Monday, July 15, 2013

Cara-cara nak dapat unlimited life Candy Crush dekat phone!

Dalam banyak-banyak game yang aku download dekat phone,game candy crush je yang aku addicted nak main. Game lain main takat gitu-gitu je lah. Mula-mula ingat game ni senang sebab level awal-awal tu serupa game budak tadika je. Dah sampai beratus level baru lah rasa kesusahan game ni. Tapi aku rasa game ni ikut luck jugak. Sebab kadang-kadang tu aku rasa memang dia saja je bagi set yang bila kita main macam mana pon tak kan lepas. Kadang-kadang tu macam senang gila je nak lepas.





Sekarang aku dah level 323. Kawan aku bengang je dengan aku sebab aku dah level 323,yang dia tersangkut lagi dekat level 65 tak lepas-lepas.Padahal start main game sama je dengan dia. Hangin je dia dengan aku. Selalu cakap aku tak ada life. Orang tak ada life je yang main sampai level beratus-ratus ni katanya. Padahal dia yang tak terror main nak cakap aku tak ada life pulakkk. kehkeh




Sebenarnya bukan sebab tak ada life. Tapi sebab aku tahu satu trick ni.Trick untuk unlimited life ni lah penyebab aku boleh berjaya dengan jayanya berbanding kawan aku tu. (tapi kalau yang kaki main candy crush ni aku rasa ramai je yang tahu trick ni) Dan kawan aku tak tahu. Tapi kalau kawan aku tu baca entri ni pasni,dia dah tahu lah trick aku. hehe tak pe sharing is caring kekdahnya. Nak menunggu nyawa  bukan sekejap. Nak cukup full nyawa kena tunggu berjam-jam oii. Patah tengkuk mak jemah nak tunggu nyawa candy crush ni.




Satu nyawa nak tunggu doploh minit. Gila apa?? Memang menguji kesabaran dan rasa macam nak baling fon dekat dinding lah kan untuk bebudak yang hantu candy crush ni.



So aku nak tunjuk lah cara-cara nak bagi unlimited life. Tak payah dah nak tunggu berjam-jam untuk satu nyawa. Tapi untuk yang pakai phone dan tab je lah. Dekat facebook aku tak tahu. Tapi aku tak guna cheat dan tak ada jailbreak ye. Sebab orang kata kalau ada jailbreak boleh guna semua power-power yang ada dalam game tu. Cehhh tak mencabar lah wehh guna cheat.


Ok camni cara dia:




Mula-mula pergi Settings pastu GENERAL



Klik Date & Time

Set automatically tu off dulu. Then tekan set date & Time


Ok macam hari ni tarikh sebenarnya 15 July 2013 kan? Kau cepat kan sehari. Jadi kan 16 July 2013

Dah cepatkan tarikh cepat sehari pastu kena bukak balik game candy crush tu tau!  Bila bukak je dah nampak nyawa ada full.


Lepas nampak nyawa ada full tu,pergi setting balik. Part ni yang sangat penting! Tukar balik tarikh yang sebenar pada hari ni. Macam hari ni 15 July kan? So tukar balik dekat setting. Kalau kau tak tukar balek date tu,memang cari nahas lah. Kau kena tunggu beribu-ribu jam untuk dapat satu nyawa nanti.


Ok paham?? Tu je cara nya untuk membuatkan kau kelihatan terror berbanding rakan-rakan seperjuangan yang lain.


Tapi aku hangin gila dengan level 323 ni. Dari minggu lepas aku main tak lepas-lepas. Hampeh betul lah level ni. Dia nak suruh aku main berapa ribu kali tah baru nak bagi lepas. hehh



Ok tu je lah cara-cara nak dapat unlimited life. Senang je kan? So korang tak payah lah lagi nak tunggu nyawa berjam-jam. Anytime je boleh main. Selamat mencuba trick ini bagi sesiapa yang tak tahu :)


==================




Btw, baru dapat parcel daripada HiShop. Excited nak try Jelly Mask ni.


Banyak-banyak mask yang aku pernah try. Mask ni antara yang unik lah. Sebab dalam pek tu siap bagi scrapper lagi. So tak payah lah nak kotorkan tangan.Apply mask guna scrapper je. Mask tu bentuk jelly.Bau sedap gila. Bau macam jelly perasa vanilla yang kita masak-masak tu. Bila apply sejuk je muka. Dah pakai biarkan dalam 30-40 minit. Pastu boleh basuh muka. Belakang pek mask ni ada cara-cara nak pakai.


Banyak benda best boleh dapat bila pakai mask ni. Kulit makin putih,kurangkan bintik hitam,serata kan tona kulit muka dan banyak lagi.Kena beli ePure ni dekat HiShop sebab sekarang ada 20% diskaun! (valid from 15-16 July 2013)


Perghh sampai esok je ni diskaun nya. Kalau nak beli,segera kan lah pembelian anda. ePure ni banyak orang dah try and review. Boleh baca dekat link ni yang bahagian bawah page tu. Kalau nak beli pon sila lah klik link ni. http://www.hishop.my/epure/epure-membranous-jelly-masque-6-packs

Untuk exclusive offers, boleh subscribe to HiShop’s newsletters : http://www.hishop.my/subscribe


More info, check out facebook page https://www.facebook.com/hishopmy :)


ok bye! 

