi sebelum nak masuk bulan Ramadhan yang bakal menjelma ni. Aku memang suka lah masak-masak or baking membaking (oh my bahasa melayu!) ni. Tapi aku suka buat benda yang simple je. Tak suka buat benda yang renyah dan remeh-temeh. Hari ni nak share dengan korang cara nak buat cheesecake paling senang dalam dunia. Tak payah nak beli oven,janji ada peti ais. Tak payah bakar, sejuk kan dalam peti ais jahh. Pastu bahan pon senang je nak cari. Pendek kata memang senang lah resepi kali ni. Pendek je kata camtu,panjang tak kata apa apa. ok tak kelakar





Ok ni lah bahan-bahan nak buat Cheesecake Biskut Teduhan Kasih. Auww feeling nak suap cheesecake dekat abang Ehsan sambil berteduh di tepian pantai pulak.kuikui padahal cerita teduhan kasih dah habis dah pon.




Bahan-bahan nak buat cheesecake biskut:

Cream cheese (250g)
1/2 tin susu pekat manis
Nestum
Biskut Hup Seng (Guna biskut yang Deluxe Cracker tau.Guna Cream Cracker kesedapan nya kurang.Aku ni kes salah beli biskut lah ni. haha )


Guna biskut ni, Deluxe Crackers original flavour.Jangan ambil yang perasa sayur pulak. Harap tak confused antara Cream Cracker dengan Deluxe Cracker .





Susu segar untuk celup-mencelup biskut. Guna susu Low fat kalau nak kurus. Susu full cream kalau nak gemuk. kehkeh ok padahal sama je.Tak ada kena mengena pon.  Janji susu segar, tak kesah lah jenama dan jenis apa pon




Cara-cara nak buat cheesecake biskut:


Pukul cream cheese sampai lunyai guna stand mixer



Masuk kan 1/2 tin susu (kalau kuat manis,bubuh lah lebih.Kalau tak suka manis,kurangkan.tapi jangan letak satu tin susu pekat ni pulak,kencing manis pulak karang)




Gaul-gaul sampai sebati. Ok siap dah part ni




Ambil biskut celupkan dalam susu segar tadi.  Jangan sampai lembik sangat-sangat. Cukuplah sekadar soggy di bahagian depan dan belakang body biskut itu. Kemain biskut feeling mandi susu tauu.



Pastu susun dalam loyang kiut kiut macam ni. Loyang aku ni memang cun-cun je muat 9 keping biskut . Bagus kau loyang! Tak payah aku nak patah-patah kan biskut-biskut ituww :D






Then celet lah dengan cream cheese yang kita pukul tadi



Pastu tabur nestum

Then ulang benda yang sama.Letak biskut >>cream cheese>>nestum. Layerkan sampai lah cream cheese tu macam dah nak habis.Letak sekaligus banyak-banyak biskut dalam susu ni pon boleh. Lagi cepat kerja kau nak melayerkan cheesecake itu. MELAYERKAN? Hazabedah nya bahasa melayu kau ni. weee



Untuk topping atas sekali,tinggalkan cream cheese tu sedikit tebal daripada yang kita sapu dekat bawah-bawah layer biskut tu




Akhir sekali tabur nestum. Masuk dalam peti ais. Sejuk kan semalaman. Siap!



Haaa senang je kan?? Buat cheesecake biskut ni ala-ala kek batik je. Cuma tak payah masak atas api je. Celup-mencelup biskut tu tujuan dia untuk melembutkan isi cheesecake ni. Nanti nak potong senang lah. Kalau tak celup biskut tu kang, patah lak pisau nak memotong nya sebab biskut keras berdentung. Gituww saja hiperbola.




Ni lah hasilnya cheesecake biskut teduhan kasih itu. Jom papa Ehsan kita dating. Cheesecake Biskut siap dah ni. Nganga cepat Ehsan....aummm *masuk kek dalam mulut sendiri* kehkehkeh




Cheesecake biskut ni sesuai untuk dijamukan di birthday party ke,open house ke, jamuan bos bersara ke...hehe tak kesah lah bila nak makan pon.Nak makan hari biasa-biasa pon boleh. Rasa cheesecake biskut ni lembut je bila gigit. Macam makan kek :D




Tapi kalau time berbuka puasa nak makan ni memang tak lah kan. Muak nanti. Perut kita pon lagi gembira riang ria bila tengok lauk pauk daripada cheesecake biskut ni time berbuka.Melainkan perut kau perut omputeh.Memang boleh lah kot kau hadap makan cheesecake time berbuka puasa. Perut aku perut melayu totok je. But time raya kalau nak jamu orang makan cheesecake biskut ni memang sangat sesuai! *buat thumbs up sambil kenyit mata bajet wondergirl*






Ok tu je. Kalau sesiapa nak cuba,selamat mencuba :)








Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

132 comments:

Nur Anis Che Hamid said...

Sedap sangat ni! Dah la senang. Arghh!

Anak pak cik Azhar :) said...

haha...panjang tak kata apa2..lawak ke der:)

Norlia Mohd Yusoff said...

baguihhhh..akak suka resepi sesimple cenggini...tq na adik epal..

keli menari said...

Mengugat perot ni la pulak..emm nmpk sedap..

Mek Onie said...

macam kek batik dah,hehe

Syafiqah Hashim said...

awhh!! nampak macam senang..nanti nak buat lahh :)

Khalilah MNor said...

bagus cik epal... membuktikn cik epal dah bersedia jadi seorg isteri.. hehe tahniah

Miz Dayah said...

uh....suke cheese! thanks for the resipi ye cik epal :-)

Norfa nil said...

sedapnyaa!!!!..
oit..terliur bak hang..

balqis annisa said...

Tq cik epal!! Cik epal mcm kite, suka masak sgt2 tp klau org lain mkn masakan kite..lg suke n happy kan boleh kenyangkan org~~
Open house nti nk buat resepi nihla, tqtq!!

Nurul Akmal Ahmad said...

da penah mkn da cheese cake ni..sdap mkn sdjuk2 br kua dr peti ais

Nurul Akmal Ahmad said...

da penah mkn cheese cake ni. sdap mkn ble sejuk br kua dr peti ais

mashitahrosli said...

slm..cik epal3...memang terbaik la cik epal..trime kasih yg teramat3 sangat..entry cik epal yg lepas kite ade komen mintak tlg share resepi cheese cake..then cik epal da share entry pasal cheese2 ni..syggggggg cik epal ! trharu bangat!!

penyisir rambut said...

wowowowo..nak raye umah cik epal la cmni...*malas buat punya pasal...

luqman zakaria said...

eh! kenapa macam senang sgt..hehe..boleh buat nih..

Cik Eka said...

Kite pun resepi cmni. Tapi kita guna deluxe cracker hup seng. Dappp.hihi

Fear'Ara said...

hokeh .. senang giler.. gerenti nk cuba.. thanks cik epal.. akak nk cube.. jadi ke idak.. hehehhe

shera haifa said...

wajib cuba niee...

Nur Fatihah Mohd Radzi said...

soon ! dah la semua bahan kat yang memang dh ada kat rumah . muehehehhehe .

Khalid Kyle said...

Arghh kenapa aku sesat di sini time tgh lapau pepagi buta nihhh

BUNDA a.k.a KN said...

macam sedap jer...tak pernah tengok lagi..boleh try untuk raya nanti..

Patricia Charles said...

Kalo kat Sarawak natang ni dipanggil cheese cake. heran aku.. tang mana kek nya pun .... tapi kalo cheese beskuk aku stuju, comel je.

vanilla said...

wah, thanks dear share resipi..nak buat la nanti puasa, simpan dlm peti ais utk stok teat time lepas terawih..kikiki

AleynCikMan said...

Ya Allah senangnyeer.. tq untuk resepi mudah cenggini kak gonjeng :)

Munirah Rafiuddin said...

a'ah, mcm kek batik...nmpk sedap sgt2..