42 comments:

  1. ahaakkkss..... budak opis saya pon ajar gitu gak... :p :p

    ReplyDelete
  2. adeh..rmi btol yg addicted dgn candy crush ni..hihi

    ReplyDelete
  3. hahaahhahaa.. okey dah faham....
    maceh cik epal :D

    ReplyDelete
  4. setiap kali life hbs kena tukar ke ?

    ReplyDelete
  5. @fiza: yup.kalau nak main lagi kena tukar lah. Kalau tak, tunggu je lah sampai nyawa full :P

    ReplyDelete
  6. ooo.. ok2.. heee.. tq cik epal! ^__^

    ReplyDelete
  7. ahaha. acih cik epal. abis la x buat keje main benda alah ni. XD

    ReplyDelete
  8. eka level 65. tak lepas2. hahahahahahaha

    dah berjanggut main

    ReplyDelete
  9. oh tengkiu epal! i wonder cemana orang bole dpt life sesenang. haha.

    ReplyDelete
  10. hahahah sama la kite ngan kawan cik epal tu sebab stuck kat level 65. kehkehkeh. em dulu penah try cepatkan masa tapi akibat lupa nak tukar balik tarikh tu, jadi beribu2 jam kene tunggu lagi harammmm... so lepas ni kene cepat2 tukar balik tarikh hooohohohoh

    ReplyDelete
  11. wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.......tenkiu la cik epal..lebiuuuuu...kikiki

    cer carik cemane nak senang unlock plak??hehehehe..jenuh nunggu n mintak simpati ni ...adoihhhh

    ReplyDelete
  12. WAAAA..... bagus la info ni.
    tp ada tak sesapa sangkut kat level 147 ni, lama giler... mmg malas dah nak main...

    ReplyDelete
  13. Wahhh..thanks cik epal.. skang baru tahu!! yeaaa..!!

    ReplyDelete
  14. wah! gitu rupenye .. adoi, senang lah hai .. hehe! tq cik epal :D

    ReplyDelete
  15. Wahhhh...tqvm..sy pon dh lama sangkut kat level 65..adeh...nape laa payah sgt nk lepas ntah...

    ReplyDelete
  16. perghhhh..level 323 dh?fengsannnn

    ReplyDelete
  17. Mlas dah nak main sbb sangkut dekat level 65.....baik tlong mak buat kueh raye jer...hahahaaaa

    ReplyDelete
  18. Mlas dah nak main sbb sangkut dekat level 65.....baik tlong mak buat kueh raye jer...hahahaaaa

    ReplyDelete
  19. homaigodd, ada tutorial best la. yayy!! :D

    ReplyDelete
  20. wahhh bestnye.. tq for sharing :)

    ReplyDelete
  21. saye stuck kat 184. sabor je lah. :)

    ReplyDelete
  22. sy pon stuck dekat level 65 T___Tdh dkat 2minggu main xlepas2. adeiii

    kaedah nie dh tau lama dahh =) dulu main virtual villager pakai kaedah nie jugak untukmempercepatkan proses bayi berjalan =)

    ReplyDelete
  23. Wah hebatnya cik Epal dah 323.. Saya level 28 pun tah berpuluh2 kali pun tak lepas lagi.. nway, thanks for the tips!! :)

    ReplyDelete
  24. haha..yong main kat laptop je..br level 147..jeles tgk org len dh level 200 lbh. jeles dgn cik epal gak.. haha.btw mmg x mencabar la sapa2 yg main cheat tu :)

    ReplyDelete
  25. kena try ni.. tak puas hati dok stuck kat level 65.. yg lain dah beratus2 level =)

    TQ cik epal

    http://lizazilda.com/

    ReplyDelete
  26. tgk dalam youtube cara n taktik bagaimana nak melepasi sesuatu level...ternyata berkesan...main sekali jer dah leh nxt level.

    ReplyDelete
  27. sama la ngan kita...sangkut kat level 323 dah sebulan lebih kot..terus takde mood dah nak main sbb sangkut plg lama..hahaha... tensen giler xlepas2 lagi level nie..huhuhu

    ReplyDelete
  28. Hebat lah dah sampai 323. Sy baru level 50..hehe. Member saya pun ada ajar jugak cara dapat nyawa free tu, memang sgt membantu.

    ReplyDelete
  29. sma la.. i pun snkut kt level 65 jgk.. tpi xde plk prsaan bengang ke dengki kat org lain.. haha.. *xdeperasaan..

    ReplyDelete
  30. siyes, tips ini berkesan!! bca trus try tips ni mmg bekesan. >_<

    ReplyDelete
  31. pakcik sye siap tahu mcm mane nk skip level lau level tu susah.. dia br main dh smpai atas sbb tahu skip yg cik epal ajar sy pun selalu buat

    ReplyDelete
  32. pakcik sy lgi siap tahu mcm mane nk skip level lau level tu susah... siap dia dh smpai hbs

    ReplyDelete
  33. Haha, terima kasih cik Epal atas perkongsian kaedah yang penting ni. Kes naya kalau nak tunggu nyawa tu, isk

    ReplyDelete
  34. giler terer cik epal. 300 lebih dah levelnyee. huu

    ReplyDelete
  35. hi cik epal...mask u pakai tu ada halal cert x?teringin nk cuba kalao halal...tq

    ReplyDelete
  36. ada tanda halal x kt packaging mask awk bli tu?menarik plak sy tgk..teringin nk mencuba

    ReplyDelete