~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

ma ❥ said...

SEDAP SANGAT NI :)

PurpleCoffee said...

wahhhh... thx Cik Epal. Simple recipe and paling penting sedap. Leh wat tu raye... :)

Myra Abdullah said...

oh ala-ala buat bread puding ni.kan.hehe.nk try laa.thanks cik epal =)

PurpleCoffee said...

wahhhh... bestnyee. Simple recipe n yg penting sedap. Thx for sharing Cik Epal, leh la try wat tuk raye ntii... :)

eqa_nadirah said...

simple je... mne nk dpt cream cheese tu...

MOHD HANIFF said...

Nampak macam senang la.... sedapnyaaa....

ammelia yusoff said...

kakak saya suka buat resipi ni tapi dia guna biskut marie :)

TeTerBanG said...

wahh...bgus cik epal. resepi yg super simple n super sedap. ;D

PeroduaNews.com said...

Baca resepi cik epal ni gelak sorang-sorang....kelakar cara penulisan cik epal...thumbs up!

penaberkala said...

boleh try buat ni raya taun ni,haha

Miss Aini said...

betul betul. senang betul buat ni. dengan anak keciknya. mana ada masa nak buat cheesecake yang vogue.

♥ⓃⓊⓇⓊⓁ ⓀⒽⒶⒾⓇⒾⒶⒽ♥ said...

Cik epal, ada kekonfiusan di sini. Susu segar yg kita guna utk celup biskut tadi buang je lah? Tak payah letak sekali dlm loyang? Thanks! ;)

StyleyourLifes Dear said...

pakai biskut cheese super sedap!!:D

cik EPAL said...

Susu tu untuk celup biskut je :)

aiin baharom said...

Emm cam best je....leh try open house nti haha pose pon x g hihi

lala yusof said...

bagus ni nak cuba le resepi cik epal

Ainim Suju said...

baiklah..nanti saya nak cuba

Yaya Simpson said...

nampak sedap gila .

Atikah Isa said...

resepi ni buat sendiri ke ?????

Dyra Ali said...

Kalau taknak guna nestum. Ada cadangan lain tak cik epal??

Dyra Ali said...

Cik epal ada cadangan lain tak kalau taknak guna nestum??

Cho Zila said...

ni sudah baguih untuk orang rajin cam akakni ha...

Ziera Ieyah said...

wow...leh try nie heheh tankz sis bg resepi yg simple cmni. :)

Ziera Ieyah said...

wow...senang and nmpk sedap. leh try buat mase oen house t ni. hehe tenkiu sis bg resepi mudah cmni.

Mursyidah Ismail said...

bagusnyeee...

dyanizad.blogspot.com said...

La..ada rupanya resipi ni kt blog c.epal.. apapun mmg sdap! Smp kn jg salam dr abg khaeri baling kedah..

dyanizad.blogspot.com said...

La..kt sni pon ada rupanya resipi ni. Puas cri hritu..tp sy pnya tmbh milo skit atas nstum..atas skali tabur oreo. Apapun mmg best kek ni. Smpkn jga salam dr abg khaeri baling kedah..salam ramadhan!

Mummy's Luv & Life ~ Airis-Arissa said...

sedapnya...mohon share ye

Fatihah said...

kena try buat ni >.<

superengineermummylife said...

WAHHHHHHHHHHHHHHH.... nampak nye sungguh sedap dan sgt senang rupenyer.. puas selame berfikir cane nk wat cheesecake yg tak yah bakar tu... tenqiu laling CIk Epal... i sure nk try...

ieta said...

salam..cik epal x de ke resepi biskut yang sedap yang cik epal buat

ieta said...

bg la resepi biskut yang cik epal penah buat

aq punyer criter lah said...

cream cheese boleh dpt kt mne ye? tumpang tanya.

aq punyer criter lah said...

nak dpt cheese cream kt mne? tumpang tnye

F.I.R.D.A.U.S said...

dah try buat tadi..tgh tunggu sejuk je..hehe..tQ Cik Epal :)

F.I.R.D.A.U.S said...

dah try buat tadi..tengah tunggu sejuk je.hehe..tQ Cik Epal :)

CheAi said...

Kalau.guna. fresh.milk.yg bukan.low.fat.tp.dlm.kotak.tu boleh x cik.epal?

CheAi said...

Kalau.gn low fat choclate.flavor bole.x.cik epal?

yanie6336 said...

Masalah nak dptkan cream cheese philadelhia.. nama lain boleh tak..

yanie6336 said...

Masalah nak cari cheese philladelphia..kat mana la boley dpt..tq

yanie6336 said...

Masalah nak dptkan cream cheese philadelhia.. nama lain boleh tak..

Ana Joe said...

kt jusco ada juai cheese tu

D Dalila said...

cream cheese philadelphia tu senang jumpa kat kedai2 yg jual baking needs..

anis shahida said...

itu cheese mhl..mmg sdp la klu guna cheese tu..pape pon mekasih..nk cuba esok..hihi

anis shahida said...

itu cheese mhl..mmg sdp la klu guna cheese tu..pape pon mekasih..nk cuba esok..hihi

Love Razila said...

yeah...nak try malam ni =)

SF Beauty (Sentul) said...

hi cik epal..sdap la..dh try....simple...

NUR ASYIKIN BINTI M. ARIS FADHZILAH said...

resipi owesome :)) nak try nanti , thanks .

NAO said...

tak pernah rasa pun..... nak cuba la

Juhaidah J Peace said...

WAhh!! mAcAm sEdAp jE,mAcAm sImplE jE!! AdEk-bErAdEk sAyA tEngAh bUAt sEkArAng nI !!

Jamilah Abdullah said...

mmg sedap cheesecake ni. kawan saya siap buat jual, tapi dia lebihkan cream cheese antara biskut tu dan dia guna biskut cream crakers jagung tu....Terima kasih ya share resepi!

Jamilah Abdullah said...

mmg sedap cheesecake ni. kawan saya siap buat jual, tapi dia lebihkan cream cheese antara biskut tu dan dia guna biskut cream crakers jagung tu....Terima kasih ya share resepi!

Zaimah Aman said...

Dah cuba tengah sejukkan...tq cik epal

Zaimah Aman said...

Terima kasih cik epal ....dah buat tengah sejukkan

Pejal Kacak said...

Okay memang sedapp walaupun tgk gambar jew..

Pejal Kacak said...

Huh.. Nanti nak try buat

~YUyuE~ said...

Tq for the recipe. Sangat mudah n sangat sedap. Love it much:-X

~YUyuE~ said...

Tq for the recipe. Sangat mudah n sangat sedap. Love it much:-X

oya said...

Nak cuba buat jap lagi. Tq so much for the delightful recepi cik epal;-)

JENNA JEBAT said...

owhhh sangat mudah.. harap iyanye sgt sedap.. mlm ni nk buat

cindai said...

sayang cik epal!! tq for the recipe :)

Suriati Ahmad said...

kelakar la cik epal ni :-D

Syakira Razak said...

sedapnye.. nak cuba juga! ;)

julia said...

Tengkiu cik epal terhibur baca resepi ni lawak lah u thumbs up :)

Che Akak said...

rajinnya cik epal..

Norazah Mahadzir said...

Nampak sedap..

Norzi Beautilicious House said...

senangnya....terima kasih share resepi ni cik epal.. ...nanti nak cuba n tag awak!

NURUL AQIDAH AZAHAR said...

boleh try ni...

ina parish said...
This comment has been removed by the author.
ina parish said...

Tq cik apple....biskut cracker ni mmg kegemaran saya....breakfast pagi2.... klu sehari x celup air teh x syok....nak cuba lah buat cenggini lak....

ina parish said...

Tq cik apple....saya mmg penggemar biskut cracker...slalu celup air teh ajer....nak cuba lah buat ni....

zura said...

Lawakla ayat2 awak..pape pn,terbaik..tq

zura said...

Lawakla ayat2 awak..pape pn,terbaik..tq

syafiqah wajihah said...

wah ! sgt sng ! sesuai la utk ai yg tersangatlah beku dlm ciptaan-pembuatan kek kek ni. tq :)

iydaRyanT said...

x menyempat sejuk dh nk makan... :D aummm

natifah ak said...

Terima kasih cik adik kongsi resepi yg nampak sedap ni. Mari kita cuba...

natifah ak said...

Terima kasih cik adik kongsi resepi yg nampak sedap ni. Mari kita cuba...

EQa said...

nak try argh. thx cik epal naa :'* aum

DaTiNz QuEeN said...

Nak share tau...!!! macihhh.. ;)

DaTiNz QuEeN said...

nak share tau..!!! macihhh... ;))

Aslina Ahmad said...

Senang mudah ringkas..tq

Aslina Ahmad said...

Sedap mudah ringkas

Aslina Ahmad said...

Senang mudah ringkas..tq

Kedai Vitamin Saya said...

Assalam, saya dah cuba. Memang mudah disediakan dan sedap. Rasanya tak cukup 4 kontena yang saya buat.

Zarina Rasdi said...

T. Kasih sbb kongsi resepi yg sedap ni... sy pun dah share ngan ramai kenkawan... cik apple terbaik... banyak pahala awak...

Zarina Rasdi said...

T kasih berkongsi resepi yg sgt mudah dan sedap ni. Sy jg share ngan kenkawan.. ramai yg dah cuba. Cik Apple terbaik... banyak pahala awak...

noramelia othman said...

Sy dah cuba . Sedap sangat . Terima kasih ^^

Flo Flo said...

baru try buat untuk gathering mlm ni. letak dlm freezer sebab tak cukup masa. harap-harap menjadi. thank u! :D

Suhanna Sahidin said...

Senang nya..dn npk sedap..I like!!

Suhanna Sahidin said...

Sng dn npk sdp sgt.. I like!!

suhaila mohd shah said...

mesti cuba nie.. mekaseh erkk sbb kongsikan resepi nie...

suhaila mohd shah said...

mesti cuba nie... pape pun mekaseh cos kongsikan resepi nie..

Ayie Choy said...

Thanks cik epal ;)

Ayie Choy said...

Thanks cik epal ;)

Amaal Fadhlini Ninie said...

Yummy!!!!!

nurulasnida's life ;) said...

penah mkn jiran buat jual...sedap tp mahal sgt...lps ni kena buat sendiri..igt susah ..rupanya senang ja...

Mas Zull said...

assalamualaikum cik epal....mmg senang la resepinya...boleh la cuba nanti...:)

Baby Matoki said...

wow mmg senang laa resepi ni... nk cuba laa nanti ;)

Elly Mayzura Matta said...

Saya dah cuba buat . Sedap dan senang nak membuatnya.

mizznonie said...

Bestnye!sblumni beli je..xtau plak snang

mizznonie said...

Slamani belije..xtau pulak senang..thankx miz epal

Dura Zul said...

Tq 4 sharing dear..♡♡♡

llhudall said...

terima kasih atas resepi,.. x sabau den nk membuat dgn anak murid lusa nih..muehehe..sambil2 mengemokkan bdn sblm bln pose ni.. muehehe

Suhaily ahmad juffri said...

thank share resepi, nak buat jugak,selalu kawan2 bagi hehe

Fisya Yusof said...

Sedap cheesekut nie..buat mmg kjp jer hbis..anak2 mmg suka mkn.

azah alus said...

terima kasih Cik Epal. Dah lama akak cari resepi ni sebab anak-anak akan suka sangat kek cheese. Kat kedai harganya mahal giler....

amyken said...

Resipi ni mmg jadi la. Tq cik epal!

Post a Comment

Susah susah je nak komen. Terima kasih daun keladi, kalau boleh komen lah lagi lain lain entri. muehehe

Click Me !